Aku dah tengok video tu, memang mat salleh ni boleh dikatakan agak fasih dalam berbahasa melayu. Respek jugak aku ..tapi tang ayat yang last tu tak bape nak syok sikit sebab guna sentimen politik. Serius, aku tak minat sangat tentang politik tapi tak le sampai tak ambil tau langsung. Aku rasa sepatutnya isu Lynas ni tak perlu sampai dipolitikkan kerana ini adalah isu yang bakal menentukan masa depan rakyat terutamanya di negeri Pahang itu sendiri.
Ape pun kalau mat salleh ni sanggup buat video edisi bahasa Malaysia, apa kata orang kita plak...sejauh mana anda bersetuju dengan beliau....
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.Apa khabar! Saya orang Australia. Saya duduk Kuala Lumpur sudah enam belas bulan. Saya kerja sebagai tukang animasi untuk syarikat yang membuat animasi mutu saaaaangat rendah untuk RTM TV.Mungkin tak lama lagi aku nak balik ke tanahairku. Saya memang suka Malaysia. Makanan lebih sedap (walaupun kurang sihat), perempuan lebih cantik (awek saya yang paling cantik, dia sebab saya datang malaysia dahulu), cuaca lebih menarik, budaya ada lebih kedalaman dan keindahan kawasan sekeliling yang tidak terkata. Tetapi saya rindu kepada Ibu, Bapa dan adik berdua saya. Lagipun di Malaysia ini susah nak cari makan kecuali mempunyai syarikat sendiri. Kalau berkerja untuk majikan tentu tak akan untung. Di Australia beza sangat. Kalau saya kerja sebagai tukang animasi dalam Sydney, saya boleh minta (dan berjaya mendapat) gaji mungkin AU$1000 seminggu. Itu lebih kurang 6 kali lebih besar dari gaji saya dapat sekarang.Tetapi saya akan terus kenal orang Malaysia dengan laman macam Wikipedia. Selepas membaca ini, para pembaca sudah tentu menyedar saya tak pandai sangat dengan Bahasa Melayu. Seperti saya sudah menulis, saya baru duduk Malaysia, jadi bahasa saya belum lancar. Tapi saya rasa, tentang Wikipedia, perkara yang sangat penting, mungkin paling penting, Wikipedia patut layan orang dari seluruh dunia. Kalau wikipedia ada rencana Inggeris saja macam mana kita nak lindungi semua macam-macam budaya dalam dunia ni.Akan menulis lebih sini apabila tentukan apa patut menulis! :) Jumpa lagi!
Projek ni khabarnya sedang dalam kajian (setelah mendapat bantahan penduduk)...tapi pembinaan kilang Lynas yang berharga rm2,000 juta ni aku tak pasti la pulak camna statusnya...Ape yang pasti, kene tunggu selepas 3 Jun la jawabnya.....
