Elok lah tu, kalau kerajaan nak kurangkan beban rakyat melalui cara nih. Aku walaupun tak pernah merasa "subsidi" RM 20 yang kerajaan berikan tu, tapi aku tetap menyambut baik dan berfikir secara positif tentang subsidi rebet RM20 ni. Aku tahu, tak ramai yang dapat merasa rebet tarif eletrik ni, tapi pada aku.. sekurang2nya ianya memang membantu kepada pihak yang sangat memerlukan.
Kalau pukul rata penggunaan tarif elektrik dibawah RM20, ini sememangnya menunjukkan yang rumah tu dan juga isi rumah itu sebenarnya adalah golongan yang memang memerlukan bantuan. Mungkin dengan cara ini, kerajaan mampu untuk mengenal pasti golongan yang lebih layak dan berhak untuk mendapat bantuan yang lebih wajar dari kerajaan...
Kerajaan melanjutkan tempoh bagi rebet elektrik RM20 dan ke bawah sehingga hujung tahun ini, kata Menteri Tenaga Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui, Rabu. Beliau berkata 1.08 juta pengguna domestik di seluruh negara yang menggunakan elektrik sebanyak RM20 dan ke bawah sebulan akan terus menikmati rebet itu.
"Ini merupakan salah satu usaha dan keprihatinan kerajaan dan kementerian ini untuk memberi tumpuan dalam meringankan beban kewangan rakyat dengan melanjutkan tempoh bagi rebet elektrik sehingga Disember tahun ini.
"Kerajaan telah membelanjakan RM141 juta setahun bagi membiayai pemberian rebet ini," katanya pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kementerian itu bagi tahun 2011 di sini. Chin berkata kerajaan telah memperkenalkan program pengecualian daripada membayar bil elektrik bulanan sebanyak RM20 dan ke bawah bermula Oktober 2008 khusus kepada pengguna domestik daripada golongan berpendapatan rendah. - BERNAMA