Okey, kali ni bantuan "Skim SARA 1 Malaysia" pula menjadi bahan topik entri aku hari ini. Melalui Skim ini, rakyat Malaysia yang berkelayakan akan berpeluang untuk memohon pinjaman berjumlah RM5,000 daripada institusi kewangan terlibat untuk melabur dalam Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia) yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) dan akan menerima bayaran insentif yang menarik ke atas tabungan dan pelaburan yang dibuat. ASNB ialah anak syarikat milik penuh PNB yang bertanggungjawab untuk mengurus tabung unit amanah AS 1Malaysia.
CIRI-CIRI ISTIMEWA SKIM
Insentif bulanan disediakan kepada para peserta dalam bentuk unit tambahan Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia). Peserta hanya perlu menjelaskan bayaran balik bulanan yang minimum sepanjang tempoh pinjaman 5 tahun. Bayaran insentif disediakan setiap bulan selama 5 tahun. Peserta perlu pastikan sentiasa mempunyai minimum 100 unit AS 1Malaysia dalam buku pelaburan pada setiap masa. Jumlah pembiayaan yang ditawarkan adalah RM500 juta dengan sasaran penyertaan seramai 100,000 isi rumah. Bayaran Insentif bulanan disediakan kepada para peserta dalam bentuk unit tambahan Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia) setiap bulan selama 5 tahun.
CIRI-CIRI PINJAMAN
Amaun pinjaman adalah RM5,000 untuk setiap isi rumah.
Pinjaman adalah untuk pembelian 5,000 unit Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia)I.
Penyertaan dibuka selama satu (1) tahun mulai tarikh permohonan dibuka kepada awam atau sehingga semua peruntukan pembiayaan habis dilanggan, yang mana lebih awal.
Penyertaan akan dibatalkan sekiranya:
Peserta gagal menjelaskan bayaran bulanan selama tiga bulan berturut-turut;
Peserta didapati memberikan maklumat palsu semasa permohonan;
Peserta didapati muflis; atau
Peserta meninggal dunia.
KELAYAKAN
Permohonan terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 58 tahun.
Pemohon mesti mempunyai pendapatan kasar isi rumah antara RM500 hingga RM3,000.
Pemohon tidak muflis sepanjang tempoh pembiayaan pinjaman.
Syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh bank
a. Pemohon dan /atau pasangan tidak menerima bantuan dari skim-skim khas lain Kerajaan yang diuruskan oleh ASNB.
b. Program Bantuan Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT).
c. ASB Sejahtera dan ASW 2020 Bandar
d. Pemohon dan atau pasangan tidak memiliki pelaburan di dalam mana-mana unit amanah ASNB ATAU sekiranya ada, jumlah pelaburan terkumpul bersamaan atau kurang dari RM10,000
e. Status akaun unit amanah ASNB tidak bermasalah
Permohonan adalah tertakluk kepada agihan Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia)I sepertimana yang telah ditetapkan dan sekiranya masih ada:
Bumiputera - 50%;
Cina - 30%;
India - 15%; dan
Lain-lain - 5%
Hanya salah seorang isi rumah yang layak memperolehi pembiayaan pinjaman
Permohonan diluluskan bagi pinjaman di satu bank sahaja
DEFINISI ISI RUMAH
Isi rumah yang layak memohon adalah individu dengan jumlah pendapatan kasar bulanan antara RM500-RM3,000 yang merangkumi kategori berikut:
Berkahwin - kombinasi pendapatan kasar suami dan isteri
Ibu atau bapa tunggal - pendapatan kasar individu.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Dokumen Utama
Borang Permohonan Penyertaan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (BPPSARA1M)
Borang Pembiayaan dari Institusi Kewangan terlibat
Borang Pendaftaran Unit Amanah Akaun Dewasa ASNB P1
Borang Pelaburan Tambahan ASNB 21
Borang Jualan Balik ASNB 31
Borang Pembaharuan Buku Pelaburan BS3
Penyata Pendedahan Risiko/ Risk Disclosure Statement (RDS)
Dokumen Sokongan
Kad Pengenalan asal pemohon dan 2 salinan
Kad Pengenalan asal pasangan (jika berkenaan), dan 1 salinan
Dokumen Pengesahan Pendapatan
Bagi Pemohon dan atau pasangan bekerja, sertakan Penyata Gaji 3 bulan terkini ATAU Penyata Bank 3 bulan terkini asal dan salinan.
Bagi pemohon yang tidak memiliki Penyata Gaji atau Penyata Bank, perakuan dan perisytiharan yang dinyatakan dalam BPPSARA1M Bahagian C akan diguna pakai.
* BPPSARA1M MESTI ditandatangani di hadapan seorang SAKSI - sama ada Majikan/Penghulu/Pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli/Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan & Profesional/Ahli Dewan Undangan Negeri/Ahli Parlimen
KRITERIA KELAYAKAN
Apakah kriteria-kriteria kelayakan untuk memohon dalam Skim ini?
a. Permohonan terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 58 tahun
b. Pemohon mesti mempunyai jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah antara RM500 hinggaRM3,000
c. Pemohon tidak diisytiharkan muflis semasa memohon serta sepanjang tempoh penyertaan dalam skim
d. Pemohon dan/atau pasangan tidak menerima bantuan dari skim-skim khas lain Kerajaan yang diuruskan oleh ASNB iaitu "Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT)", "ASB Sejahtera" dan "ASW2020-Bandar"
e. Pemohon dan/atau pasangan tidak memiliki pelaburan di dalam mana-mana tabung unit amanah ASNB ATAU sekiranya ada, jumlah pelaburan terkumpul adalah bersamaan atau kurang dari RM10,000.
# Rujukan, SARA 1 Malaysia. Entri tidak popular ni kenkadang kena juga diterbitkan...demi kelangsungan hidup blog aku sendiri...he3x!!!