Tahukah Anda??? sesuatu mengenai cupprix Malaysia

on 14 April 2010

TAHUKAH ANDA?

1.Juara Expert Paling Senior

Shahrun Nizam Tamin memegang rekod selaku pelumba paling senior dalam sejarah Cub Prix tanahair apabila memenangi gelaran Raja Expert ketika berusia 37 tahun. Dia memulakan karier perlumbaan pada tahun 1983 namun kejayaan hanya menyusul selepas 20 tahun beraksi dalam kejuaraan ini. Semangat tidak putus asa yang dimiliki Shahrun akhirnya memberi kejayaan manis buat dirinya apabila membawa pulang mahkota Expert pada musim 2003.

2.Juara Expert Termuda

Norizman Ismail merupakan pelumba paling muda dalam sejarah Cub Prix yang pernah ditabalkan juara Expert. Pada tahun 2005, dia mencipta kejayaan besar itu ketika berusia 20 tahun dan 8 bulan.

3.Cipta Kejayaan Pada Penampilan Sulung

Musim 1998 menyaksikan Mohd Faisal Yahya mencipta kejutan dalam saingan kelas Expert apabila memenangi gelaran keseluruhan pada penampilan sulung bersama pelumba ternama lain. Dia menyaingi nama-nama hebat seperti Chia Tuck Cheong, Abdul Halim Mohd Zahid dan Soong Chee Kieong namun kekurangan pengalaman sedikitpun tidak mengugatnya untuk mengegar litar sekali gus mencipta kejayaan terbesar dalam kariernya.

4.Juara Expert 4 kali

Rekod hebat M. Meganathan masih sukar di atasi oleh pelumba lain sehingga ke hari ini. Dia memenangi gelaran Expert pada dua musim berturut-turut dan mengumpul empat kejuaraan Expert sepanjang kariernya. Pelumba yang cukup dihormati ini memenangi gelaran Raja Expert pada musim 1994, 1995, 1999 dan 2000. Mega memulakan karier perlumbaan seawal musim 90an dan hanya bersara dari dunia Cub Prix pada tahun 2008.

5.Cipta 2 Gelaran Berbeza Semusim

Tiada pelumba yang sehebat Chia Tuck Cheong sehingga kini. Dikenali sebagai 'Ko Lou' oleh komuniti Cub Prix, Chia berada pada satu tahap yang berbeza dengan pelumba lain. Chia memenangi gelaran Expert pada musim 2001 dan pada masa yang sama dijulang selaku juara bagi kategori SuperSports 600cc dalam Kejuaraan Asia Road Racing. Untuk rekod, Chia sudah mengumpul dua gelaran Expert dan dua gelaran SuperSports 600cc.

6.Juara Tanpa Kemenangan

Dua pelumba, K. Sivanesan dan Muhd. Suhadi Ali Rahmat beraksi bijak dan mempamerkan tunggangan selamat sepanjang musim yang membolehkan mereka konsisten pada setiap pusingan. Sivanesan berjaya menaiki podium sebanyak 3 kali sepanjang lapan pusingan yang dipertandingkan sementara Suhadi menduduki 5 podium penamat dari 10 pusingan berlangsung.

7.Memenangi gelaran pada musim gemilang

Memakai nombor '46' pada jenteranya, Ahmad Fazli Sham bagaikan memiliki aura juara dunia, Valentino Rossi. Dia mencipta rekod peribadi apabila memenangi peringkat perlumbaan paling banyak dengan kejayaan enam podium juara dari 10-pusingan pada musim 2007

8.Catatan Hatrik

Selepas 14 musim, akhirnya seorang pelumba berjaya mencipta rekod dalam kelas Expert. Ahmad Fazli Sham merupakan pelumba pertama mencipta kemenangan secara hatrik apabila dia melakukan pada musim 2008 dengan memenangi perlumbaan di Kluang (Pusingan 2), Sepang Selatan (Pusingan 3) dan Kota Bahru (Pusingan 4).

9.Paling banyak memenangi perlumbaan kelas Expert

Pelumba kelahiran Taiping, Ahmad Fazli Sham turut mencipta sejarah tersendiri dalam arena Cub Prix tanahair. Dia merupakan pelumba paling banyak memenangi perlumbaan dalam kelas Expert15 kemenangan keseluruhan. Pada 2006 dia memenangi empat peringkat perlumbaan diikuti 6 kemenangan musim berikutnya. Pada 2008, Fazli memenangi tiga gelaran juara sebelum musim lepas menambah dua lagi koleksi.

10.Pelumba menakluki mahkota Expert dua kali dalam jarak masa terpanjang.

M. Meganathan dan Ahmad Fazli Sham memenangi juara Expert dua kali berturut-turut manakala Chia Tuck Cheong menjuarai kategori Expert sekali lagi selepas empat tahun. Namun, Juara Expert 2002, Ahmad Fuad Baharudin membuktikan bahawa dia masih berbisa walaupun kini bersaing dengan ramai pelumba muda yang hebat-hebat belaka apabila dia muncul juara buat kali kedua selepas 7 tahun.
Ranking: 5
 
© Yastro.net All Rights Reserved