(Gambar)Kicap Kipas Udang Tiruan/palsu..

on 14 Disember 2010

Hampehhhhh &%$#@!....
itu je la yg aku cakap masa tengok berita mengenai rampasan kicap kipas udang tiruan malam tadi.


Walaupun aku bukan penggemar kicap, tapi kesian juga  kat bini aku dan anak2..Diaorang memang hantu ngan kipas udang nih. Tak membuang masa terus check ke"Ori"an kicap yg ada kat rumah...


Halamak aihhh....macam yg tiruan jekkk sebab kat paper pun ada cakap....

 "Hasil perbandingan antara produk asli, terdapat empat perbezaan dari segi pembungkusan.
"Antara ciri boleh dibezakan adalah dengan membandingkan penutup botol, tarikh luput, label dan warna bungkusan yang pudar berbanding produk asli," katanya ketika ditemui di sini hari ini." 

Satu lagi...

"Beliau berkata sampel daripada kicap tiruan itu akan dihantar ke makmal untuk melihat sama ada ia menggunakan bahan merbahaya atau tidak.
Terdapat perbezaan ketara di antara kicap tiruan itu dengan yang asli iaitu tulisan tamat tempoh penggunaan kicap tiruan itu tidak dicetak dengan laser sebaliknya menggunakan pencetak komputer biasa,katanya"

Hmmm....mintak2 la kompeni yg menciplak ni kene hukuman yang setimpal...naya wooo pengguna yg makan kicap tiruan ni. Dah le tak tau ape isi kicap/kandungan yg depa bubuh tu...
Masaalah betul kat mesia bila ada barang yang top2 nih..pasti penciplak akan tumpang sekaki, amik untung atas angin...Adoyaiiiiiii....


Kicap tiruan disebelah kiri....





Kaye le kompeni kicap tiruan nihh....berpuluh2 peti wooo...

Lagi stok yg kat dalam stor......




Email dari pihak Zara kpd En Azhar Ramli yg aku dpt dari rakan2..
War2kan la ye...Thanks!!



ASSALAMUALAIKUM
Yang Dihormati En Azhar Ramli, merujuk emel saudara, pihak ZARA disini sebenarnya telah mengesan kewujudan kicap tiruan ini (botol kecil sahaja) sejak bulan September dan kami tidak membuat publisiti yang meluas berkenaan perkara ini kerana ingin menangkap dalang sebenar yang menjalankan kegiatan ini. Alhamdulillah setakat ini kami telah mengesan beberapa pengedar haram tetapi masih gagal lagi mengesan dalang yang terlibat.

Untuk pengetahuan saudara Azhar sebagai rasa tanggung jawab pihak kami telah membuat bancian disemua kedai runcit dan mini market diseluruh Malaysia bermula pada bulan September dan telah berkerjasama dengan pihak KPDN untuk memberi amaran dan merampas kicap tiruan daripada peruncit telibat.
Untuk jangka pendek bagi mengurangkan impak kepada pengguna pihak kami telah membuat pembaharuan kepada capseal dan label untuk memudahkan pengguna membuat perbandingan diantara kicap tiruan dan asli. Produk dengan Label baru digunakan bermula pada penghujung September hingga kini dan boleh didapati di Hypermarket dan semua kedai-kedai yang lain.
Jika pengguna masih menjumpai produk kicap dengan label lama (Capseal hitam) sila buat perbandingan seperti gambar yang dilampirkan disini sebelum membuat pembelian. Pihak kami mendapati dari segi pembungkusan, 98% peniruan sama dengan yang asli menjadikan pengguna susah untuk melihat perbezaan.
Dari segi rasa memang tidak sama kerana produk tiruan banyak mengunakan air biasa, pewarna dan bahan pemekat , gula serta garam dan tiada rasa lemak (Umami). Berbanding produk asli yang menggunakan peraman ekstrak kacang soya yang mempunyai rasa lemak(umami) seakan rasa monosodium glutamate(ajinomoto).
Oleh itu pihak kami sekali lagi sangat mengalu-alukan peranan Saudara Azhar untuk menyebarkan maklumat ini kepada pengguna setia kami yang lain. Kerjasama saudara amat kami hargai.
Ranking: 5
 
© Yastro.net All Rights Reserved