Perusuh mengambil kesempatan ke atas kematian seorang lelaki dipercayai ditembak oleh pihak polis Metropolitan London, mengakibatkan demonstrasi aman bertukar menjadi keganasan dengan gedung perniagaan menjadi mangsa kebakaran akibat letupan bom petrol.
Keganasan tercetus setelah perusuh membantah sikap pihak berkuasa menembak Mark Duggan yang berada di dalam teksi, turut dipercayai anggota kongsi gelap di kota London.
Suruhanjaya Bebas Aduan Polis melaporkan pihak polis menahan teksi yang dinaiki Duggan dan tembakan dilepaskan ke arah beliau. Walaubagaimanapun, suruhanjaya tersebut tidak menyebut siapa yang melepaskan tembakan dan mengapa teksi berkenaan ditahan.
"Kematian Mark Duggan amat dikesali," ujar Komander Adrian Hanstock dalam satu kenyataan di sidang media. "Peristiwa tersebut adalah suatu tragedi ngeri, namun itu tidak memberi hak kepada penjenayah untuk memusnahkan perniagaan di sini."
Perusuh mengambil kesempatan dengan membakar kenderaan polis, bas dan bangunan awam sebagai tanda protes kematian Duggan. Perusuh juga turut melontar bom petrol dan batu ke arah polis setelah sekatan jalanraya dilakukan.
"Rusuhan yang berlaku malam tadi di Tottenham tidak boleh diterima sama sekali," kenyataan rasmi dari Downing Street (kediaman Perdana Menteri). "Tidak ada justifikasi tindakan keganasan terhadap polis, awam dan kerosakan harta benda."
Bantahan terhadap pembunuhan Duggan bermula secara aman pada malam Sabtu apabila 30 rakan mendiang serta ahli keluarga berkumpul diluar balai polis Tottenham untuk menyampaikan memo bantahan.
"Tidak ada petunjuk menandakan bantahan akan bertukar menjadi keganasan dan kejadian jenayah. Kami percaya ada ada unsur-unsur luar yang mengambil kesempatan untuk menguru-harakan keadaan dan tindakan keganasan ke atas polis, pihak bomba dan kerosakan harta benda," kata Hanstock.
Tambah beliau, pihak polis telah memperolehi pita video rakaman pengawasan sulit insiden tersebut dan berjanji untuk membawa perusuh yang terlibat ke muka pengadilan.
Ferry Lane, Tottenham Hale, location of the shooting |
#Difahamkan Mark Duggan adalah pengedar dadah dan gangster dikawasan tersebut. Nampaknya nasib penjahat dibela rakyat disana...hehehe...Rujuk di wiki..
The death of Mark Duggan (15 September 1981 - 5 August 2011) occurred during a police interception in Tottenham, London, England. Duggan, an alleged drug dealer and gang member, and father of 4 was shot and killed by police officers in an armed confrontation. His shooting was mentioned as a trigger factor in the 2011 London riots.
The Metropolitan Police had stopped a minicab which was carrying Duggan as a passenger. The independent police watchdog said it appeared a police officer was shot first before police returned fire, however it was later confirmed that it was indeed the the police officer who fired the first shot and not Duggan. Friends and relatives of Duggan claimed that he was unarmed.
However, tests on the weapon that was found on Duggan revealed that the replica pistol had been converted to fire live ammunition. The media reported that a bullet was found embedded in a police radio, implying Duggan fired on the police.
The Guardian reported that initial ballistics tests on the bullet recovered from the police radio indicate it was a hollow-point bullet, which is consistent with those issued to police.
Police who shot Duggan were part of Operation Trident, a London Metropolitan police unit which deals with gun crime in black communities.
Dan disebabkan rusuhan gila di london juga seorang pelajar Malaysia cedera dipukul dan dirompak. Alhamdulillah, keadaan pelajar tu stabil. Kat bawah ni ader video tu...mlm td kat tv3 pun ade disiarkan berita ttg pelajar mesia nih.
Walaupun kita nak kata derang kejam, jahat tapi bukan semuanya begitu...dan golongan yg terbabit tu pun nampaknya golongan muda...apepun terima kasih kepada mat salleh yg upload video nih.