Kami teruskan perjalanan setelah berhenti rehat di Hentian Tapah. Pagi tu sempat juga kami masuk ke Kuala Ketil untuk buat ziarah keatas sekolah pondok tahfiz disana yang mana tuan guru Abang Usop adalah salah seorang dari tenaga pengajar disana. Bagi aku, ini adalah pengalaman pertama berjumpa dengan seorang tuan guru yang hidupnya serba sederhana. Bab ni mungkin lain kali aku cerita kot....tu pun bergantung kepada keadaan semasa.
Bersarapan di pekan Baling dengan roti tampal " Man Tempe"...memang terbaikk ahh. Rugi lak tak snap gambo. Semua bangsa ada kat situ. Dah macam kodai 1 Malaysia plak. Aku order roti biasa jer. Tup2 sampai roti tampal..."hentam" jer laa...dah lapo katakan. Tau2 tak cukup bro...hehehe tambah satu lagi..yummy siot!!! hehehe...
Pemandangan disawah bendang |
Pendek cerita, selepas keluar dari Kuala Ketil kami terus menuju ke pekan Jitra. Check point kami seterusnya ialah di Shell pekan Jitra untuk berjumpa dengan rakan2 yang lain.
Kami antara yang terawal tiba disana, menunggu selama 15 minit akhirnya penagntin lelaki pun muncul... ingatkan dah boleh gerak sebab perut semua dah kebuluq. Ropenya kene tunggu lagi. Penantian kami berakhir lebih kurang setengah jam dimana keluarga si Hendra sampai menandakan kami dah boleh pi kerumah pengantin perempuan. Semua senyum sampai ke telinga sebab perut dah lama dok berdondang sayang...hehehe
sekitar "port" pertemuan kami di Shell pekan Jitra |
"Last call nih" kata si Hendra...hang pa tengok si haji tuu...:) |
Kenangan rakan2 sekerja bersama pengantin dan ayahibu si Hendra |
So, semua dah selamat...perut pun dah kenyang. Kami meminta izin untuk "blah"..sebab target kami pas ni nak cari mangga harum manis pulak di jalan yang menghala ke jeti Kuala Perlis, dan pas tu nak gi jap kat Kompleks Bukit Kayu Hitam. Kut2 ader bebarang "baik" yang boleh kami shopping tuk bawak balik.
Selamat Pengantin Baru buat Hendra dan Aimi.... |
Tanpa membuang masa, kami pi pulak ke target kami yang ke dua..Bukit Kayu Hitam...Tapi sama jugak...tak de apa2 yang menarik. Hishh...harap nama jerrr yang glamour tapi tak ada ape pun..Bazar pulak banyak yang tutup, time tu kul 6.00 petang. Ader brader [gamaknya mamat siam kut] tu offer masuk keseberang. Errkkk..tak yah larr dah petang sangat, lagipun nanti panjang lak citernya. Satu lagi kang bini dok heran plak...."awatnya abng aku balik lambat sangat nih"...hehehe. Kompleks bebas cukai Bukit Kayu Hitam pun aku rasa cam sama jer kat Giant Shah Alam. Barang2 import banyak, tapi mahal..Keputusannya??? Balikkkkk........
Ambik gambo je la buat kenangan kat Bazar Bukit Kayu Hitam |
Alhamdulillah, jam 2.00 pagi kami sampai di tempat kami berkumpul di Proton dan memasing pun tak banyak citer dah...penattt...amik keta memasing....Zoooommmmmmm....
Okeh, tu je la story aku masa gi Jitra. Kalau nak tengok gamba yang lain korang masuk ke Styling Club ni.
gambar beso dan siap edit sudaaa.....hehehehe