UPDATE ~ KES NURUL NADIRAH @ DIRANG

on 17 Mac 2012


Hari ini aku cuma nak update info sikit tentang kes pembunuhan kejam adik Nurul Nadirah Abdullah @ Dirang. Satu kisah yang benar2 menyayat dan menyentuh hati aku....Semoga Allah memberikan kekuatan kepada ibubapanya dalam menghadapi dugaan ini. Insyaallah....

1. Pihak polis telah mula membebaskan suspek seramai 4 orang yang telah disambung tahanan reman kelmarin. Beliau adalah bapa kepada adik arwah Nurul Nadirah @ Dirang sendiri. Tetapi kerana tidak mempunyai dokumen yang sah beliau akan dihantar kembali ke negara asalnya iaitu di Filipina. Jadi "SAH" bapa Dirang tidak terlibat dalam kes ini.

2. Pengirim sms yang telah menghantar sms ugutan kepada ibu arwah adik Dirang telah berjaya ditahan di Kelantan. Suspek merupakan seorang buruh binaan, bekas anggota tentera, pernah dipenjarakan selama 6 bulan di penjara Kajang dan juga terlibat dengan kegiatan dadah dikatakan mencuba nasib bagi mendapatkan wang tebusan tersebut.

PEN_DAKWAT_MERAH_YANG_DIGUNAKAN_DIRANG

3. Arwah adik Dirang merupakan satu2nya kanak-kanak Tadika Permata Islamiyah yang menulis namaya menggunakan dakwat merah. Perkara itu disedari gurunya selepas kejadian yang menyayat hati itu. Dirang seorang murid yang periang dan pintar walaupun baru berusia lima tahun sehingga keletahnya lebih menyerlah daripada murid yang setahun lebih tua daripadanya.

4. JKM menerusi Bantuan Kanak-Kanak akan menyalurkan bantuan kepada keluarga Dirang sehingga bapa tirinya mendapat pekerjaan yang sesuai. Bantuan yang dikatakan bernilai RM400 sebulan itu akan diberi sehingga bapa tirinya bekerja.  Jawatankuasa Perpaduan, Sumber Manusia, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, M Asojan juga dikatakan bersedia membantu bapa Dirang mendapatkan pekerjaan yang sesuai. Bagaimanapun ianya bergantung kepada maklumbalas bapa tiri Dirang sendiri. Antara bantuan lain yang disebut2 ialah...Yayasan Pem­bangunan Keluarga, Majlis Agama Islam dan Baitulmal. Kelab Media Johor juga memberi sedikit bantuan kepada keluarga Dirang, malahan TPM, iaitu Tan Sri Muhyiddin juga turut memberikan sedikit sumbangan peribadi kepada keluarga mangsa. Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah juga dikatakan turut melawat dan memberi sumbangan buat keluarga tersebut.

5.  Ibu bapa yang didapati cuai dalam tanggungjawabnya menjaga keselamatan anak-anak mereka hingga menyebabkan kanak-kanak itu hilang, boleh didakwa di bawah Akta Kanak-Kanak 2001. imbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Heng Seai Kie berkata, di bawah akta tersebut, kementerian itu dan pihak berwajib telah diberikan kuasa untuk mengambil tindakan ke atas ibu bapa yang cuai. Beliau berkata, sudah sampai masanya para ibu bapa mengambil iktibar daripada tragedi yang menimpa adik Nurul Nadirah Abdullah@ Dirang agar tidak ada lagi kanak-kanak lain yang terus menjadi mangsa kepada kekejaman individu yang tidak berperikemanusiaan.

6. Keluarga Nurul Nadirah Abdullah, kanak-kanak malang yang dibunuh dan dibakar, merancang untuk berpindah ke kediaman lain bagi melupakan kisah pahit yang berlaku terhadap mereka. Ibu Allahyarham, Roselyn Alan, 25, berkata, beliau merancang untuk berpindah kerana tidak sanggup berasa sedih setiap kali terbayangkan Nurul Nadirah, yang mesra dipanggil Dirang, di setiap sudut rumah itu.

7. Roselyn ibu Dirang berkata, beliau ada bermimpikan arwah Dirang yang datang memeluknya sambil meminta supaya tidak bersedih sebelum terjaga-jaga dari tidur kira-kira pukul 3.30 pagi tadi. "Dia (Dirang) hanya pakai seluar berwarna biru dan memberitahu saya supayatidak menangis kerana dia dalam keadaan baik. Dia juga mencium saya sebelum saya terjaga dari tidur," katanya menambah anak kedua daripada tiga beradikitu gemar menonton siri Upin dan Ipin serta Barbie setiap hari.

8. “Mak sayang Dirang tak?’ Itulah ucapan terakhir arwah Dirang kepada ibunya sebelum dia pergi membeli barangan dikedai berhampiran. “Mak sayang Dirang tak?” Ibu mana yang tidak sayangkan anaknya Dirang? Walau DNA sudah mengesahkan mayat rentung itu anak mak, buah hati mak... mak seperti tidak percaya. Jauh di sudut hati mak masih mengharap itu bukan mayat Dirang. Bukan anak mak. Mak mahu Dirang pulang. Mahu peluk Dirang. Cium Dirang.

