LIMA 2011 ~ Ringkasan Berita 09/12/11

on 09 Disember 2011

1. Wakil Pembangkang Masuk Kedalam Kapal Selam
LIMA 2011 yang berlangsung dari 06/12/2011 ~10/12/2011 kini semakin hangat. Dalam Kosmo hari ini, sejumlah 7 orang pemimpin pembangkang akan dibawa menaiki kapal selam KD Tun Abdul Razak di perairan Langkawi hari ini bagi merasai serta melihat sendiri keupayaan aset pertahanan negara ituMenteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, KD Tun Abdul Razak akan melakukan demonstrasi dan ujian menyelam dari Jeti Awana Porto Malai di sini pada pukul 3 petang. Kata beliau, pemimpin berkenaan ialah Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Timbalan Presiden Pas, Mohammad Sabu, Timbalan Ketua Menteri I dan II Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman dan P. Ramasamy serta tiga Ahli Parlimen dari DAP, Pas dan Pakatan Rakyat. Aku harap mereka lepas ni akan lebih memahami situasi dan kurang menimbulkan isu keselamatan negara terutamanya berkenaan dengan kapal selam KD Tun Abdul Razak dan KD Tun Abdul Rahman sendiri.


2. Kontrak LIMA 2011
Lapan kontrak dan memorandum persefahaman (MoU), 3 Surat Setuju Terima (LOA) dan tujuh Surat Hasrat (LOI) bernilai RM2.305 bilion dimeterai pada hari ketiga Pameran Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2011 (LIMA '11). Ia sebahagian daripada 26 kontrak dan janji niaga dimeterai pada LIMA kali ini yang antaranya membabitkan penyelenggaraan pada aset dan perkhidmatan kerajaan, manakala separuh daripadanya adalah pembelian aset baru seperti diputuskan dalam Bajet 2011 dan Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10).
Enam daripada lapan kontrak itu dimeterai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bernilai hampir RM650 juta, manakala dua membabitkan pihak swasta bernilai RM500 juta. Kontrak ATM dimeterai dengan NGV Tech Sdn Bhd bernilai RM294 juta bagi pemerolehan dua unit kapal latihan untuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd bagi pembekalan alat ganti, perkhidmatan penyelenggaraan, latihan dan sokongan logistik bersepadu skuadron PV ke-17 TLDM bernilai RM62 juta kepada TLDM.

Nazarul Corporation Sdn Bhd bagi pemerolehan pembekalan dan penghantaran peluru 76MM L62 high explosive point detonating fuze' (HEPD) kepada TLDM (RM27.336 juta); Zetro Services Sdn Bhd bagi penyelenggaraan, pembekalan Line Replaceable Unit (LRU) dan pembekalan alat ganti sistem persenjataan pertahanan udara jarak dekat Jernas untuk Tentera Darat RM16.5 juta. Kontrak tambahan berkaitan pembekalan, penghantaran, pemasangan, integrasi, ujian dan pentauliahan untuk lapan unit mortar 120MM sistem mortar untuk ATM bernilai 8.18 bilion euro (RM35.398 bilion) turut dimeterai ATM dengan TDA ARMEMENTS SAS dari Perancis; serta bagi program pengukuhan ekonomi berkaitan pembekalan dua unit kapal latihan untuk TLDM bernilai RM214.6 juta.(yang ni ada kaitan dengan lawatan pembangkang keatas kapal selam negara kot..he3x!!)

Kontrak swasta pula dimeterai Contraves Advanced Devices Sdn Bhd (CAD), anak syarikat Kumpulan Boustead dengan Rheinmetall Defence Electronics GmbH. Ia berkaitan pembekalan sistem pemunggahan kargo Airbus A400M, A380 dan A330 merangkumi pembuatan, pembekalan dan penyelenggaraan dan baik pulih (MRO) bernilai RM500 juta untuk 10 tahun. Kontrak swasta kedua dimeterai Atlas Hall Sdn Bhd, juga anak syarikat Kumpulan Boustead, membabitkan perjanjian dimeterai dengan W Giertsen Hallsystem AS dari Norway.

3. SU 30MKM Air Show
Seluruh warga Skuadron Sukhoi SU-30MKM Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) atau No. 11 Skuadron berbangga dengan ketangkasan juruterbang pasukan itu melakukan persembahan aerobatik sepanjang Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2011. Pegawai Memerintah No. 11 Skuadron, Kolonel Mohd. Asghar Khan Goriman Khan berkata, kebolehan anak-anak buahnya melaksanakan pelbagai muslihat berbahaya menyebabkan beberapa delegasi luar menyangka ia dilakukan oleh juruterbang Rusia.
"Apa yang para pengunjung saksikan dilakukan sendiri oleh juruterbang kami yang telah berlatih selama sebulan setengah. Ia merupakan penerbangan aras rendah untuk pertempuran jarak dekat. "Beberapa pihak luar meyangka ia dilakukan oleh juruterbang uji dari Rusia. Ia bukan penghinaan, tetapi menunjukkan mereka tidak pernah memerhatikan dengan teliti dan saya tidak tahu mana mereka dapat maklumat seperti itu," katanya ketika ditemui selepas pertunjukan udara LIMA 2011 di sini hari ini.

