"BARROW-IN-FURNESS - Tentera Laut DiRaja Britain akan melancarkan kapal selam nuklear terbesar di negara itu yang berharga £1.2 bilion (RM5.9 bilion), dikenali sebagai HMS Ambush di sini, Cumbria, barat daya England, esok, lapor sebuah akhbar semalam.Kapal selam nuklear seberat 7,400 tan itu sepanjang 88.6 meter atau menyamai sebuah padang bola sepak dan selebar empat buah bas. Tingginya pula menyamai bangunan 12 tingkat. Reaktor nuklear yang menjana HMS Ambush mampu membekalkan tenaga untuk bandar Southampton dan ia tidak perlu naik ke permukaan laut sepanjang jangka hayatnya atau selama 25 tahun serta boleh memusnahkan musuh pada jarak lebih 1,600 kilometer. Kapal selam jenis pemburu dan pemusnah itu turut berupaya mengitar oksigen dan memproses air bersih daripada air laut untuk 98 krunya pada waktu krisis. Pihak musuh menggeruni kapal HMS Ambush kerana ia senyap. Kapal itu sukar dikesan dan dilengkapi radar yang boleh mengesan kapal atau kapal selam pada jarak lebih 3,000 kilometer. Bagi memastikan ia memiliki kuasa pemusnah yang hebat, kapal selam itu akan dilengkapi 38 peluru berpandu termasuk peluru Tomahawk yang memiliki jarak sekitar 2,000 kilometer selain torpedo beratSpearfish. - Agensi"
Astute(kiri) dan Ambush(kanan)
(klik gambar tuk tumbesaran yg lebih)
Builders: | BAE Systems Submarine Solutions |
Operators: | Royal Navy |
Preceded by: | Trafalgar class |
Ships in class: | 4 |
Ships building: | 4: Astute, Ambush, Artful, Audacious |
Ships planned: | 7 |
General characteristics | |
---|---|
Displacement: | 7,800 tonnes submerged |
Length: | 97 m (323 ft) |
Beam: | 11.3 m (37 ft) |
Draught: | 10 m (33 ft) |
Propulsion and power: | Rolls-Royce PWR2 reactor (with full submarine life core), MAN (Paxman) 1900 kilowatt diesel generator |
Speed: | 29 knots (54 km/h) submerged |
Test depth: | 300 m |
Range: | Limited only by food supplies |
Complement: | 98 officers and men (full capacity of 109) |
Armament: | 6 × 21 inch (533 mm) torpedo tubes, 38Spearfish torpedoes, UGM-84 Harpoonand Tomahawk Block III cruise missiles;naval mines |
Sensors: | Thales Underwater Systems Sonar 2076 Atlas Hydrographic DESO 25 depth-finding echosounder 2 x Thales Optronics CM010 periscopes Raytheon Systems Ltd Successor IFFsystem |