Dirang tahu...Hangat rangkulan Dirang, kucupan Dirang sebelum keluar dari rumah dan kemudian hilang, bagai masih terasa. Dirang...Dirang ingat tak? Setiap kali kita tidur bersama, Dirang tidak pernah tidak memeluk mak. Erat. Kejap! Tapi selepas ini mak tidak dapat lagi merasainya. Tiada Dirang yang akan membelai rambut mak. Tiada Dirang yang merengek-rengek kecil di telinga mak. Tiada Dirang yang melontarkan ucapan manja “Mak sayang Dirang tak?’ Mak akan merindui segalanya. Dirang...Sebelum kehilangan Dirang 1 Mac lalu, itu jugalah ucapan terakhir yang keluar dari mulut Dirang untuk mak. Mak sayang Dirang! Amat sayang! Terlalu sayang! Kasih mak pada Dirang tidak ada galang gantinya. Mak yakin Dirang tahu semuanya itu.


Dirang...Sejak Dirang lahir seingat mak, Dirang tidak pernah menyusahkan keluarga. Dirang anak yang baik. Tidak cerewet. Pandai berdikari. Dirang selalu bantu mak. Tolong mak jaga adik. Kalau adik Ainul Suhada nangis, Dirang cepat menghampir. Pujuk adik. Cium adik. Kalau mak nak mandikan adik, Dirang pantas pilih baju warna merah jambu untuk adik pakai. Tidak payah disuruh, Dirang melakukannya dengan segera. Dirang...Pasti adik pun rindukan Dirang. Pasti adik tercari-cari mana kakak kesayangannya...


Dirang... anak mak suka melukis kan? Hari tu Dirang ada minta mak belikan buku untuk Dirang melakar. Maafkan mak sayang... mak belum sempat memenuhi permintaan Dirang itu. Maafkan mak nak! Namun mak yakin... di sana, di sisi TUHAN, Dirang akan dapat yang lebih baik. Yang lebih hebat daripada apa yang Dirang harap.


Dirang tahu? Bila Dirang hilang, mak pergi cari Dirang di sana sini. Pagi, petang, siang dan malam mak keliling bandar cari Dirang. Berharap Dirang muncul segera. Sejak Dirang hilang, mak tidak lalu makan. Mak tidak dapat tidur. Hati mak terlalu bimbang. Mak takut Dirang diapa-apakan. Terlalu takut. Apalah yang dilakukan pembunuh itu pada Dirang? Mak tak sanggup memikirkannya.


Maafkan mak Dirang. Waktu Dirang disakiti mak tidak mampu membantu. Jeritan Dirang melaung nama mak tidak sampai ke telinga ini. Gagal memukul gegendang memberi syarat. Tidak dapat mak sahut. Membayangkannya mak terasa terlalu sakit, Dirang. Badan mak seperti sama didera. Tubuh mak seperti sama dibakar. TUHAN, kenapa begitu kejam pembunuh itu? Kenapa mesti dia sakiti anak saya? Kenapa dia mesti bunuh Dirang? Jika dia minta duit, saya bukan kaya. Malah tidak bekerja. Musuh pun tiada.


‘Usah terus salahkan Roselyn’
Masyarakat diminta tidak menambah keperitan ditanggung ibu kanak-kanak malang, Roselyn Alan, 25, dengan melemparkan pelbagai tuduhan selepas kematian anaknya, Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau Dirang.

Pensyarah Kaunseling Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang juga kaunselor khas bagi kes kesedihan akibat kehilangan dan kematian, Dr Haniza Rais, berkata tindakan menuduh dan penilaian negatif walaupun dalam internet atau laman sosial hanya menambah tekanan kepada Roselyn yang melalui pengalaman perit selepas kehilangan Dirang. Katanya, Roselyn sendiri akan mempunyai rasa bersalah sepanjang hayat kerana membiarkan anaknya itu ke kedai runcit bersendirian kerana tidak menyangka perkara seburuk itu boleh berlaku.


“Masyarakat tidak boleh menilai sendiri apa yang berlaku, menyalahkan dan menghukum Roselyn dengan pelbagai tuduhan kerana dia sendiri tidak menyangka perkara seburuk itu boleh berlaku.

“Dia memerlukan masa untuk menenangkan diri dan menerima kenyataan, pada masa yang sama masyarakat sekeliling perlu memberikan kata semangat bagi memulihkannya daripada situasi terbabit,"
katanya ketika dihubungi di sini semalam. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung pelbagai pandangan dan tuduhan yang dilemparkan masyarakat terutama di dalam laman sosial terhadap Roselyn yang menyalahkannya atas kematian Dirang.


BAPA_DIRANG_MENYIRAM_AIR_DIPUSARA_ANAKNYA

Sumber- Kosmo, Sinar, Berita Harian, Dll....
Ranking: 5
 
© Yastro.net All Rights Reserved