Bolasepak - Malaysia Menang Besar Ke Atas Sri Lanka [6 -0]

on 29 April 2012


Malaysia Menang Besar Ke Atas Sri Lanka 6-0-kosmo

Semalam aku tak dapat menonton di tv perlawanan yang melibatkan pasukan negara menentang Sri Lanka. Hajat dihati memang nak tengok, tapi keluarga dah ajak pergi ke icity, terpaksa la pergi kesana. Keluarga lagi penting wooo...he3x!!!

Tahniah buat Malaysia kerana berjaya menjinakkan Sri Lanka dengan jumlah gol yang besar. 6-0, memang aku rasa patut dah tu...maklum la ranking Sri Lanka hanya ke 181[39 asia] dunia, berbanding kita 156 [27 asia]. Alhamdulillah, pemain berjaya menyelesaikan misi dalam perlawanan persahabatan ini. Tahniah dan terima kasih.

Gol Malaysia dijaringkan oleh Wan Zack Haikal (minit 25,26) Ahmad Hazwan Bakri, (minit 72,82,90) dan Azamuddin Akil (minit -84)

HARIMAU Malaya menepati ramalan apabila tampil garang membelasah Sri Lanka 6-0 pada aksi perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam malam tadi.
Enam gol tersebut dihasilkan menerusi penggempur Harimau Muda, Wan Zack Haikal (dua gol), Ahmad Hazwan Bakri (hatrik) serta satu jaringan daripada penyerang Pahang, Azamuddin Mohd. Akil.
Pada perlawanan tersebut, Harimau Malaya tampil garang seawal minit ke-19 tetapi Ahmad Syakir Ali gagal memanfaatkan hantaran Safee Sali.
Skuad bimbingan Datuk K. Rajagobal itu dilihat semakin yakin selepas percubaan pertama itu dan seperti dijangka mereka berjaya menguasai bahagian tengah, sekali gus menghadirkan tekanan buat pasukan lawan.
Hasilnya, skuad negara berjaya menjaringkan gol pembukaan menerusi Wan Zack yang tidak mensia-siakan lorongan Safee pada minit ke-25.
Berselang dua minit kemudian, Wan Zack sekali lagi berjaya menewaskan penjaga gawang Sri Lanka, Weearsinghe Sinnath apabila penyerang Harimau Muda itu bijak membaca hantaran jauh Safiq Rahim untuk menjadikan kedudukan 2-0 sehingga tamat aksi separuh masa pertama.
Bersambung babak kedua, skuad negara terus mendominasi perlawanan dengan melancarkan serangan bertali arus, namun gagal menembusi gawang pasukan pelawat yang dilihat lebih banyak bertahan daripada melancarkan serangan.
Penyerang gantian, Hazwan kembali menceriakan 5,000 penyokong fanatik Harimau Malaya apabila meledak gol ketiga untuk skuad negara pada minit ke-71.
Selang 10 minit kemudian, Hazwan sekali lagi muncul sebagai pemusnah apabila menjaringkan gol keempat sebelum Azzamuddin menjaringkan gol kelima Harimau Malaya pada minit ke-81.
Hazwan melengkapkan kemenangan bergaya buat pasukan tuan rumah apabila menjaringkan hatrik pada masa kecederaan.

kredit to Kosmo
Ranking: 5

Comments (18)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
yupppp ini yang kita nak..... menang besar kali ni tahniah pada pasukan negara

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
diy repair seat kereta berlubang

My recent post Diy Repair Fabrik Seat Kereta Berlubang
kira oklah, cuma nal kecewa dengan safee sali.
My recent post Pertandingan Pengomen Tegar Blog Ronaldmohoni.Com Mei 2012
rezeki pemain dtg bergolek2 ini
bahagianya bila kita d pihak juara heeee
baguslah...
6 tu... x sangka ya team malaysia mmg bagus,,
sri lanka ni pandai main ke tak?haha....
1 reply · active 673 weeks ago
Ha3x!!...mmg tak bape pandai bro...maklum la bawah 21 jerrr
Tanniah kepada skuad Harimau Malaya. Saya tidak dapat menonton kerana menziarahi pakcik saya yang baru keluar hospital selepas pembedahan.
My recent post Pasukan celoreng hijau beraksi di padang bersih.
1 reply · active 673 weeks ago
Sama juga bro...mlm tu family dr kampung dtg ajak gi icity plak...
bukan calang calang tu, tapi ramai pertikaikan, ala lawan sri lanka boleh la..
cuba jepun apa tengok..hmm macam ni orang kita. dah memang ranking malaysia tercorot kot. tu la hasilnya :)
My recent post Tutorial Gambar Cara Upgrade Ubuntu 11.10 Ke Ubuntu 12.04 LTS
1 reply · active 673 weeks ago
Bteul tu bro...denga2nya Sri Lanka cuma hantar bawah 21 jerr... :)
Tahniah harimau malaya
Tapi seronoknya menang tak rasa la
Tak tahu sebab apa
My recent post Menang Tapi Tak Seronok
1 reply · active 673 weeks ago
sebab lawan sri lanka..
My recent post Chelsea Ikat Marko Marin
pergh...nk naikkan moral pemain ni..
My recent post ETP : NKEA Sawit
puas hati gak la tengok semalam..
My recent post Menjadi tunangan orang..
bukan cabaran bagi malaysia
Semoga terus sukses la hendaknye....usaha lg! :-)
My recent post Gunakan Botol yang Selamat
tahniah utk pasukan negara. agak risau utk menang besar mulanya sebab 4gol terakhir kurang dr 20min terakhir.

Post a new comment

Comments by

 
© Yastro.net All Rights Reserved