Bahaya dimana-mana. Begitulah setelah kes kejam kanak2 hilang, diculik dan dibunuh yang lalu masih lagi segar diingatan kita, kini satu lagi kes terbaru dimana seorang remaja perempuan, Siti Nur Fatihah Mahadi, 15 diculik dihadapan adik beradik mereka [seorang lelaki dan seorang perempuan]. Walaupun cuba melawan, namun kudrat mereka berdua gagal untuk menarik kembali kakak mereka yang telah ditarik masuk kedalam sebuah kereta jenama Honda berwarna gelap oleh 3 individu termasuk seorang wanita yang dikatakan memandu kereta tersebut.
Jarak rumah mereka di Taman Tas, Kuantan dan kedai telefon tempat mereka membeli top up RM5 hanyalah sejauh 100 meter, pada aku jarak tersebut cukup dekat namun penjenayah tak pernah mengira dekat atau jauh. Selagi ada peluang, mereka akan gunakan kesempatan yang ada itu.
Aku harap pihak polis dapat menjejak penjenayah tersebut dan membawa mereka ke muka keadilan dengan seberapa segera yang boleh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Mahadi Muda di talian 019 9897807 atau 019 9813361
# UPDATE TERKINI ; ADIK SITI SEBENARNYA TIDAK DICULIK!!
# Semoga adik Siti Nur Fatihah Mahadi segera dijumpai dan selamat kembali kepangkuan keluarga dia semula.