Pada mulanya TLDM menempah 6 buah bot ronda…KD Sri Kedah, KD Sri Selangor, KD Sri Perak, KD Sri Pahang, KD Sri Kelantan dan KD Sri Terengganu. Bot-bot ronda ini dikenali sebagai Kedah Class berasaskan nama bot pertama.
‘Batch’ kedua bot ronda yang dikenali sebagai ‘Sabah Class’ bermula dengan KD Sri Sabah P3144 (gambar atas), KD Sri Serawak P3145, KD Sri Negeri Sembilan P3146 dan berakhir dengan KD Sri Melaka P3147.
Apa beza antara Kedah Class dan Sabah Class?
Dari segi fisikal…’Radar Scanner’ lebih nipis kerana bot ronda Sabah Class dilengkapi dengan ’fully transistorised radar’ model Decca TM616. Manakala 14 buah ‘porthole’ atau ‘scuttle’ sebelah kiri dan kanan sudah tiada. Apa bendanya ‘porthole’?-http://utuhpaloi.com/2010/11/23/bot-ronda-tldm-era-60an/
Krew APMM di atas KD SIPADAN |
Sejarah Yang Tidak Boleh Dilupakanhttp://pak-mail.blogspot.com/2012/03/wira-tldm-yang-tak-didendang.html
Pada 1993, Jalil sekali lagi diderafkan ke Kapal Ronda tetapi kali ini di Skuadron PC 14 KD SRI SARAWAK (KDSS) (PC Kelas Sabah).yang berpangkalan di Tanjong Gelang Kuantan. Tugas hakiki beliau di tempat baru ini masih lagi sebagai anggota meriam 40/70mm dan lain-lain persenjataan dalam kapal. Sebagai anggota senior dalam kalangan PPP, beliau tidak boleh lari dari memikul tanggung jawab sekunder di mana selain menjadi anggota Tim Mendarat (Landing Party) Jalil juga adalah seorang anggota Tim Menggeledah (Boarding Party) yang proaktif. Selain beliau, ada beberapa orang lagi rakannya yang mewakili bahagian teknikal, komunikasi yang melengkapkan kekuatan Tim Menggeledah. Namun begitu dalam sesuatu misi penggeledahan tidak semua kekuatan Tim Menggeledah ditugaskan kerana setiap operasi akan dinilai terlebih dahulu oleh pemerintah yang mana dalam kalangan mereka boleh dipecahkan kepada beberapa Tim Kecil bergantung kepada kekuatan ‘musuh’ yang bakal dikendalikan.-
Sebuah permulaan pasti akan ada satu pengakhirannya, sama ada manusia, haiwan atau barang yang tak bernyawa sekalipun, ianya sudah menjadi ketetapan dan lumrah alam. Begitulah yang terjadi dengan sebuah kapal peronda milik APPM yang dulunya adalah milik TLDM. Penuh nostalgia dan juga kenangan pahit manis buat mereka yang pernah berkhidmat diatasnya. Dilambung ombak ganas Laut China Selatan, di uji oleh nelayan asing..semuanya tidak pernah mematahkan semangat para pejuang negara yang pernah berkhidmat di kapal KD SRI SARAWAK satu ketika dahulu.
Sedikit info KD SIPADAN @ KD SRI SARAWAK
Dikenali dengan nama KD SIPADAN dengan nombor penant 3131, KD SRI SIPADAN@ KD SRI SARAWAK ini adalah terdiri dari jenis bot "PC CRAFT" yang mana aku rasa agak kecil juga. Saiznya yang kecil ini mengingatkan aku dengan bot pemancing yang yang selalu aku naik di perairan Terengganu. Mungkin saiz Pc Craft "Sabah Class" ni cuma besar sikit je dari bot pemancing tersebut [rasa aku laa]. Kedah Class dan Sabah Class adalah dua kategori yang berbeza, biarpun rupa bentuk kapal itu hampir sama secara keseluruhannya.............
Petikan dari Kosmo:
1. Selepas sekian lama berbakti sebagai sebuah kapal perang dan peronda bagi menjaga keselamatan dan kedaulatan negara, Kapal Maritim (KM) Sipadan akhirnya bersemadi di kawasan taman laut Pulau Tioman, Pahang semalam.
2. Kapal KM Sipadan merupakan kapal milik Tentera Laut Diraja Malaysia pada 1964 dengan nama KD Sri Sarawak sebelum diserahkan kepada pasukan Maritim Malaysia pada 2005.
3. Khidmat kapal berusia 48 tahun itu berakhir dalam masa 40 minit setelah ditenggelamkan untuk dijadikan sebuah tukun rekreasi.
4. Ketua Maritim Daerah Kuantan, Kapten Maritim Abdul Aziz Idrus berkata, kapal tersebut didapati tidak lagi sesuai digunakan berikutan kos penyelenggaraan yang terlalu tinggi.Katanya, peristiwa itu pula merupakan satu detik bersejarah kerana pertama kali sebuah kapal perang negara ditenggelamkan bagi menambahkan lagi kawasan biodiversiti marin di Pulau Tioman.
Kd Sri Melaka.. 3147? - Kalau salah tolong perbetulkan |
http://malfianm.multiply.com/journal/item/198/REGISTER_OF_RMN_DECOMMISSIONED_SHIPS_Part_3
http://antoniobargados.blogspot.com/2010/05/km-sipadan.html
Sumber - Berita Harian,Kosmo,The star