NAMA SEBENAR P3-21A ~ PROTON PRE'VE

on 05 April 2012



PROTON+PRE'VE
Proton Pre've

Nama Proton PRE'VE, seperti gambar diatas telah disahkan sendiri oleh MD PROTON iaitu Dato Seri Syed Zainal  Abidin Syed Mohamed Tahir  semalam di Putrajaya. Pelancaran model terbaru Proton itu dijangka akan dilakukan pada bulan ini juga, mungkin dalam tempoh seminggu dua sahaja.
Preve (disebut sebagai ‘prae vae’) menurut Syed Zainal, membawa maksud ‘proof’ (bukti) yang mana model terbaharu itu dianggap bukti kepada kemampuan Proton untuk mengeluarkan kenderaan berkualiti tinggi setanding dengan pengeluar kereta global yang lain. Katanya, Preve juga membawa makna ‘envision’ (membayangkan) dalam bahasa Sepanyol.“Kami akan turut memperkenalkan versi yang lebih sporty untuk model ini pada masa akan datang seperti versi R3 atau versi enjin CFE yang menggunakan transmisi manual,”kata beliau semalam semasa sessi pandu uji model tersebut. -Kosmo


Model terbaru kereta Proton itu dikenali sebagai Proton Preve (disebut Prae-vae) yang diubah suai daripada perkataan asal bahasa Inggeris (Proof) yang membawa maksud ‘bukti’. Perkataan itu juga dipinjam dan diolah daripada bahasa Sepanyol, Preve yang membawa maksud ‘memperuntukkan’ sekali gus menggambarkan model berkenaan bukti keupayaan Proton selepas 27 tahun ditubuhkan dalam mengeluarkan produk bertaraf global setaraf dengan jenama kereta antarabangsa lain.Pengarah Urusan Kumpulan Proton Holdings Bhd (Proton), Datuk Seri Syed Zainal Syed Mohamad Tahir berkata, kereta itu akan dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bulan ini dan dijangka mula dipasarkan kepada orang ramai dalam tempoh seminggu hingga dua minggu sebelum di eksport ke Australia dan negara Timur Tengah. - Metro

“Sejak mula dibuka untuk tempahan, Proton menerima sebanyak 1,000 unit dan yakin dapat menjual Preve kira-kira 4,000 hingga 5,000 unit sebulan memandangkan ciri serta reka bentuk ditawarkan akan menarik perhatian pembeli,” katanya pada majlis memperkenalkan nama Proton Preve kepada media dan sesi pandu uji Preve sejauh 156 kilometer di Putrajaya, semalam.Beliau berkata, Proton menjangkakan untuk mengeksport model berkenaan sebanyak 20 peratus daripada jumlah pengeluarannya dan berhasrat menambah sehingga 10 peratus lagi pada masa depan. “Kos pembangunan Preve membabitkan sebanyak RM450 juta dan model ini ditempatkan dalam segmen C akan dijual pada harga bermula RM62,000 hingga RM75,000 serta ditawarkan dalam tiga varian iaitu 1.6 liter CFE (premium), 1.6 liter CVT (eksekutif) serta 1.6 liter manual.
Selain itu, model Preve amat berlainan daripada model terdahulu yang lebih tertumpu kepada pasaran domestik namun ciri-ciri diwujudkan dijangka mampu menarik perhatian pembeli asing kerana lebih mengutamakan ciri keselamatan termasuk peningkatan ketahanan, penjimatan bahan api serta sistem pengendalian lebih baik.- Metro


# Berharap model ni akan menjadi model yang paling laris buat Proton!!! - sumber: KosmoOnline.
#Update Terkini Gambar2 Proton PREVE luar dan dalam.
Ranking: 5
 
© Yastro.net All Rights Reserved