Dalam kejadian tersebut, walaupun anggota bomba tu dah memakai pakaian kalis api, tapi mungkin dek kerana minyak tu dah terkena pakaian anggota bomba malang tersebut, ianya menyebabkan pakaian kalis api yang di pakai mereka tetap terbakar.
Pepatah kata api bila kecil jadi kawan, bila besar jadi lawan sememangnya sangat menakutkan apatah lagi ianya di ikuti dengan letupan.
Aku pernah tengok sebuah kilang berasaskan getah terbakar. Makk aihh...ngeri juga nak datang dekat2, apa lagi kalau nak gi padamkan api tu. Masa tu sempat juga la aku sembang dengan brother2 bomba tu. Nak sembang lelama sangat pun tak boleh jugak sebab depa sedang bertugas.
Satu lagi pengalaman, yang ni kat anggota bomba yang dah otai. Aku pernah tengok depa pikul tong gas yang panas dan dah terbocor akibat kebakaran (tapi masih belum meletup) dari tingkat 5 flat sampai ke bawah...kalau korang camne la gamaknya tu? Memang la depa dah terlatih....tapi keberanian depa tu yang aku respek.
Beginilah kehidupan seorang anggota bomba, pada aku, merekalah wira sebenar di saat orang lain dah melarikan diri dari terkena bahang api yang panas. Kalau sesiapa pernah tengok movie mat salleh yang mengisahkan tugas bahaya kerjaya sebagai anggota bomba, (aku dah lupa tajuknya) aku rasa barulah depa tau betapa besarnya jasa anggota bomba terhadap kita semua.
Antara anggota yang cedera dan mengalami kecederaan parah ialah Penolong Ketua Balai Kota Bharu, Pegawai Bomba Kanan I Abdullah Din Mohamed, 55: Pegawai Bomba Kanan II, Nazah Nafi, 43; dan Abd Razak Abdullah, 41, yang menerima rawatan di HUSM Kubang Kerian. Zulkifli Mahmud, 40, dan Pegawai Bomba Kanan II, Wan Asri Wan Yaacob, 52, masing-masing dirawat di HRPZ II.
Manakala anggota yang cedera ialah, Mohd Zakee Daud, 35; Rohazanizam Osman, 31; Mohd Fathir Mohd Jusoh, 39; Mohd Shaiful Fitri Ali, 32; dan seorang Penolong Penguasa Balai Bomba Kota Bharu, Shahrin Yusmar Mat Yusof, 33.
Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Azmi Osman,
"Kejadian itu di luar jangkaan kerana dalam kebakaran bermula jam 8 pagi itu, api sudah dikawal selepas setengah jam, namun suasana bertukar cemas selepas minyak memancut keluar dari tangki menyebabkan letusan api besar."
“Ia tidak dijangka kerana kebakaran berjaya dikawal sebelum tangki minyak meletup. Ini kejadian pertama membabitkan pegawai dan anggota yang parah ketika operasi memadam kebakaran,”
Semoga mereka semua cepat sembuh dan mampu lagi menggalas tugas mereka seperti sediakala.
#Mood tgh baik nak berblog nih....buh je laaa:D, entri "Sticky Post" aku ada pblm la pulak.....hairan bing ajaib nih....kalau nak baca korang kena klik kat another post kat bawah sebelah kanan tu baru okey.....hurmphhh!!!!!
Gambar - Anggota Bomba Cedera Terbakar
~Salam mesra dari yastro~
JebengOtai™ · 646 weeks ago
My recent post Putar Alam
hafizmd · 646 weeks ago
Moga anggota bomba yg cedera akan cepat sembuh...ameen
Tahniah pada semua anggota bomba yg mmg terbukti berani dan hebat!
My recent post Senaman Kuda Menggeliat?
nurmisnan · 646 weeks ago
rasanya mcm nak tolong sapukan kapsul SNE semeasa kulit tengah melecur..
lebih cepat baik.. Guys.. get kapsul SNE at home sebagai penawar melecur
baik kebakaran maupun terkena air panas..
Get well soon
My recent post iPhone 5 gadget impian
Bro Zulkbo · 646 weeks ago
rasa syahdu la pulak
kesian kat abang yang menjerit
terbakar tu ..memang besar
pengorbanan ahli bomba
My recent post Cabaran Dunia Blogging Masakini
berliku · 646 weeks ago
bangga dengan bomba macam nie
kita perlu bangga ada sesetengah pihak bomba sanggup berkorban macam nie
My recent post 2012 Tahunku Yang Kacak
Hafizul · 646 weeks ago
My recent post iPhone 5 Gadget Impian
akubiomed · 646 weeks ago
My recent post Yang rajin komen di blog AkuBiomed bulan Oktober