Datuk K Kagum Bila Siti Nurhaliza Bertudung

on 14 Januari 2013

Datuk K Kagum Bila Siti Nurhaliza Bertudung

Datuk K Kagum Bila Siti Nurhaliza Bertudung | Dengarnya Datuk K menjadi antara orang yang paling kagum dan berbangga apabila isterinya, Siti Nurhaliza bertudung penuh.


Menurut kata Siti Nurhaliza, suaminya benar-benar gembira selepas beliau terbuka hati untuk melakukan kewajipan sebagai Muslimah iaitu menutup rambut sepenuhnya ketika menyambut ulang tahun kelahiran yang ke 34 pada 11 Januari lalu.
"Suami saya adalah antara yang sangat gembira dengan peralihan imej Siti dan boleh dikatakan dia juga merupakan tunggak yang banyak menyokong kepada perubahan ini.
"Bagi Siti, ia adalah satu keikhlasan yang datang daripada diri dan berharap agar imej ini kekal sampai bila-bila,” katanya kepada rakan media.
Siti turut berkata dia juga menganggap perubahan yang dilakukan ini berkat daripada doa daripada dirinya sendiri, keluarga serta peminat apatah lagi selepas beliau mengerjakan haji sebelum ini.
Datuk K Kagum Bila Siti Nurhaliza Bertudung
Walaupun Siti kini sudahpun berhijab, katanya ia bukanlah satu penghalang untuk beliau aktif dalam karier seni.
Bahkan Siti turut mendapat khidmat pereka fesyen kegemarannya iaitu Rizman Ruzaini dalam membantu memadankan busana dan hijab yang sesuai untuk dipakai.
"Sebelum ini saya sudah biasa tampil berselendang dan imej sekarang ini tidak membuatkan diri berasa janggal, malah ia akan disesuaikan mengikut corak persembahan."

# Tahniah sekali lagi den ucapkan buek Datuk Siti Nurhaliza....moga2 pakai gini terus je la yekkk

Entri mengenai Siti Nurhaliza yang lain...





Datuk K Kagum Bila Siti Nurhaliza Bertudung
~Salam mesra dari yastro~






Ranking: 5
 
© Yastro.net All Rights Reserved