IAEA Setuju Lantik Pakar Kaji Semula Projek LynasKUALA LUMPUR: Pasukan pakar yang dilantik oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), yang kini menjalankan kajian semula aspek keselamatan dan kesihatan kemudahan pemproses "rare earth" atau nadir bumi oleh Lynas Malaysia Sdn Bhd di Gebeng, Pahang, akan melawat tapak projek dari 29 Mei hingga 3 Jun ini.Ia adalah sebahagian daripada proses kajian semula itu.Panel pakar itu dijadual menyiapkan laporan dan mengemukakan hasilnya kepada kerajaan pada akhir Jun.Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed yang mengumumkan perkara itu hari ini berkata kerajaan bersikap telus dan akan mengumumkan kajian dan cadangan panel itu.Beliau juga berkata import bahan mentah dari Austalia ke Malaysia tidak dibenarkan dan lesen praoperasi juga tidak dikeluarkan kepada Lynas sementera menunggu kajian itu diselesaikan.Keputusan kerajaan adalah berasaskan hasil kajian serta cadangan pakar terbabit, kata Mustapa. "Kerajaan Mendahulukan Rakyat dan kami akan terus memberikan keutamaan dalam melindungi kesihatan dan keselamatan rakyat dan alam sekitar sepanjang masa," katanya dalam satu kenyataan di sini, Sabtu.Keputusan kerajaan melantik panel bebas pakar-pakar antarabangsa untuk melakukan kajian semula itu dibuat berikutan timbul kebimbangan terhadap aspek keselamatan projek berkenaan.Mustapa berkata objektif misi pasukan IAEA ialah untuk mengkaji semula pematuhan terhadap Piawaian Keselamatan Antarabangsa yang relevan, dan amalan baik serta menyediakan pendapat pakar bebas mengenai isu-isu keselamatan, terutama yang berkaitan keselamatan radiasi.Skop proses kajian semula itu meliputi pengangkutan, radiasi, perlindungan (pekerjaan, awam dan alam sekitar), penilaian keselamatan, sisa buangan dan menutup kilang dan memulihkan alam sekitar.Mustapa berkata agensi misi kajian semula itu juga membabitkan sesi kerja pembukaan dan penutupan, pembentangan oleh pemegang kepentingan yang berkaitan serta lawatan tapak.Pihak yang berminat termasuk penduduk dan kumpulan masyarakat, akan mendapat peluang untuk bertemu anggota panel itu. "Kami menjangkakan sekurang-kurangnya dua hari akan diperuntukkan untuk menemui orang ramai dan pemegang kepentingan," katanya.IAEA memilih lapan pakar untuk menganggotai pasukan itu.Panel itu diketuai Dr Tero Varjoranta dari Finland. Beliau ialah Pengarah Bahagian Teknologi Sisa dan Kitaran Bahan Api Nuklear di Jabatan Tenaga Nuklear IAEA.Pakar luar itu terdiri daripada Jan van der Steen (Belanda), Dr Leo M. Lowe (Kanada),Dr P. M. Balagopala Pillai (India), Dr Dennis Wymer (UK), Ulric Schwela (Finland).Pakar dalaman IAEA pula membabitkan Dr Magnus Vesterlind (Sweden), Dr Horst Monken Fernandes (Brazil) dan Hanna Kajander (Finland), manakala Hiroko Raticliffe pula sebagai pembantu pentadbiran.Semua ahli panel diperakui pakar dalam bidang masing-masing dan mempunyai kepakaran khusus terhadap isu yang berkaitan dengan perlindungan radiasi, penilaian keselamatan, pengurusan sisa, pengangkutan dan penutupan dan tindakan pemulihan. -BERNAMA
Kerajaan negeri merasa agak marah disebabkan bantahan demi bantahan yang diterima. Menerusi laman web rasmi kerajaan negeri Pahang, ada ditulis tentang isu ini [klik sini]
#Aku cuma berharap yang terbaik untuk semua, pada aku rasanya tak salah kalau kerajaan negeri atau persekutuan mencari projek yang lebih mesra kepada alam dan penduduk dari projek yang berasaskan tenaga atom atau sebagainya. Sesungguhnya, sehebat mana manusia itu, satu hari pasti mereka akan alpa....Satu lagi...
Jangan jadi macam kes Bukit Merah sudah...kos pembersihan pun cecah ratusan juta ringgit dan tambah malang bila ada yang dikaitkan dengan 8 kes leukemia dikalangan penduduk tempatan. Okeh semua, aku cuti 2 hari...kenduri kawen...hehehe
beritacikgu · 721 weeks ago
My recent post 10 lubang paling dalam di Dunia Part 1
Yastro 119p · 721 weeks ago
akubiomed · 722 weeks ago
Adakah kita mahu pisang berbuah 2 kali?
Yastro 119p · 721 weeks ago
nuriz · 722 weeks ago
kenapa penduduk Malaysia dan Pahang boleh terima? tak dapat nak jawab
jawapan: rakyat Malaysia sgt humble dan sopan santun walaupun membahayakn alam sekitar dan nyawa..
