Program Halaqah Tv9 ~ Sentuhan Kalbu

on 05 Mei 2011


Dunia semakin maju, moden dan serba canggih, namun adakah akhlak kita sebagai manusia juga setinggi tahap itu? Kelekaan kita mengejar kemewahan duniawi telah menyebabkan kita kadang-kadang lalai untuk mengimbangi antara ilmu dunia dan akhirat. Lebih menyedihkan kini, pelbagai masalah sosial telah berlaku dengan berleluasanya.

Gejala sosial ini amat membimbangkan dan sebagai stesen yang prihatin di dalam perkara ini, TV9 akan menyiarkan Halaqah dengan musim baru bertemakan Sentuhan Qalbu. Rancangan yang mendidik jiwa ini akan menyentuh tentang kehidupan kita di muka bumi Allah SWT ini. Antara persoalan yang akan dirungkaikan adalah tentang mengapa kita dicipta ? apa peranan kita di pentas dunia ini? Hala tuju kehidupan dan seterusnya adakah kita sudah bersedia untuk “dijemput pulang”?

Apa yang pasti, Halaqah : Sentuhan Qalbu yang bakal disiarkan pada setiap Selasa, jam 10.00 malam bermula 15 Jun 2010 pastinya menusuk kalbu penonton dan rasai 13 episod yang mengupaskan tentang topik-topik menyentuh tentang kecerdasan intelektual, kecerdasan emosi dan pencerahan kerohanian supaya sentiasa bersyukur dengan pemberian Allah SWT dan akhirnya mampu merubah kehidupan seseorang kepada nilai-nilai lebih positif.

Topik Halaqah : Sentuhan Qalbu akan dimulakan dengan topik “Dicipta” dan diakhiri dengan “Kita Pulang” pastinya memberi kesan yang mendalam kepada penonton semua. Tokoh-tokoh agama, dan pendakwah berpengalaman dipilih sebagai ahli panel dan mengupas 13 topik menarik bersama jurulatih kecerdasan, emosi dan spiritual berpengalaman daripada ESQ Leadership Centre (trainer) terpilih. 



Begitulah sedikit petikan mengenai program Halaqah ~ Sentuhan kalbu di web tv9. Satu program yang baik, bahkan lebih baik dari AF, Mentor dan lain2. Memang terasa satu kelainan apabila anda menonton program halaqah, seperti berada di kem motivasi ianya masih mampu memberi impak kepada diri anda waima didepan kaca tv sekalipun. 
Bersama dengan ESQ (dari Indonesia) program ini mampu membuka sedikit pintu hidayah di minda dan dijiwa sekiranya anda benar2 mencari ketenangan,keberkatan dunia dan diakhirat. Semoga ianya mampu memenuhi "kekosongan dan kelompongan" yang ada didalam dunia hiburan kita sekarang. 







Ranking: 5
 
© Yastro.net All Rights Reserved