Pegawai kastam rasuah...pegawai lain?

on 03 April 2011


Credit to dehewaraspak.blogspot.com




Pegawai kastam terima rasuah pengkhianat negara’

Posted on the December 23rd, 2010 under Tempatan by Ahmad Albab
"KAJANG: “Pegawai kastam yang terima rasuah adalah pengkhianat negara,” kata Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan), Datuk Ismail Ibrahim, mengulas gejala rasuah di kalangan kakitangan jabatan itu.
Ismail tidak menafikan ada segelintir pegawai dan anggota Kastam Diraja Malaysia (KDRM) yang terbabit dengan rasuah, namun memberitahu jumlahnya tidak membimbangkan.
Menurutnya, KDRM memandang serius masalah rasuah kes itu dan tidak melindungi mana-mana kakitangan yang disyaki bersalah disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Saya tidak menafikan ada anggota terbabit rasuah. Tetapi buat masa ini ia tidak membimbangkan dan boleh menjejaskan integriti jabatan. Kami memandang serius perkara itu dan mengambil tindakan terhadap mereka."
dari Berita Harian online.

"PUTRAJAYA – Seramai 62 orang kakitangan termasuk pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) setakat ini sudah ditahan dalam operasi sejak Isnin lalu bagi membanteras `tangan-tangan kotor’ yang menjadi punca kerajaan kehilangan hasil kira-kira RM108 bilion setahun akibat rasuah dan pengubahan wang haram.
Mereka yang ditahan membabitkan 53 lelaki dan sembilan wanita berusia 24 hingga 56 tahun dengan 80 peratus berkhidmat di lima pelabuhan utama iaitu Pelabuhan Klang, Pelabuhan Kuantan, Pelabuhan Pulau Pinang, Pelabuhan Pasir Gudang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor.
Gerakan di bawah Ops 3b itu mendapati Pelabuhan Klang menjadi tumpuan utama jenayah apabila 48 suspek ditahan di situ.
Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali pada sidang akhbarnya di sini semalam memberitahu, daripada jumlah itu, sebanyak 17 orang termasuk seorang berpangkat Pengarah dan isterinya juga pegawai kanan Kastam ditahan reman manakala bakinya telah dibebaskan setelah disoal siasat.
“Kami percaya mereka mengambil suapan secara individu dan bukannya didalangi sindiket tertentu.


“Sejak siasatan kami bermula pada 2008, kami menjangkakan lebih RM10 bilion telah diseludup keluar dari negara ini,’’ katanya."


dari Kosmo! Online
 Gua tak rasa terkejut sangat dengan perkara yang dah jadi ni.Serius!!!. Memang dalam fikiran gua selama ni, ramai pegawai dalam kerajaan terutamanya yang mempunyai kuasa dan berurusan dengan pihak peniaga/kontraktor atau senang kata berurusan dengan sesuatu yg membabitkan duit/RM akan terjebak dengan isu2 macam ni.
"RM' kalau dah disogok depan mata tiap2 hari sikit sebanyak tentu jadi rambang mata jugak. tapi bila dah tahap melampau, gua rasa ITU SUDAH LEBIH...Inilah yang pepatah cakap.."Kerana nila setitik..."


Paling malang sekali bila tengok ramai muka orang melayu yang kene. Dah tentu kalau melayu tu Islam. Dalam Islam pun dah terang2 menolak mende2 macam ni. Kat sinilah iman tu memainkan peranan, seandainya kurang iman didada, pasti orang yang terlibat dengan agensi ni mudah terjebak.
Dalam hidup yang singkat ni, sapa yang tak nak "RM'..bohong le kalau gua kata gua cuma pentingkan agama tak cari dunia. Dunia pun penting, tapi akhirat lagi penting. Senang dunia cuma sementara, senang akhirat??


Gua sokong 100% seandainya BPR masuk kat ceruk mana sekalipun jentera pentadbiran negara. Isu rasuah ni bukan isu yang boleh dipandang ringan. kejatuhan sebuah negara pun boleh disebabkan perkara2 macam ni. Gua rasa tak mustahil pulak nanti ada pegawai2 yang jual rahsia negara kerana dibutakan dengan "RM". Tak salah gua dulu, penah jugak pegawai tentera ditangkap kerana menJUAL RAHSIA NEGARA kepada negara luar...hahaha Bennngonggggg!!!


Gua juga membangkang statement Penolong Ketua Pengarah Kastam dengan mengatakan belum sampai tahap membimbangkan. Korang nak tunggu macammana lagi? Tunggu sampai negara tersungkur ke? Pastikan tanggungjawab dijalankan seperti yang diamanahkan. Jangan sampai rakyat tak percayakan kerajaan lagi.
Mana tahu esok lusa ada  demo macam kat negara Arab tu berjangkit sampai ke sini plak. Time tu dah tak de makna lagi...


