IKLAN ADMAX - USAHA AKU, BUAT KALI YANG KE 2 ! Sebelum ni aku dah cuba apply iklan Admax kat derang. Tapi sampai sudah, senyap jee..dan kali ni adalah usaha aku buat kali yang ke 2 untuk cuba beriklan dengan Admax nih. Tak tau la lepas ke tidaknya...Siapa tahu tentang Admax? Mungkin boleh cerita sikit kot...Okey, kat bawah ni aku copy info tentang Admax ni dari Berita Harian.
KUALA LUMPUR: Komli Media, sebuah syarikat gergasi dalam teknologi media di Asia-Pasifik mengumumkan pengambilalihannya ke atas Admax Network yang juga rangkaian iklan atas talian terbesar di Asia Tenggara. Melalui operasi harian Admax yang merangkumi enam pasaran dunia yang bertumbuh pesat pada masa kini - Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam - membolehkan capaiannya mencecah lebih daripada 90 juta pengguna internet serantau. Pasaran pengiklanan atas talian di Asia Tenggara dianggarkan berjumlah kira-kira AS$250 juta hingga AS$300 juta dan sedang berkembang pada kadar 30 hingga 40 peratus setiap tahun.
Pengambilalihan ini bukan saja membolehkan Komli Media memiliki rangkaian penerbit yang paling besar dan berbeza di rantau Asia Tenggara, merangkumi 4,600 laman web setempat dan antarabangsa, malah memiliki jalinan perniagaan eksklusif Admax dengan Facebook di Thailand, Indonesia dan Filipina dan MSN di Thailand. Secara langsung ini membolehkan Komli memiliki capaian tertinggi terhadap pengguna internet Asia Tenggara dan akses kepada laman-laman bahasa tempatan yang berpengaruh di rantau ini.
Lebih-lebih lagi, pengalaman kakitangan Admax dan hubungannya dengan lebih daripada 350 pengiklan premium seperti Sony, Citibank dan Blackberry akan memperkuatkan kehadiran kepimpinan Komli di rantau ini. Melalui pengambil alihan ini juga, Admax akan mempunyai akses ke atas teknologi terkini Komli Media yang mempunyai pelbagai penyelesaian dari segi paparan, telefon mudah alih, video, rangkaian sosial, simpanan data dan iklan kata carian. Usaha terbaru Komli yang memberi penyelesaian teknologi terkini adalah Real Time Bidding (RTB) yang membolehkan pembeli iklan media menilai, membida dan membeli inventori iklan dalam talian, berasaskan setiap iklan dilihat/tanggap pada dasarnya.
Usaha ini memberi kesinambungan yang baik melalui pangkalan data terkumpul untuk mencapai audiens sasaran dengan tepat di mana kebanyakan rangkaian iklan gagal berbuat demikian.
“Pertumbuhan kami yang konsisten telah meletakkan kami sebagai sebuah organisasi di kalangan syarikat yang terbaik dalam industri pengiklanan digital di Asia Pasifik.
“Ini pengambilalihan yang penting untuk Komli Media; Admax memberikan kehadiran yang amat teguh dalam pasaran utama seperti Indonesia, Malaysia dan Thailand, yang menunjukkan pertumbuhan yang paling pantas di dunia. Kami amat gembira dapat mengumpulkan kepakaran kami, membolehkan organisasi bergabung untuk muncul sebagai organisasi yang paling berpengaruh di rantau ini,” kata Ketua Eksekutif (CEO) Komli Media, Prashant Mehta.
“Komli Media yang kini berada di barisan hadapan dalam membawa penyelesaian yang amat memberangsangkan ke pasaran digital membuatkan kami amat teruja untuk bersama-sama menjadi sebahagian daripada pasukan mereka. Kami amat kagum dengan teknologi RTB, paparan telefon mudah alih dan video untuk memberi lebih nilai kepada rakan niaga kami dan memantapkan lagi kedudukan kami di Asia Tenggara,” kata CEO Admax Network, Mathew Ward.
Akshay Garg, Pengasas Bersama dan Naib Presiden, Komli Media antarabangsa menambah, “Kami amat teruja untuk bekerja bersama-sama dengan pasukan Admax yang dinamik dan percaya bahawa terdapat persamaan budaya yang amat kukuh di antara dua syarikat kami. Dengan pengalaman yang amat unik dalam kebanyakkan syarikat media dan teknologi pada peringkat global, pasukan Admax akan memperkukuhkan kedudukan kompetitif Komli Media di rantau ini.”
Komli Media akan menggabungkan pasukan Asia Tenggaranya yang ada sekarang dikenali sebagai Aktiv Digital dengan pasukan Admax di bawah satu organisasi iaitu Komli Media. Kekuatan kedua-dua syarikat ini akan meletakkan Komli Media dalam kedudukan baik untuk berkembang pesat di rantau ini. Dengan pengambilalihan ini, Komli Media akan bertambah kukuh dengan memiliki seramai 400 orang kakitangan yang akan menyediakan khidmat kepada lebih daripada 1000 pengiklan yang aktif di seluruh Asia Pasifik dengan capaian kepada lebih 150 juta pengguna internet yang unik menjadikan Komli Media sebagai rangkaian media yang paling besar di rantau ini.
# Kalau ada kengkawan lain yang dah cuba apply dengan Admax ni..boleh la kongsi pengalaman yerr..nak2 yang dah lepas/dapat beriklan dengan Admax nih.Tq.