Buat Duit Online :Top 10 Referral Denaihati April 2012

on 24 Jun 2012

Top 10 Referral Denaihati April 2012 ! Salam dan selamat sejahtera kepada semua kengkawan.

Buat duit online, satu perkara yang ramai orang cari. Aku juga sama seperti semua rakan2 yang lain, mencari dan menggali cara untuk membuat duit online nih. Tetapi, kalau kena dengan cara dan waktunya, ianya memang berbaloi dan sangat menguntungkan.

Sejak berblog, untuk tahun ke tiga, aku baru mula merasa hasil dari berblog. Berbalik kepada tajuk asal, buat duit online, sekali lagi blog aku berjaya memberi referral link yang besar kepada blog Denaihati di bulan April 2012. Alhamdulillah, rezeki untuk aku dan anak-anak lagi nampaknya.


Buat Duit Online :Top 10 Referral Denaihati April 2012
Print screen blog Denaihati

Kalau di cari, banyak cara buat duit online ni sebenarnya, tapi yang paling penting tentulah trafik ke blog kita dulu (untuk para blogger laa), kemudian barulah ianya mampu menjana hasil untuk diri ataupun blog kita. Tiada trick ataupun taktik tertentu yang aku gunakan. Yang penting trafik..trafik..trafik...lepas tu baru fikir cara untuk letak link yang bersesuaian ke target yang kita mahukan.

Buat Duit Online, setakat ini aku akui aku hanya mampu dapat satu jumlah yang besar dari blog denaihati sahaja. Iklan yang aku pasang pun hanya suku dari jumlah yang aku dapat dari blog Denaihati. Bebaru ni Adsense yang aku pasang pun hanya bertahan setakat 2 hari sahaja, lepas tu habis, kena ban.

Selain itu, buat duit melalui contest juga antara pilihan yang aku suka. Setakat ni, contest bro titan[earncent] memang memberi aku sedikit hasil. Thanks bro...hehe. Btw, kalau contest seo, rasanya aku dah penat dah...cukup dulu laa....lagi pun blog aku baru je tukar domain. Yup..memang aku dah target habis je contest tu, aku nak tukar domain. So, sekarang ni time aku rileks2 jap dengan nama baru blog ni yastro.net - Blogging Biar Happy!!

Selain dari ucapan terima kasih kepada Denaihati kerana memberi peluang kepada blogger bilis  macam aku merasa hasil dari online, terima kasih khas juga aku tujukan kepada owner Forblogger.net yang telah menurunkan ilmunya kepada aku. Shah Blogger, tidak dinafikan beliau antara master seo yang terbaik pernah aku kenal di Malaysia nih. Btw, dulu, aku dengar2 juga Shah Blogger nak buat kelas seo, tapi sambutan agak kurang...so kalau korang berminat mungkin boleh juga listkan nama untuk belajar seo dengan beliau...termasuk aku. So ada yang nak tak??

Cukup sampai disini dulu...ada perkara lain yang harus aku lakukan...

Buat Duit Online :Top 10 Referral Denaihati April 2012
-salam mesra dari yastro -
Ranking: 5
 
© Yastro.net All Rights Reserved