Malam ni nak update Jelajah Proton di Melaka pada 28 Dis yg lalu...Dah lame gak ni,kire2 cam dah basi ngat cerita ni,tapi tak kisah ler..kalau orang tak nak tengok aku tengok sendiri jerr..he3!!! Merapu la pulok...
Okeh, meh kita mulakan...
Sampai di bandar Melaka lebihkurang kul 3 pagi gak,payoh bebeno nak cari hotel nih. Padahal dah pusing kat situ 2/3 kali. Tapi yg sebenornye time tu aku dah terlentok sakan,so aku tak terasa la lame sangat nak mencari hotel tu...he3!!
Event sepatutnya bertempat di Dataran Taming Sari,tetapi disebabkan masaalah teknikal ianya terpaksa ditunda ke tempat lain iaitu di Melaka Mall (berdepan dengan Jusco,berdekatan ngan Zoo Air Keroh Melaka)
Ada pengunjung yang dah pergi ke DTM,terpaksa berpatah balik ke Melaka Mall. Nasib baik diaorang ada pasang banner di sekitar kawasan DTM dan ada juga petugas dari Proton memberi info lokasi Festival yg telah bertukar.
Orkid Hotel yg membuatkan kami berpusing2 di bandar Melaka..
(teringat lak peristiwa tangga pusing)..
(teringat lak peristiwa tangga pusing)..
Dress code untuk semua..termasuk lah peserta konvoi dan juga petugas di Festival
Sementara dok tunggu rakan2 yg lain,kita buat sessi bergambau la dulu..
Ambulan yg mengikuti Festival...round 1 semenanjung gak nih...
Kat umah orang pun nak berposing sakan gakk?? Amboi2 korang!!!
(sebelum bertugas,gi cari makan dulu..kedai makan lak kt depan umah org ni...he3!!!)
Yeahh...kat sinilah Melaka Mall..
Lagi kereta Inovasi, yg kaler hijau tu Championnyer... juga Jebat,Kasturi dan Emas.
Rakan badut yg sering "menggamatkan" booth
aku dengan kehadiran kanak2. Sedang bergambar bersama peminat beliau..he3!!
Sessi penerangan untuk anak2 yatim..
Elly datang "interview" aku..ingatkan masuk TV3...he3!!!!
Tapi aku mmg respect kat dia..ramah tamah siot..mmg best lu Elly...
semoga terus berjaya dan cepat2 le menikah..hahaha!!!
* Kereta Innovasi: Program/pertandingan yang dikhususkan untuk pekerja2 Proton sahaja. Pertandingan yang mengutamakan daya kreativiti. Setakat ni dah 2 tahun berturut2 Proton mengadakan aktiviti ini. Pekerja dikehendaki menyiapkan tugasan mereka diluar waktu kerja harian. Ini bermakna para pekerja (yg terlibat) terpaksa meng"overtime"kan diri tanpa apa2 claim untuk menyiapkan kereta2 tersebut.
Kesemua kereta tersebut direka/diilham sendiri oleh mereka tanpa bantuan dari engineer atau designer Proton.
Pada tahun 2010, para pekerja diberi tema "GREEN". Jadi kereta2 yg anda lihat semuanya berkonsepkan hijau,setidak2nya menggunakan sistem ngv.
Pemenangnya (tahun 2010) ialah kereta yg berwarna hijau tu..menggunakan teknologi "tabung gas forklift" kereta yang berasal dari Persona terus hilang identiti asalnya. Cayolah brader2 sumer!!! Siap air brush sakan lagi tuu....
Setelah selesai aktiviti rutin Festival ni, macam biasa aktiviti packing pulak dilakukan. Settle je, terus kami menuju ke perhentian yang seterusnya... NILAI....Tungguuuu....