Buat BPR..tolonglah...tolonglah bersihkan mana2 agensi2 yang agak meragukan. Gua tau, kalau JERUNG PERKASA duduk kat atas, memang susah BPR nak bergerak. Buat JERUNG PERKASA..dunia ni memang milik korang laa, tapi akhirat nanti setiap bende yang korang ambik, telan... akan dituntut!!! Pikir2kanlahh.....tu baru 108 billion..gua rasa kalau siasat betul2, BPR boleh dapat lagi lebih dari angka tu....
Bebaskan Malaysia dari cengkaman rasuah!!!


Gua mintak maap sebab ayat gua agak berterabur sikit...hehehe




Updated:
06/04/2011.


PEGAWAI KASTAM DITEMUI MATI.

KUALA LUMPUR – Pegawai kastam yang ditemui mati dalam kawasan Bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Wilayah Persekutuan di sini pagi ini dikenali sebagai Ahmad Sarbaini Mohamed, 56, seorang Penolong Pengarah Kastam yang bertugas di Pejabat Kastam Pelabuhan Utara di Pelabuhan Kelang.
Menurut Ketua Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mustafa Ali, mangsa merupakan antara pegawai yang ditahan 1 April lalu oleh pihaknya bagi membantu siasatan operasi 3B dan telah dilepaskan melalui jaminan pada 2 April (Sabtu)  lalu.
Katanya, Ahmad Sarbaini telah datang secara bersendirian dengan menunggang motosikal ke pejabat SPRM itu pukul 8.26 pagi ini bagi bertemu dengan pegawai penyiasat (IO) SPRM yang mengendalikan kesnya.

“Oleh kerana kebanyakkan pegawai SPRM sedang bermesyuarat ketika itu, beliau menungu di lobi bangunan sehingga 9.30 pagi,” katanya pada sidang akhbar di sini.
Tambah Mustafa, mangsa selepas itu ditemani seorang pegawai SPRM ke tingkat 3 bangunan berkenaan bagi menunggu pegawai penyiasat yang ingin ditemui mangsa.
Katanya, pada pukul 10.15 pagi, pegawai berkenaan meninggalkan mangsa sebentar bagi mencari pegawai penyiasat yang ingin ditemui mangsa.
Beberapa minit selepas itu, pegawai berkenaan kembali ke tempat mereka menunggu dan mendapati mangsa tidak ada lagi di situ, katanya.
Selepas beberapa ketika mencari mangsa, pegawai berkenaan jelas beliau ternampak satu tubuh manusia di gelanggang badminton di tingkat satu bangunan itu.
“Kita telah mengambil langkah-langkah yang perlu selepas itu termasuk memaklumkan kepada Kastam dan keluarga Allahyarham,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah berkata, pihaknya setakat ini mengklasifasikan kes itu sebagai kematian mengejut.
Katanya, mangsa ditemui dalam keadaan yang sama dengan Setiausaha Politik exco Selangor, Teoh Beng Hock yakni dengan muka tersembam ke bahagian permukaan lantai.
Beliau berkata, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) bagi menjalani proses bedah siasat. 







Ranking: 5

Comments (22)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
memang banyak tu, yas
agak2 kalau semua pegawai kerajaan dari semua jabatan disiasat
boleh tak bina rumah kepada semua warga yang tidak mempunyai rumah kat malaysia ni
agak2 je
My recent post Rahsia Tarikh Lahir
1 reply · active 724 weeks ago
Hehehe...tang agak2 ni yg lomah ni...
Tapi, rasanya lebih pada boleh kot....ada extra lagi...hehehe xD
harap sprm mainkan peranan di cameron highlands....agensi penguatkuasaan memang teruk..ada seorang bekas tentera makan rasuah beribu riban sebulan...tolong sikit....
1 reply · active 724 weeks ago
Huhh...dekat2 dengan tempat gua gak tu bro....
ce citer...ce citer....

[kasi email kat gua ehh]
Saudara Yastro,

Sikap buruk yang sukar dibendung selagi bernafsu besar.
1 reply · active 724 weeks ago
Yup Pak Mail...setuju...nafsu mempengaruhi segalanya...
tuh la mcm2 rasuah yang belaku....kan kan!!!
kat sini pon tak kurang hebatnya ada gak belaku.......
My recent post Ubah Sikit Jer
1 reply · active 724 weeks ago
manusia ni sikap nye takkan berubah.....dari zaman jahiliah lagi mmg dah ada..inikan plak zaman kejor harta mende..lagi 'buntang" mata tengok duit...hehehe
Tak membimbangkan dia kata. RM108 bilion, tak sirius? Biaya subsidi petrol 2 tahun tu.
1 reply · active 724 weeks ago
Hmmm....ahhh..kasi up lagi harga minyakk!!! ~ Kata "Jerung Perkasa"... xD
hurm..muka2 melayu gak yg slalu kena...jarang sgt org2 luar yg tertangkap..

kadang2 dorng ni x pk ke akibat kesan terima rasuah..kalo jumlah yg kecik...x berapa okk gak..tp ni sampai melibatkan beribu2 lemon..ishk..

skali tangkap..kena bayar 5 kali ganda kan..mcm tak berbaloi la plak kalo sabit kesalahan..ada skali tu masuk berita..jumlah wang suapan x byk mana pun..tp nk kena byr blk..haaa..amik ko
My recent post Tanda-tanda lelaki merajuk
1 reply · active 724 weeks ago
Tu la chii...asik muka melayu je yg dok buat macam2 perangai....