My recent post Kesudahan Nora Elena adaptasi Novel Kasih Yang Suci
Yastro 119p · 721 weeks ago
nuriz · 722 weeks ago
yang ni saya sokong dia cakap dalam description dia di bawah video tu
My recent post Kesudahan Nora Elena adaptasi Novel Kasih Yang Suci
Yastro 119p · 721 weeks ago
Ismail N · 722 weeks ago
My recent post Internet Phishing Scam
Yastro 119p · 721 weeks ago
APAN 106p · 722 weeks ago
My recent post Barcelona 3 - Manchester United 1 28-05-2011 - UEFA Champions League
Yastro 119p · 721 weeks ago
suri · 721 weeks ago
Yastro 119p · 721 weeks ago
afzai.nizam · 722 weeks ago
//__l_l_,____,__
l_---_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara” http://firestartingautomobil.blogspot.com/ http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
jenis jenis kereta mpv
# Lokasi yang terlalu dekat dengan kawasan kediaman. Jarak 2 km dari Balok dengan kepadatan penduduk seramai 16700 orang. Jika diambil kira keluasan evakuasi di Fukushima dengan jarak 40km dari Gebeng Kuantan, kebocoran sisa radioaktif akan melibatkan keseluruhan penduduk di Kuantan, Gambang, Cherating malah Kemaman di Terengganu sekalipun. Jumlah penduduk yang mungkin terlibat boleh mencecah hampir 800 hingga 900 ribu secara keseluruhannya dengan Kuantan sahaja di sekitar 600 hingga 650 ribu orang. Syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan Australia adalah minima 35 km dari kawasan penempatan penduduk.
# Denda RM50 juta seperti yang termaktub di bawah Akta Perlesenan Tenaga Atom Perenggan 59 (1) untuk setiap bencana kepada Lynas dilihat cukup ringan berbanding hasil RM8 Billion setahun. Hanya satu bencana yang melibatkan sisa radioaktif memadai untuk menjadi ancaman yang serius dan kekal lama kepada semua.
# Apabila negara memberikan lesen kepada syarikat luar untuk membuka kilang pemprosesan mereka, harapan kita adalah supaya dapat membuka peluang pekerjaan yang banyak kepada rakyat negara ini. Namun dalam hal kilang pemprosesan nadir bumi oleh Lynas Malaysia Sdn Bhd, peluang pekerjaan yang dibukan adalah sebanyak 350 sahaja. Langsung tak berbaloi dan tidak akan memberikan impak ekonomi yang diharapkan.
# Pengecualian cukai selama 12 tahun. Ini adalah yang paling bodoh. Kita terlalu baik sampaikan industri yang menghasilkan sisa buangan radioaktif diberikan pengecualian cukai walaupun industri tersebut dianggarkan akan membuat untung berbillion ringgit pada tahun pertama pembukaannya. Bila negara tak dapat satu sen pun daripada industri yang sememangnya membahayakan rakyat ini, apa gunanya kita berikan mereka lesen untuk beroperasi di negara kita?
My recent post Tips-tips periksa kereta untuk perjalanan jauh
Yastro 119p · 721 weeks ago
1. Malaysia tak de syarat jarak kot...tu yg 2/3 kilo jee
2. Kos pembersihan sisa thorium kat Bukit Merah masih lagi dibuat smpai sekarang....hasilnya.ratusan juta duit rakyat terbang.....
3. 350 jer...canggih betul...tp sampai bila dijamin selamat?? Sapa yg berani bg jaminan kilang tu tak akan memberikan impak radioaktif kpd rakyat?
4.Lepas 12 tahun blah gitu jerr...pas tu sapa yg nak cuci sisa tu...rm sapa yg terbang? Hmmm....
Miecyber · 722 weeks ago
Shopping bayar pakai handphone
Kerro Shinobi · 722 weeks ago
My recent post Hari Ini Hari Dia- Esok Lusa Hari Kita Pula
suri · 722 weeks ago
harap kerajaan dapat fikirkan sedalam-dalamyan...
Yastro 119p · 721 weeks ago