Kenapa Harus Jadi Begini? Penumpang AK1455 Teraniaya

on 21 Mei 2013

Kenapa Harus Jadi Begini? Penumpang AK1455 Teraniaya | Serius... Agak sadis bila membaca kisah penumpang flight AK1455 menerusi blog Mazidul Akmal Sidek. Kisah seorang ibu bernama Izan dan anaknya Maryam yang tidak dibenarkan terbang balik ke Malaysia gara-gara kegagalan SOP AirAsia.


Secara kebetulan si Mazidul turut berada ditempat kejadian semasa kisah itu berlaku. Alhamdulillah kita diperterangkan satu demi satu apa sebenarnya yang terjadi kepada ibu dan anak tersebut.

Pada aku, Air Asia memang gagal kali ini, SOP yang dilaksanakan tidak seragam. Bayangkan bagaimana si ibu dan anak boleh melepasi LCCT tanpa sebarang masaalah langsung tetapi ditahan pula di Vietnam ketika mahu pulang ke Malaysia, bahkan penerangan doktor bertauliah yg tidak bertugas juga tidak diambil kira tetapi keterangan doktor berpakaian nurse yang sepatah haram tak mampu bercakap lebih dipercayai - FAIL.....memang FAIL!

Memburukkan keadaan apabila staff Air Asia di Vietnam gagal membantu langsung keluarga ini dan dilihat hanya bersikap lepas tangan sehingga ibu dan anak ini hampir terabai dinegara orang. Bayangkan kalau keluarga kita berada ditempat beliau. Pasti ini satu kenangan pahit seumur hidup.

Lepas ni, aku harap Tony Fernandes merubah semula SOP di Vietnam dan juga dinegara lain agar selaras. Aku percaya kes ini yang mendapat liputan meluas media sosial, media perdana dan juga kesempatan MAS menyebabkab imej Air Asia bertambah tercalar teruk.

Apapun, bagi yang nak membaca kisah dan juga kronologi kes ini, korang bolehla melawat blog mazidul atau  google je sendiri.


#Lagi panas kes si tanggang moden kot????
Ranking: 5

Comments (12)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
semoga bisa diselesaikan dengan baik dan tidak merugikan salah satu pihak.
My recent post Penyakit Kista
owh..yg kes demam cmpak tu? mmg tak patut..sedangkan semua luggage da lepas...ishk..
My recent post Izinkanku Pergi
ada baca kt fb.. entahlah, kesian, mmg kesian, nak2 berdua je, mak dgn anak..laki dia mungkin risau kan..

harap2 kes begini taklagi berlaku. tapi itulah, chicken pox mmg berjangkit, tapi taklah semudah ia berangkit kan.. mungkin SOP begitu, susah juga.
My recent post Kaitan Penyu Dengan Labah-labah & Pesawat Dengan Kereta Kebal
lepas tu...ada satu kes lagi ngn air asia ni kan?

harap air asia lebih peka lepas ni...kalau tak....
My recent post Nak Demam Tengok Terengganu vs Kelantan!
Kalau stuck di luar negara memang susah.. lebih-lebih lagi di negara yang agak strict macam Vietnam / China.

Apa pun pelancong perlu bersedia dengan perkara yang tidak dijangka ketika ke luar negara maklumlah masalah bahasa tentunya menjadi penghalang. Boleh terjadi pada sesiapa dan syarikat penerbangan yang lain juga..

My recent post Burger Bakar Abang Burn Jajahan Johor Bahru
1 reply · active 617 weeks ago
betul tu..nak ditambah lagi bila mereka tak boleh berbahasa lain selain bahasa mereka sendiri..huhu
Berurusan sesama manusia, budi bicara jalan keluar.

My recent post Bedah Buku : "Mendaki 2" Sarat Cerita Motivasi
Ada terbaca berita ini. Tunggu penjelasan dari pihak Air Asia.
My recent post Mudahnya laksanakan ibadah Akikah dengan eQurban
saya cukup tersentuh dengan kes yang berlaku ini....tidak adakah orang yang boleh membuat keputusan berdasarkan budi bicara.
My recent post 5 Rahsia Untuk Menarik Pembaca Supaya Menjadi Pengunjung Setia
kensel nak pergi manila ni...
sepatutnya kena ikut budi bicara pegawai air asia, dalam kes saya dan abang saya , saya menaiki air asia dari changi dan mengikut timbangan saya harus membayar tetapi budi bicara pegawai meminta saya hand carry dan abang saya menaiki di lcct langsung tidak ada saranan, jadi saya rasa semua ini adalah atas budi bicara pegawai tersebut.
My recent post Gaji Adun Sarawak
Baru pikir2 nok naik AirAsia.Bahaye ni....
My recent post Wordless Wednesday - Gelas Felda

Post a new comment

Comments by

 
© Yastro.net All Rights Reserved