Hari ini, laporan dari Sinar Harian terdapat lebih 300 orang mahasiswa telah membuat demostrasi untuk memansuhkan PTPTN. Kumpulan mahasiswa tersebut, seperti yang aku jangka adalah dari kumpulan yang sama membuat bantahan demi bantahan sebelum ini. Kalau tengok dari senarai nama...yup...ianya dah lebih kearah politik. Isu PTPTN menjadi hangat kebelakangan ini. Ramai yang nak menjadi hero.
Tapi, pada aku buat masa sekarang inilah cara terbaik untuk pelajar menyambung pelajaran mereka ke satu tahap yang lebih tinggi. Kalau kita tengok pada zaman dulu2, ada kes yang sampai mak bapak terpaksa bergolok bergadai semata2 nak memastikan anak mereka mendapat pelajaran yang sempurna, seterusnya memperbaiki taraf kehidupan keluarga mereka sendiri. Bila adanya PTPTN semuanya menjadi lebih mudah, mak bapak pun tak perlu lagi bersusah payah bergolok gadai semata2 nak memastikan anak mereka berjaya. Tak pening kepala lagi sebab masih ada anak2 lain yang perlu diuruskan. Kini, semuanya terletak diatas bahu para pelajar itu sendiri, nak belajar bersungguh2 atau dapat duit nak beli macam2 gadget terbaru....maklum la zaman sekarang ni gadget2 ni cepat sangat usia tuanya. Kalau tak tukar takut nanti dikata ketinggalan zaman. Kalau yang jenis beringat tu, kira okey la kan...dah nama pelajar, belajar la bersungguh2...
Kumpulan mahasiswa itu, sebelum berhimpun di Dataran Merdeka, berkumpul di kawasan Masjid Jamek dan kemudian di pekarangan Kompleks Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman sekitar jam 2.30 petang mendengar ucapan beberapa pemimpin pelajar dan pemimpin PKR termasuk Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua, masing-masing Naib Presiden parti itu. Mereka berhimpun di Dataran Merdeka menuntut respons daripada pihak kerajaan mengenai tuntutan mereka agar skim pinjaman PTPTN dimansuhkan.Mansuhkan PTPTN? Ntah laa...yang nyata sebelum ni aku dah baca satu entri dari rakan blogger [titan/earncent] dan juga komen2 lain yang mereka menyatakan "ketidaksetujuan" dalam isu pemansuhan ini. Dalam Islam pun, hutang tetap hutang, wajib bayar. Kalau dah setuju ambil....bayar je laa..ni tidak, ada pulak yang jenis liat nak membayarnya. Kalau tak setuju jangan ambil dan suruh la sesapa sponsor tuk korang...amacam? Boleh? Tolong jangan jadi manja sangat.....
Perhimpunan itu diketuai Presiden Malaysia Bangkit, Mohd Syahid Mohd Zaini dan Presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia, Mohamad Safwan Anang.NGO Gabungan Anak Muda Pantai Timur serta beberapa aktivis mahasiswa lain termasuk Adam Adli Abdul Halim juga hadir sama.Kumpulan berkenaan turut melaungkan slogan antaranya "tolak hutang", "pendidikan bukan barang dagangan", "mansuh PTPTN", "jahanam Umno-BN", "reformasi" dan "revolusi" ketika berarak. Turut kelihatan kain rentang tertera tulisan mansuh PTPTN dan beri pendidikan percuma.
# Nak semuanya free....mak aihh...tokey lembu pun bole jual kandang!!! Opss...isu PTPTN juga cukup panas sehingga 2 orang ahli politik ni bersetuju untuk berdebat. Baguss...kita tunggu dan lihat nanti...kredit -Sinar Harian
Tengah hari tadi, Khairy, yang juga Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) dan Ahli Parlimen Rembau, menyahut pelawaan Rafizi untuk berdebat menyentuh isu PTPTN yang hangat dibincangkan sekarang. Kira-kira seminggu sebelum pertemuan dengan Rafizi, Khairy akan berdebat dengan Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk S. Ambiga mengenai pembaharuan pilihan raya.“Saya ada menerima tawaran daripada Sinar Harian, daripada (Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Media Karangkraf) Datuk Hussamuddin Yaacub petang tadi mengatakan kesediaan mahu menjadi penganjur debat kami, saya setuju dan mengalu-alukan tawaran ini, dan saya akan berbincang dengan Khairy,” kata Rafizi kepada Sinar Harian Online lewat petang tadi. Sementara itu, Hussamuddin berkata, Kumpulan Media Karangkraf, yang menerbitkan Sinar Harian, bersedia untuk menjadi “tuan rumah” bagi debat-debat yang boleh memanfaatkan rakyat negara ini.
azli.afzainizam · 674 weeks ago
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
sport rim rs watanabe
My recent post Sport Rim RS Watanabe
akubiomed · 676 weeks ago
My recent post Berjumpa blogger otai di majlis Sepetang Bersama Blogger oleh DenaiHati
Yastro 119p · 676 weeks ago
Cikgu Hairul · 676 weeks ago
My recent post Ngeri
Yastro 119p · 676 weeks ago
Rakan blogger kita titan pun ada kongsi kisah beliau dgn ptptn nih...beliau adalah salah sorg yg patut dicontohi. Tp bila soal begini pun politik masuk campurr....faham2 je la bro.
Bro Zulkbo · 676 weeks ago
ermm..kalau nak percuma terus rasanya tak patut..
tapi kerajaan cuma perlu tanggung kos penyelenggaraan
yang 6% sebelum ini dan diturunkan ke 1% tu..
koi bukan apa..meluat tengok student yang masih
belajar dah pakai iphone, blackberry bagai..semua
tu guna duit mana kalau bukan PTPTN ? Kita ni yang
bergaji dekat RM5K pun pakai handphone "cap ayam" je
My recent post Tragedi Bolasepak Bila Pemain Kelab Itali Piermario Morosini Mati Di Padang Bola
Yastro 119p · 676 weeks ago
#Bab2 h/p tu mmg koi pun setuju sesangat
tehr · 676 weeks ago
My recent post Pantun Orang Berhimpun
Yastro 119p · 676 weeks ago
rahman · 676 weeks ago
Bro Zulkbo · 676 weeks ago
yang memahami isu sebenar..
sayaa setuju dengan anda :)
My recent post Tragedi Bolasepak Bila Pemain Kelab Itali Piermario Morosini Mati Di Padang Bola
chii · 676 weeks ago
Ramon Lazario · 676 weeks ago
azura · 676 weeks ago
My recent post Apa itu Mafela
Yastro 119p · 676 weeks ago
chii · 676 weeks ago
nurmisnan 113p · 676 weeks ago
memang banyak riba dimakan dan menyusahkan
rakyat untuk membayar balik terutama kpd mereka
yang duduk diluar bandar..
Semoga kes ini dapat diselesaikan dgn cara baik
dan yang masih blm bayar hutang bayarlah cepat..
Mgkn kerana kes ini ptptn dimansuhkan.. hutang sudah byk lohhh
My recent post Melukis dengan rubik's cube - Amazing
Yastro 119p · 676 weeks ago
chii · 676 weeks ago
Yastro 119p · 676 weeks ago
JebengOtai™ · 676 weeks ago
melalui cukai..semua rakyat yg x pinjam ptptn akan dikenakan cukai..sedarlah..ia membebankan semua org seperti di Denmark, Jerman dan negara eropah yang len..
My recent post Pendidikan Percuma : Impian atau Kenyataan ?
Yastro 119p · 676 weeks ago
b3njy 104p · 676 weeks ago
Yastro 119p · 676 weeks ago