Berita mengenai Timbalan Presiden FAM Dato Anuar Musa didapati bersalah sudah diketahui semua orang. So, apa sebenarnya punca kesalahan Dato Anuar Musa tersebut? Benarkah ianya satu "dosa" besar sehingga pihak berkuasa FAM menghukum beliau gantung selama 2 tahun 6 bulan dari terbabit didalam sebarang aktiviti bolasepak?
1. Annuar tealh melanggar Statut FAM dengan membuat kenyataan akhbar, di mana hanya Presiden FAM yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan FAM saja boleh memberi komen berkenaan skuad kebangsaan. - mengkritik prestasi skuad kebangsaan di bawah kendalian Datuk K. Rajagobal.
2. Annuar juga dituduh melanggar titah Timbalan Presiden FAM ketika mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM pada 4 Februari lalu iaitu hal-hal FAM tidak wajar disebar kepada media dan sepatutnya dibawa berbincang dengan jawatankuasa tersebut. - Melanggar peraturan FAM.
Pada aku, apa yang berlaku sekarang adalah kesilapan Dato Anuar Musa sendiri. Sememangnya peraturan itu sudah tertulis "lama" didalam badan sukan bolasepak Malaysia itu. Bagaimanapun di dalam era dunia kini, peraturan tersebut pada aku hanyalah satu peraturan yang sudah tidak relevan lagi. Dengan keadaan dunia sekarang. Kita hidup didalam dunia yang dinamakan demokrasi dimana semua orang bebas bercakap dan mengutarakan pendapat memasing. Apakah komen Dato Anuar Musa itu melemahkan dan meruntuhkan FAM? Adakah komen itu bersifat terlalu negatif? Pada aku, komen beliau ada benarnya, ianya adalah untuk kebaikan skuad itu sendiri.
Kalau itu tak boleh, ini tak boleh aku rasa FAM sendiri yang sebenarnya yang dah tak mampu untuk menaikkan martabat sukan no 1 di Malaysia ini. Patutnya pihak yang dah lama dan dah beku di kerusi empuk sana sudah lama meletakkan jawatan, sampai bila anda nak duduk di kerusi empuk itu lagi? Kami semua dah tak larat nak tengok drama yang dilakukan oleh pihak2 yang berkenaan. Tolonglahh...tolonglah pandang kebawah dan lihatlah apa yang rakyat semua mahukan!!
Anuar Musa adalah mangsa ke tiga FAM selepas bekas Naib Presiden FAM, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar yang digantung tiga tahun pada 1991 dan Allahyarham Datuk Paduka Ahmad Basri Mohd Akil dua kali digantung iaitu pada 2001 (empat tahun) dan 2006 (setahun) juga kerana mengkritik FAM.
# Kalau komen pun tak boleh...sampai bila la nak maju oihhh.....penat tgk FAM nih!!
sumber- kosmo dan metro