Kisah Kehidupan-21 Tahun Hidup Dengan Rantai ! NANJING: Seorang wanita terpaksa merantai anaknya yang sakit mental di dalam sebuah bilik sejak 21 tahun lalu dengan sebahagain besar masanya hanya di habiskan diatas katil.
Lelaki tersebut, Hong Chunlin terpaksa dirantai dan dikurung di rumahnya apabila dia mula menjadi ganas dan sukar dikawal. Hong, 37, kini dijaga oleh ibunya, Chen Jiufang, 71, di rumah mereka di di Nanjing, Jiangsu, timur China.
Kerana terlalu lama dirantai, pergelangan tangan Hong kini mempunyai parut yang dalam. Chen berkata, Hong mula mengalami gangguan mental ketika berusia 16 tahun akibat kemurungan melampau kesan gagal bercinta.
“Sebelum ini, Hong pernah dibiarkan bebas tetapi dia selalu bergaduh, memaksa saya mengurungnya di rumah,” katanya.
Menurut Chen, Hong mudah menjadi agresif jika ternampak warna merah kerana bekas kekasihnya mengenakan pakaian berwarna itu ketika mereka berpisah.
“Kami petani miskin dan tak mampu membiayai perubatan Hong di hospital atau membeli ubat untuk mengawal perlakuannya,” katanya.
Apa yang boleh dilakukannya, kata Chen, adalah memastikan Hong kekal bersih, selamat dan mendapat cukup makan.
“Memang sedih melihat Hong dirantai, tetapi jika tidak dibuat begitu, dia akan mencederakan orang lain dan dirinya,” katanya.
Walaupun terlalu lama dirantai, Chen masih berharap Hong akan pulih satu hari nanti walaupun masalah kewangan menjadi kekangan kepada kehidupan mereka.
“Mudah-mudahan ada mana-mana pihak tampil membantunya,” katanya.
#Kesian juga membaca kisah mamat nih, hanya kerana wanita dia jadi begini...isk...ntah laa...aku harap lelaki Mesia sumernya kuat2 belaka mentalnya. Jgn jadi macam lelaki ni......Berdoa la selalu kepada Allah supaya tetapkan hati dan iman.....sian tgk ibunya jugak, agak2nya esok kalau si ibu tiada lagi haru hidup dia nih...isk..isk..
Kisah Kehidupan-21 Tahun Hidup Dengan Rantai
-salam mesra dr yastro-