Iran Bantah Pencerobohan RQ-170 Drone US!!

on 12 Disember 2011

RQ-170 US Drone

Mengikut berita yang aku baca, pihak berkuasa Iran telah membuat satu bantahan keras keatas tindakan pesawat pengintip [RQ-170] US yang telah menceroboh negara mereka di PBB. Sejauh mana penerimaan Bangsa -Bangsa Bersatu terhadap bantahan Iran ini tidak aku ketahui. Tetapi pihak US dengarnya juga meminta Iran memulangkan kembali pesawat Drone pengintip mereka. Adakah Iran akan memberi begitu sahaja? Sorri la US, kalau nak jugak nampak gayanya korang kene hantar SEAL Team ke, DELTA Team ke hape ke....itupun kalau dapat laa.....
TEHERAN: Dron Amerika Syarikat yang didakwa ditembak jatuh oleh Iran, menceroboh sejauh 250 kilometer ke dalam ruang angkasa republik Islam itu. Dalam sepucuk surat bantahan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), pihak berkuasa Iran berkata, ‘pesawat pengintip RQ-170 milik Amerika Syarikat menceroboh sejauh 250 kilometer ke dalam ruang angkasa Iran sebelum berdepan dengan reaksi tentera Iran,’ lapor laman web televisyen negara itu. “Tindakan provokasi dan sulit kerajaan Amerika terhadap Iran semakin meningkat sejak beberapa bulan lalu,” menurut rangkaian televisyen itu. Ia juga berkata, Teheran mengemukakan bantahan keras terhadap pencabulan undang-undang antarabangsa yang diketuai Amerika Syarikat dan memberi amaran untuk bertindak keras sekiranya ia berulang. Dalam surat yang dialamatkan kepada Setiausaha Agung PBB dan Presiden Majlis Keselamatan serta Perhimpunan Agung, Iran mendesak badan dunia itu mengutuk pencabulan berkenaan.

Dan yang aku suka bila baca berita ini ialah berkenaan dengan keupayaan [kalau benar] peralatan perang elektronik mereka yang mampu menjinakkan drone US...Nampaknya US kene berhati2 selepas ini kerana aku ada terbaca, pihak yang cuba mengesan dan memusnahkan RQ-170 Drone itu gagal mengesan lokasi sebenar Drone yang telah dirampas pihak berkuasa Iran.
“Ia jatuh ke dalam perangkap Unit Perang Elektronik kami yang kemudian berjaya mendaratkannya dengan mengalami kerosakan kecil,” katanya. Seorang anggota Parlimen kanan, Mohammad Kossari memberi amaran tegas bahawa Iran akan bertindak balas sekiranya pencabulan seumpama itu berulang. “Iran akan menyerang semua pangkalan tentera Amerika Syarikat di seluruh dunia. “Tindak balas itu akan menggerunkan,” kata Timbalan Ketua Suruhanjaya Parlimen mengenai Hal Ehwal Luar Negara, Mohammad Kossari. Dron RQ-170 Sentinel ialah pesawat mengintip yang boleh terbang tinggi dan ia direka dan dikeluarkan oleh syarikat Lockheed Martin. Kewujudannya didedahkan pada 2009 sebelum iadisahkan oleh Tentera Udara Amerika Syarikat pada 2010.
Sumber = Kosmo.
Ranking: 5
 
© Yastro.net All Rights Reserved