[PIC] PENGEBOMAN DI YALA, HAT YAI DAN YALA

on 31 Mac 2012

3 letupan bom telah berlaku di Yala,Thailand siang tadi, kejadian berlaku selepas gas meletup di hotel Lee Garden, Hat Yai. Aku pasti, selepas ini pihak pemerintah disana akan menuding jari terus kearah kumpulan pembebasan Patani, Thailand. Buktinya, 5 orang suspek telah ditahan dibawah Akta Darurat Thailand [ala2 ISA] sejurus letupan gas di Hatyai siang tadi dan media antarabangsa juga mengatakan suspek pengeboman bagi ke semua siri letupan bom ini adalah dari militan Islam. Letupan di Hatyai telah menyebabkan 5 orang terbunuh manakala 30 orang lagi cedera.11 orang yang tercedera itu adalah dari rakyat Malaysia.

Sementara itu letupan di Yala pula telah mengakibatkan 11 orang terbunuh manakala lebih dari 100 orang lagi tercedera. Di Yala, 3 letupan berlaku selang beberapa minit dan letupan ke 3 telah menyebabkan ramai yang terbunuh. 2 bahan letupan disembunyikan didalam motorsikal, manakala sebiji lagi didalam kenderaan. Di Pattani pula, sebuah motosikal meletup dan telah mencederakan seorang anggota polis.

LETUPAN+BOM+DI+HAT+YAI






Ranking: 5
 
© Yastro.net All Rights Reserved