Faizal Tahir Mahu Lelong Trofi Kerana Palestin

on 22 November 2012

Faizal Tahir Mahu Lelong Trofi Kerana Palestin

Faizal Tahir Mahu Lelong Trofi Kerana Palestin ! Tahniah Faizal Tahir, siapa sangka trofi hiburan yang selama ini dimenangi oleh Faizal Tahir sanggup dilelong sendiri oleh beliau hanya untuk membantu Palestin.

Biarpun apa saja kata orang lain, aku tetap respek dengan dia. Dia cuma berniat untuk membantu saudara2 seIslam disana. Faizal yang turut mendapat sokongan dari isteri beliau dikatakan akan tetap dengan keputusannya itu. Tahniah aku ucapkan....
“Berita Rejim Zionis membedil Gaza dan membunuh insan tidak berdosa termasuk kanak-kanak sangat merobek hati. Sebagai Muslim, saya tidak boleh berpeluk tubuh. Tetapi saya juga bukan jutawan. Saya berharap orang ramai memahami tujuan lelongan ini. Saya yakin pembelinya nanti punya niat sama, selain menjaganya sebaik mungkin. 
Antara trofi yang bakal dilelong oleh Faizal Tahir ialah,  Anugerah Industri Muzik (AIM) Ke-15, (Artis Baru Terbaik, Persembahan Vokal Lelaki Terbaik Di Dalam Album, Album Rock Terbaik, Album Terbaik), AIM17 (Album Rock Terbaik, Album Terbaik), Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-23 (Persembahan Terbaik, Vokal Terbaik), AJL25 (Persembahan Terbaik), AJL26 (Tempat Ketiga) dan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010 (Penyanyi Lelaki Popular) selain Shout! Awards 2010 (Vokal Hebat)

Tambah Faizal lagi.....
“Inilah saja sumbangan mampu saya lakukan. Buat masa ini saya masih mendapatkan pandangan beberapa individu mengenai kaedah lelongan. Saya ingin merealisasikannya secepat mungkin. Apa pun, masih ramai memberi sokongan dan merestui nawaitu ini,” katanya yang akan menyalurkan hasil jualan itu kepada Aqsa Syarif. 
#Terfikir pula, apa sumbangan aku kepada saudara seIslam disana....isk...isk..isk....

# Minta Tolong Semua Kawan2 atau pembaca untuk "Ringankan Tangan Anda Klik Butang G+1 ", Ianya amat Penting Kerana den sekarang ni sedang BERTARUNG untuk CONTEST iPhone 5 GAJET IMPIAN ini.... Bagi rakan2 blogger yang join, just inform aku dan aku akan kembali dgn kadar segera utk beri G+1 utk korang pula......Terima kasih.

Faizal Tahir Mahu Lelong Trofi Kerana Palestin
~Salam mesra dari yastro~
Ranking: 5
 
© Yastro.net All Rights Reserved