MUHD ARIF ZULKIFLY,Pemain Bolasepak Malaysia Ditawarkan Bermain di New Zealand.

on 03 April 2012

Muhd+Ariff+Zulkifly

Seorang lagi pemain bolasepak Malaysia yang mungkin agak kurang dikenali namanya iaitu Muhd Ariff Zulkifly telah berjaya ditawarkan ditawar kontrak mewakili kelab Island Bay United (IBU) untuk beraksi dalam Liga Perdana New Zealand Central, liga kedua utama New Zealand selepas ASB Premiership.


Muhd Ariff Zulkifly merupakan seorang pemain bolasepak Malaysia dan juga merupakan seorang kapten pasukan bawah 17 tahun. Beliau juga pernah berlatih di Old Trafford bersama dengan Owen Hargreaves, Park Ji Sung dan Loius Saha ketika mewakili negara di Piala Nike di Old Trafford, England pada 2008.[borakboasepak]

Ariff yang mendapat tajaan RM15,000 dari Mister Potato selepas kisahnya mendapat liputan Arena Metro akan berada di sana selama tiga bulan bagi memikat pencari bakat di kelab itu. Dia yang terpaksa melupakan tugasnya selaku kapten skuad Piala Presiden Selangor, bagaimanapun aksi beliau di liga IBU itu hanya bakal direalisasikan setelah beliau menyelesaikan tugasanya bersama skuad Piala Presiden Selangor hingga Jun ini.
[rtbs.blogspot]

Ariff akan pulang ke tanah air pada 1 Mei bagi berbincang dengan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) mengenai kontraknya itu.

“Saya belum tahu dari segi tempoh dan gaji yang akan diberikan IBU kerana mereka mahu saya menyelesaikan kontrak dengan Selangor terlebih dulu,” kata pemain pertahanan itu yang bercita-cita besar beraksi di England. Selain itu, Ariff juga mendapat perkhabaran gembira apabila ditawar peluang menjalani ujian selama dua hari bersama Liga Conference England, Luton Town FC pada 31 Mei ini.[myMetro]

Muhd Ariff Zulkifly -oldtraffords.com

# Seandainya berjaya Ariff bakal menjadi pemain bolasepak Malaysia yang kedua selepas Safee Sali bermain di luar negara. Dan mungkin juga jejak yang sama bakal diikuti oleh Wan Zack dan Wan Zaharulnizam di Jepun nanti? Satu perkembangan yang bagus buat pemain2 bolasepak di Malaysia sekarang nih.!! Terbaikk!!
Ranking: 5
 
© Yastro.net All Rights Reserved