ape puncanya yekk...
tang 5 kali ganda tu mmg betoi..tapi kita tak tau jumlah sebenar yg diorg dah amik...silap2 10 kali ganda dari tu...Dah lamaaa dahhh....
rasuah dah menjadi sebahagian dari kehidupan masyarakat berkedudukan...kita harap SPRM akan terus mencari jerung-jerung ni agar kuranglah sedikit masalah rasuah kat negara kita.
1 reply · active less than 1 minute ago
Yup...diharap SPRM tidak ditekan dari pihak2 tertentu....
Bebaskan SPRM dari kuasa Jerung!!!
Yang kita nampak skrg kastam le, pegawai dari jabatan lain tak tau banyak mana lagi. Sampai banyak tu depa kata tak serius lag..emmm ayat nak menyenangkan hati org le tu.
Dekat dekat nak pilihanraya ni kan..banyak le pulak terbongkar ye....
My recent post Usop Wilca Gamatkan Anugerah Bintang Popular BH ABPBH 2010
1 reply · active less than 1 minute ago
Yuppp...sekarang ni yg tengah panas kastam...
jabatan2 lain pun kene alert jugak lerr...tapi kalau ada jangan dok sorok 2 pulak ehh...
:D
salam..
realiti pegawai kerajaan yang
berpeluang buat duit...bergantung
pada iman mereka sebenarnya..
sedih bila terbongkar sebegini
entah berapa juta duit yang sepatutnya
di gunakan untuk rakyat jelata di makan
seeorang dua yang tidak bertanggungjawab
My recent post 2 Minggu Dah Boleh Cash Out - Bukti Nuffnang Masih Yang Terbaik
1 reply · active 725 weeks ago
Kerana nila setitik, susu sebelanga dirosakkan....
Kastam Diraja Malaysia...namamu dah tercemar kerana golongan yg tamak haloba nih.
,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,____,__
l_---_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara” http://firestartingautomobil.blogspot.com/ http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
tangkapan lebih banyak terhadap kes rasuah “ikan bilis” yang melibatkan pemberian dalam jumlah yang kecil kepada pegawai penguatkuasa yang bertugas sama ada di kaunter-kaunter atau di jalan raya.

Dalam pada itu, tindakan dan usaha yang lebih serius perlulah dilakukan bagi menangani kes rasuah yang berlaku dibalik kamar-kamar mewah yang melibatkan pegawai berjawatan tinggi dan orang-orang kenamaan. ‘Ikan-ikan besar’ ini seharusnya ditangkap dan tidak dibiarkan bermaharajalela.

Tidak guna jika BPR sekadar menumpukan kepada ‘ikan-ikan kecil’ sedangkan ‘ikan-ikan besar’ ini terus menerus bermaharajalela. Kata orang kepimpinan melalui teladan, maka wajarlah semua agensi Kerajaan dan organisasi swasta dibersihkan diperingkat tertinggi sebelum menyelam mencari ‘ikan-ikan kecil’.

Memang mudah menangkap ‘ikan-ikan’ kecil ini, hatta duduk bersantai ditepian pantai pun boleh dapat. Tapi itu tidak akan memuaskan hati rakyat kerana bila mereka ditangkap ‘Ikan Besar’ masih bebas melakukan jenayah yang lebih besar dan mengancam negara.

Oleh itu besarlah harapan rakyat agar beliau tidak takut untuk menyiasat kes-kes berprofail tinggi. Rakyat akan bersama dengan orang-orang yang ingin berjuang untuk kebenaran dan beliau tidak akan keseorangan jika agenda perjuangan beliau selari dengan kehendak rakyat.
My recent post Tips-tips periksa kereta untuk perjalanan jauh
1 reply · active less than 1 minute ago
Setuju bro.....
Kalau nak citer bab ikan bilis ngan jerung ni mmg dah lama sangat dah...
Rakyat memerhatikan jer dari luar...jangan dok pikir rakyat boleh di$#@%^^.....

Jerung Perkasa mempunyai kekebalan terhadap undang2 ker?
Yup...mungkin laa kann...tapi ingat...akhirat setiap inci org dok tuntut....

Berhati2 lahh....sebab kadang2 ALLAH akan tunjuk balasan masa kat dunia lagi...
time tu tak cukup laut nak lari..hehehe...
biarlebetul's avatar

biarlebetul · 725 weeks ago

biasanya masalah serius berlaku kerana penguatkuasa sendiri yang terlibat.
Seperti juga masalah dadah, pendatang asing, gro, ekor haram.
Mereka yang bertugas sebagai penguatkuasa inilah yang buat hal rasuah.
Jika mereka ni tak terlibat kes seumpama ini tidak lah begitu teruk.
1 reply · active less than 1 minute ago
Yup setuju bro...bila agensi2 yg diamanahkan tak melakukan kerja seperti yg diamanahkan...inilah hasilnya...

#Dok tgu yg lain plak nih....

Post a new comment

Comments by

 
© Yastro.net All Rights Reserved