Persembahan selama kira-kira lapan minit itu menyaksikan, dua juruterbang TUDM, Mejar Mohd. Faizal Abu Bakar dan Mejar Hisham Che Khalid mempamerkan 11 muslihat berbahaya di ruang udara sehingga mendapat tepukan gemuruh penonton di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC). Semalam, Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud memberitahu media mengenai beberapa delegasi serta wartawan asing yang mengatakan persembahan udara oleh pesawat Sukhoi TUDM dikendalikan oleh juruterbang uji dari Rusia.
"Setiap jenis pergerakan itu boleh dilakukan oleh mana-mana juruterbang TUDM kerana kami telah melalui pelbagai latihan dan beratus jam penerbangan. Jadi, anak Malaysia juga boleh melakukannya," kata beliau. Hisham pula memberitahu, jenis penerbangan paling berbahaya yang dilaksanakan mereka merupakan muslihat 'cobra' di mana kuasa enjin pesawat berada pada paras minimum dan ia memerlukan kerjasama erat kedua-dua juruterbang. "Dalam penerbangan selama lapan minit itu, ia seumpama kami berlari sejauh lima kilometer sementara bagi setiap daya tindakan graviti (daya-G), kami menanggung beban sebanyak lapan kali lebih daripada berat badan dan biasanya persembahan aerobatik mampu mencapai sehingga lapan G," jelasnya.

4. Team KRISAKTI

KRISAKTI yang diilhamkan kerajaan bagi memenuhi hasrat menubuhkan sebuah pasukan aerobatik kebangsaan. Pasukan tersebut merupakan usaha sama antara Kementerian Pertahanan dan juga sebuah syarikat swasta tempatan, Aerotree Defence & Services Sdn. Bhd. (Aerotree). KRISAKTI terdiri daripada empat buah pesawat Extra 300L yang dipandu oleh dua juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan dua juruterbang daripada Aerotree. Panglima Operasi Udara, Leftenan Jeneral Datuk Seri Ackbal Abdul Samad berkata, penubuhan pasukan aerobatik tersebut bukan hanya untuk LIMA tetapi ia juga akan digunakan ketika majlis sambutan utama negara seperti kemerdekaan dan sebagainya. "Kami tidak bekerjasama dengan Aerotree menubuhkan KRISAKTI semata-mata untuk LIMA. LIMA hanya diadakan dua tahun sekali sahaja. "KRISAKTI ditubuhkan adalah untuk memenuhi hasrat kerajaan yang mahukan sebuah pasukan aerobatik negara. Jadi, KRISAKTI akan terlibat dengan persembahan pada sambutan-sambutan utama negara. "Selain itu, mana-mana syarikat yang berminat untuk mendapatkan khidmat KRISAKTI dan mahukan pasukan tersebut membuat persembahan aerobatik boleh memohon daripada syarikat Aerotree dengan kadar bayaran tertentu," katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Secara keseluruhannya, terdapat 11 buah pasukan yang membuat persembahan pada LIMA kali ini terdiri daripada tiga pasukan tempatan termasuk KRISAKTI dan lapan buah pasukan dari luar negara.
Selain KRISAKTI, dua lagi pasukan negara adalah daripada TUDM yang menggunakan pesawat Sukhoi SU-30 dan juga MiG-29N. Lapan lagi pesawat luar negara yang membuat persembahan terdiri daripada F16C milik Tentera Udara Diraja Singapura (RSAF), Eurofighter Typhoon (RAF), Mirage Rafale (Tentera Udara Perancis), F/A-18E Super Hornet (Boeing), AH6i (Boeing), Tiger Attack Helicopter (Eurocopter), Dornier 228-212 (Aeroangkasa Ruag) dan C-17 Globemaster III (USAF). Selain persembahan aerobatik, LIMA turut menyajikan pameran pesawat statik.

Kebanyakan pesawat yang dipamerkan merupakan pesawat generasi keempat yang tercanggih di dunia ketika ini. Terdapat 45 pesawat dari dalam dan luar negara digunakan untuk pameran statik berkenaan. Antaranya ialah F/A-18D, Hawk 108/208, MB-339CM, CN-235 dan SK-61. Pesawat dari luar negara yang terlibat pula adalah seperti KC-30A (RAAF), S-70B Sea Hawk (RSAF), EC145 dan Tiger HAD (Eurocopter), ATAK Team T129 dan Agusta AW149 (Agusta Westland).
Ranking: 5
 
© Yastro.net All Rights Reserved