HOKI MALAYSIA VS RUSSIA

on 20 Mac 2012

HOKI_MALAYSIA_VS_RUSSIA

Perlawanan terakhir antara skuad hoki Malaysia Vs Russia berakhir dengan keputusan 6-1 dalam menentukan tempat ke 3 dan ke 4 di kejohanan ini. Dan seperti biasa, apabila skuad negara gagal melepasi matlamat utama iaitu ke Olimpik 2012, pelbagai perkara dibangkitkan oleh semua pihak. Aku faham, semua rakyat mahukan dan dahagakan kemenangan didalam apa jua bidang sukan yang diwakili. Kemarau Olimpik selama 12 tahun terus menghantui skuad hoki negara. Mangsa terdekat dan paling mudah ialah jurulatih skuad hoki itu sendiri iaitu Tan Beng Hai. Kini semua mata tertumpu ke arah jurulatih tersebut. Tetapi apakah dengan hanya memecat Tan Beng Hai, reputasi dan kekuatan skuad itu terus berjaya dipulihkan? Terpulang lah kepada pihak2 yang berkuasa tersebut....aku malas nak cakap dah. Tapi ada satu perkara yang aku agak kecewa bila baca di myMetro....
Turun pada perlawanan yang tidak memberi sebarang makna, skuad negara jelas tidak mempamerkan aksi 100 peratus selepas terlalu kecewa dengan kegagalan untuk mara ke pentas final apabila sekadar seri 1-1 kepada Ireland kelmarin. Kemenangan semalam tidak menggembirakan sebilangan kecil penyokong skuad negara, malah langsung tiada kelibat barisan penyokong VIP kecuali Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr Ramlan Abd Aziz.

“Baik menang atau kalah, saya tetap akan menyokong skuad negara. Kehadiran saya adalah untuk menenangkan mereka,” kata Ramlan yang hanya akan pulang ke tanah air hari ini.
Antara keputusan perlawanan yang lain;

Korea 3  -  Ireland  2 [Korea layak secara automatik]

Ukraine 2 - Chile 1 [Penentuan tempat ke 5/6]]

# Kalau menang sokong bagai nak rak...tetiba kalah hilang macam tu jerr? Mana pergi semangat derang nihh??, tabik kat sekumpulan penyokong kecil Malaysia yang tetap hadir disana - errrr, tetiba je aku pun da ilang semangat nak tulis entri nih...:(
Ranking: 5

Comments (11)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
eeemmm dalam sukan kalah menang bukannya apa tapi semangat kesukanan.... tai aku harap Malaysia menang gak

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
diy repair windshield kena batu

My recent post FODER, HAY , SILAJ ,SILAWRAP & HAYLAJ
x adil kalau nak menuding jari pada jurulatih sorang je...sepatutnya semua pihak kena mainkan peranan yng penting.teruskan sokongan..bukan bila da kalah..terus condem...
My recent post Jadual Waktu Harian
1 reply · active 680 weeks ago
Betul tu...bila kalah biasa laa...pasti akan ada yg akan jadi kambing hitam nanti....
Sudah terlepas peluang ke sukan Olimpik kena tunggu 4 tahun lagi.
My recent post Membidik di Pesta Belon Udara Panas Putrajaya 2012
1 reply · active 680 weeks ago
Betul tu bro...harap2 pemain yg muda2 kali ni mampu menggalas impian 4 tahun lagi
Kena tunggu 4 tahun lagi..
1 reply · active 680 weeks ago
Lama lagi tu bro... :)
Senang je kalau nak salahkan atau tukar jurulatih
Tapi aku lebih suka beliau dikekalkan
Kita pun bukan kalah teruk dan kita memang dah bagusbi
My recent post Apa Aku Selalu Buat Dengan Blog
1 reply · active 680 weeks ago
Tu laa....sebenarnya aku juga berharap beliau dikekalkan...
My recent post HOKI MALAYSIA VS RUSSIA
12 thn yer...lama tuh, mmg dah kering tekak2 org malaysia ni hah...( ^_^ )
My recent post Dier Dodoikan aku ker?
1 reply · active 680 weeks ago
Hehehe...perut pun dah lama kembung... :)
My recent post HOKI MALAYSIA VS RUSSIA

Post a new comment

Comments by

 
© Yastro.net All Rights Reserved