Cara Dapatkan Borang Bantuan Rakyat 1 Malaysia 2.0 RM500[UPDATE]

on 11 Disember 2011

Cara Dapatkan Borang Bantuan Rakyat 1 Malaysia 2.0  RM500[UPDATE]
kredit to Kosmo

10 Disember yang lalu, kerajaan telah membuka kaunter untuk rakyat untuk dapatkan borang Bantuan Rakyat 1 Malaysia. Maklumat lanjut boleh diakses dengan melayari laman web http://www.treasury.gov.my atau menghubungi talian 1-800-222-500. Bagaimana pun ada syarat dan kelayakan untuk dapatkan Bantuan Rakyat 1 Malaysia tersebut. Di bawah ni aku cuba senaraikan beberapa fakta mengenai cara untuk dapatkan BR1M tersebut.

  • Borang permohonan Bantuan Rakyat 1 Malaysia RM500 boleh didapati secara percuma di semua pejabat cawangan dan pusat khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Penerangan, Jabatan Pembangunan Persekutuan, lobi utama Kementerian Kewangan dan sekolah-sekolah terpilih dari 9 pagi hingga 5 petang. Borang pendaftaran diedar percuma di 862 kaunter seluruh negara termasuk 415 sekolah terpilih dan pemohon boleh memuat turunnya dari laman web Kementerian Kewangan. 
  • Seramai 5.2 juta isi rumah dijangka layak menerima bantuan RM500 sekali bayar itu dengan peruntukan RM2.6 bilion. Setiap ketua isi rumah yang layak hendaklah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri sebagai agensi pelaksana manakala bantuan ini akan disalurkan melalui bank dan Pejabat Pos.
  • Semua isteri yang dimadukan suami layak mendapat wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 setiap seorang jika pendapatan bulanan isi rumah itu di bawah RM3,000 sebagaimana yang dijanjikan dalam pembentangan Bajet 2012 baru-baru ini. Ini bermakna, jika suami mereka berpendapatan di bawah RM3,000, setiap isterinya layak membuat permohonan bantuan itu secara berasingan walaupun mereka tidak mempunyai anak. Bagaimanapun, dalam kes ini, suami itu sendiri serta isterinya yang mempunyai pendapatan sendiri berjumlah RM3,000 dan ke atas tidak layak memohon.“Kalau suami itu ada empat isteri, maka isteri pertama hingga keempat layak memohon wang bantuan itu dengan mengisi borang yang disediakan dan ia perlu disahkan oleh Jabatan Pembangunan Persekutuan dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keamanan Kampung Persekutuan (JKKKP) di kawasan masing-masing,” katanya.
  • Golongan yang tidak mempunyai slip gaji, tetapi layak kerana berpendapatan isi rumah kurang RM3,000, boleh memohon berdasarkan pengisytiharan diri dalam borang itu. Semua permohonan akan diproses Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kerana agensi kerajaan itu mempunyai maklumat dan data lengkap bagi membantu kerajaan menilai kelayakan setiap penerima bantuan.
  • Warga tua sebatang kara, ahli keluarga berdaftar eKasih layak terima BR1M. Warga tua hidup sebatang kara dan ahli keluarga yang berdaftar di bawah program eKasih turut layak menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500, yang akan dibayar mulai pertengahan bulan depan. Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata mereka yang tergolong dalam kategori tidak mempunyai slip gaji ini hanya perlu mendaftar dengan mengisi borang pendaftaran BR1M yang diedarkan mulai semalam di lebih 800 sekolah dan lokasi terpilih di seluruh negara.
  • eKasih adalah sistem pengkalan data keluarga miskin dengan mempunyai pendapatan kurang RM1,000 sebulan di kawasan luar bandar dan RM1,500 di kawasan bandar iaitu kriteria status kemiskinan berdasarkan pendapatan per kapita isi rumah. Data dan maklumat dalam eKasih berasaskan Banci Isi Rumah Miskin (BIRM) dijalankan Jabatan Perangkaan dan kemudian disalurkan kepada Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM).
  • “Walaupun pangkalan data kerajaan menunjukkan 5.2 juta atau 79.5 peratus isi rumah negara ini sahaja yang layak, kerajaan mungkin akan menambah peruntukan jika perangkaan sebenar menunjukkan jumlah penerima manfaat adalah lebih ramai,” 
  • Pemohon perlu mendaftar secara jujur dan ikhlas. Kerajaan pasti akan menyemak, sekiranya didapati laporan itu tidak betul dan pemohon terbabit menerima bantuan RM500, maka kerajaan boleh mengambil tindakan.
  • Setiap permohonan akan diperiksa oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Bank Negara Malaysia (BNM) sebelum kelulusan diberi untuk bayaran pada pertengahan bulan depan.
  • Ada pihak cuba mengaut untung daripada program pemberian wang tunai RM500 kepada keluarga berpendapatan RM3,000 ke bawah di Pulau Pinang dengan menjual borang permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pada harga RM50, sedangkan ia adalah percuma. POLIS sedang memantau aktiviti penjualan borang BR1M dengan pesalah boleh didakwa atas cubaan menipu.
  • Selain itu, kerajaan juga mengumumkan pemberian RM100 kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di seluruh negara. Bantuan ini dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 5.3 juta pelajar dan melibatkan peruntukan 530 juta ringgit. Tidak ketinggalan baucar buku bernilai RM200 kepada semua pelajar warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan, matrikulasi serta pelajar tingkatan enam. Bantuan ini dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 1.3 juta pelajar dan melibatkan peruntukan RM260 juta.

Jadi, sudah terang lagi bersuluh aku memang tak layak untuk dapatkan Bantuan Rakyat 1 Malaysia. Korang lak camne? Bagi aku yang tak dapat ni, takpe... tak de isu sangat laa.. cuma aku harap bantuan ini betul2 dapat membantu golongan yang memerlukan. Sekurang2nya memberi sedikit kelegaan kepada mereka bila masuk musim buka sekolah ni nanti. Errr korang dah check ke daftar pemilih untuk PRU nanti??





1. Update: Tarikh Tutup serahan borang ini telah dilanjutkan sehingga ke 10 Febuary 2012. 


2. Update: Tarikh bayaran Bantuan 1 Malaysia Rm500.[klik sini]


3. Dapatkan Borang Rayuan BR1M [klik sini]


4. Senarai Kaunter BR1M diseluruh Malaysia [klik sini]

5. Download Borang BR1M 2.0 [LINK[


# Mohon bantuan anda semua support saya dalam contest "PENGALAMAN KENA DENDA DI SEKOLAH"- Cuma klik ke link itu sahaja, sebelum 31/01/2012. Terima kasih, bantuan anda semua sangat saya hargai.

Cara Dapatkan Borang Bantuan Rakyat 1 Malaysia 2.0  RM500[UPDATE]
~Salam mesra dari yastro~
Ranking: 5
 
© Yastro.net All Rights Reserved