MAKSUD PROTON PREVE

on 30 Mac 2012


Hmm....semenjak dua ni dan banyak blogger buat entri berkenaan dengan nama kereta baru Proton P3-21A iaitu Proton Preve. Jadi tentu ramai yang nak tahu, apakah maksud sebenar Proton Preve tu? Okey, maksud sebenar Preve tu adalah "mengadakan peruntukkan bagi" untuk bahasa Itali dan "memperuntukkan" bagi bahasa Sepanyol, "meramalkan" bagi bahasa Portugis dan "peruntukan" untuk Romania, "dipindahkan" bagi bahasa Slovak...Amacam?

Korang percaya ke?? Tak caya? Kalau tak caya leh pi check kat google translate... Kebenarannya ada disitu...He3x!!! Okeh...okeh...jangan marah aku noooo....Jangan lak nanti ada yang tanya aku, serius sebenarnya aku memang tak tahu lagi nama rasmi bagi kereta P3-21A tu...


Nama model ni sebenarnya dah ramai orang yang dok tanya semasa event POWER OF 1 tempoh hari di Bukit Jalil. Ada yang memang anggap Proton Tuah tu adalah sama dengan P3-21A....Tak sama weiii....Tuah tu adalah kereta konsep, manakala P3-21A adalah kereta baru Proton. Kereta konsep setakat ni sampai bila2 pun tak akan keluar jadi keta production, nak-nak lak kereta tu dah dipamerkan kepada umum. Kenkadang aku rasa kat sini la pentingnya event2 sebegini, dapat memberitahu orang ramai dengan maklumat yang terkini dengan lebih jelas lagi. Jangan sampai satu kes tu, budak muda umur dalam lingkungan 20an, kereta Proton dan kereta Produa pun tak dapat beza? Halamakkk....penat la gini weiii...

Satu lagi...bermacam ragam manusia yang aku dan rakan-rakan yang lain jumpa walaupun hanya 2 hari sahaja aku bertugas disana. Apetah lagi bagi kengkawan aku yang bertugas selama 5 hari berturut-turut. Memang banyak cerita yang kadang2 boleh sampai tahap pecah perut..ha40x!!! Event macam tu sebenarnya sangat memenatkan..serius penat... tetapi berbaloi sesangat...

Okey, setakat tu je la aku nak membebel. Tak leh membebel banyak sebab mata aku pun dah layu sesangat nih. Diharap dengan penerangan maksud nama Proton Preve diatas janganlah di ambil kira sangat. Memain jer tu, saja je aku nak tengok kat google translate apa maksud Preve tu....he4x!! Caiyokkk.....

# Nama model Proton P3-21A telah disahkan semalam.[Update Gambar Proton PREVE luar dan dalam]
#Update gambar Proton Sapphire

TEKA-TEKI mengenai nama sebenar kereta global Proton, yang menggunakan kod P3-21A akhirnya terjawab apabila model terbaru kereta Proton itu dikenali sebagai Proton Preve (disebut Prae-vae) yang diubah suai daripada perkataan asal bahasa Inggeris (Proof) yang membawa maksud ‘bukti’.
Perkataan itu juga dipinjam dan diolah daripada bahasa Sepanyol, Preve yang membawa maksud ‘memperuntukkan’ sekali gus menggambarkan model berkenaan bukti keupayaan Proton selepas 27 tahun ditubuhkan dalam mengeluarkan produk bertaraf global setaraf dengan jenama kereta antarabangsa lain.
Pengarah Urusan Kumpulan Proton Holdings Bhd (Proton), Datuk Seri Syed Zainal Syed Mohamad Tahir berkata, kereta itu akan dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bulan ini dan dijangka mula dipasarkan kepada orang ramai dalam tempoh seminggu hingga dua minggu sebelum di eksport ke Australia dan negara Timur Tengah.
“Sejak mula dibuka untuk tempahan, Proton menerima sebanyak 1,000 unit dan yakin dapat menjual Preve kira-kira 4,000 hingga 5,000 unit sebulan memandangkan ciri serta reka bentuk ditawarkan akan menarik perhatian pembeli,” katanya pada majlis memperkenalkan nama Proton Preve kepada media dan sesi pandu uji Preve sejauh 156 kilometer di Putrajaya, semalam.
Ranking: 5
 
© Yastro.net All Rights Reserved