ISLAMABAD 29 Nov. – Perdana Menteri Pakistan, Yusuf Raza Gilani menolak untuk menjalankan ‘urusan seperti biasa’ dengan Amerika Syarikat (AS) semalam, selepas satu serangan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) membunuh 24 tenteranya, Sabtu lalu.
Kejadian yang menyaksikan tentera Pakistan cuba mengehadkan kerjasama perang bersama AS di Afghanistan itu juga, menyukarkan lagi usaha AS untuk meredakan krisis hubungan dengan Islamabad dan menstabilkan rantau tersebut sebelum tentera asing berundur dari Afghanistan.
“Kami tidak akan menjalankan urusan seperti biasa. Kami perlu lakukan perkara lebih besar untuk memuaskan hati negara kami,” kata Perdana Menteri ketika ditanya CNN sama ada pihaknya mahu meneruskan hubungan dengan AS.
Tatkala serangan NATO telah mengalihkan perhatian dari apa yang disifatkan pengkritik sebagai kegagalan Islamabad memburu militan, kenyataan Gilani itu juga memperlihatkan kemarahan kerajaan dan tentera Pakistan selain tekanan yang dihadapi daripada rakyatnya.
“Kamu tidak boleh memenangi mana-mana perang tanpa sokongan ramai. Kami perlukan sokongan rakyat,” katanya.
Gilani berkata, hubungan itu jika diteruskan hanyalah atas dasar ‘saling hormat menghormati dan kepentingan bersama’.
Ditanya Pakistan ada menerima penghormatan tersebut, Perdana Menteri itu menjawab: “Buat masa ini belum”.
Sabtu lalu, seramai 24 anggota tentera Pakistan terbunuh dekat sempadan Afghanistan dalam serangan udara NATO, sekali gus mendorong Islamabad menghentikan penghantaran bekalan kepada NATO di Afghanistan. – Reuters
 |
Salah satu check poit disempadan Pakistan |
 |
Demostrasi dari rakyat Pakistan terhadap NATO dan US |
 |
Contoh helikopter penyerang yang terbabit dlm serangan tersebut |
 |
Lori bantuan logistik untuk tentera NATO tersekat dipintu sempadan Pakistan |
#Pihak US menyalahkan tentera Pakistan kerana mereka yang telah memulakan tembakan terhadap pasukan mereka diawal pagi, Sabtu lalu. Pakistan menafikannya dan membekukan kerjasama terhadap semua urusan NATO di pintu sempadan. Beratus2 lori bantuan tersekat di pintu lalauan tersebut.
Ranking: 5
Recommended Posts
Keputusan Peperiksaan STPM Diumumkan Isnin 18 Mac 2013
Keputusan Peperiksaan STPM Diumumkan Isnin 18 Mac 2013 | Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2012 di jangka akan diumumkan Isnin depan iaitu pada 18 Mac 2013.
Menurut ... readmore
T SHIRT EURO 2012T SHIRT EURO 2012!! Dah lama aku nak tempek, tapi tak berkesempatan pula...Disini ada 2 design t shirt euro 2012 yang bakal berlangsung Awal bulan 6 [June] di Poland dan Ukraine nanti.
Kalau a ... readmore
GAMBAR F/A 18D US TERHEMPAS - Virginia BeachBerita malam tadi ada memaparkan sebuah jet pejuang Navy US, F/A 18D yang terhempas ke atas kawasan perumahan di Virginia Beach,Us. Negara kita Malaysia juga mempunyai 8 buah F/A 18D yang dioperasika ... readmore
HMS Ambush dan HMS Astute Terbaca di Kosmo, kapal selam terbesar didunia...HMS Ambush, terus aku guggle mencari lebih info tentang kapal selam nih...Sebenarnya ada 2 buah yang sedang dibina iaitu HMS Ambush dan HMS Astu ... readmore
BL1M - BORANG ONLINE BANTUAN LESEN 1 MALAYSIA
BL1M - BORANG ONLINE BANTUAN LESEN 1 MALAYSIA | Malam tadi (waktu entri ini ditulis) semasa tengok berita, tetiba ada info mengenai BL1M. Natang mende pulak la nih. Mungkin aku ketingga ... readmore