Osama Bin Laden terbunuh dalam serangan US

on 03 Mei 2011

Khabar berita Osama bin Laden terbunuh akibat serangan tentera elit US [SEAL dan Delta Force] diwar2kan dengan hebatnya. Seluruh dunia tertumpau kepada ucapan Obama. Serangan yang dilancarkan lebih dari 100 orang komando beserta 4 buah helikopter [2 Chinook dan 2 BlackHawk]. Bagaimanapun rancangan tersebut mendapat tentangan sehingga jatuhnya sebuah Blackhawak (anggapan aku) dan yang aku bertambah hairannya tidak seorangpun komando tersebut terbunuh. Hebat betul depa ni yekk...hmmm??


Rumah yg dikatakan tempat persembunyian Osama

Helikopter yang ditembak jatuh


Sementara tu diGround Zero US, rakyat US meraikan penuh meriah diatas kematian Osama Bin Laden.

Dalam keseronokan melampau mereka, BBC dan US Tv network telah tersilap melapor berita tersebut dengan tajuk "OBAMA is Dead", begitu jugak ngan selebriti Paris Hilton di laman twitter.......hahahaha...kalut sangat...bikin malu sendiri jerr..





Osama bin Laden dilaporkan dikebumi di lautan. Hmm, cepat betol yekkk...pas tu kebumi dalam laut lak tu. Awatnya? Depa tak nak kasi orang lain kesan badan Osama tu ke... Atau takut bila check DNA, sebenarnya itu bukanlah Osama Bin Laden? Wallahualam....
USS Carl Vison, kapal yg terlibat dalam pengebumian Osama

Laut Arab tempat "bersemadinya" Osama Bin Laden

Gambar mayat Osama didakwa palsu



WAJAH mayat Osama bin Laden yang tersiar di Internet dan digunakan oleh beberapa akhbar dan stesen televisyen dikhuatiri palsu.



JAKARTA – Wajah mayat ketua kumpulan Al-Qaeda yang berlumuran darah yang tersebar meluas di Internet dan dan disiarkan oleh agensi berita Associated French Press (AFP), lapor akhbar Kompas semalam. Stesen televisyen Pakistan menyatakan, kesahihan foto berkenaan masih belum dapat disahkan secara rasmi.
AFP memberitahu, kombinasi gambar jelas menunjukkan bahawa janggut dan bahagian bawah gambar berkemungkinan besar tidak asli dan dibuat dengan menggunakan teknik pertindihan gambar. Menurut AFP, terdapat kemungkinan foto mayat Osama (kanan) itu adalah palsu.
Tambah agensi berita berkenaan, kesahihan gambar mayat Osama dipertikaikan kerana raut muka dan janggut pada mayat Osama amat mirip semasa dia masih hidup. AFP tidak menyatakan sumber gambar mayat itu diambil. – AFP

# Tapi aku percaya, semua ni hanya konspirasi sahaja untuk Obama meneruskan cita2 beliau dilantik kembali sebagai Presiden US.
~Kosmo~
Ranking: 5
 
© Yastro.net All Rights Reserved