BOB KUMAN SAKIT - BANTUAN RAKYAT MALAYSIA DIPERLUKAN

on 16 April 2012


Dalam dunia hiburan tengah rancak dengan kisah perkahwinan dan pertunangan artis, terselit juga kisah duka seperti kes Rita dan juga yang terbaru kes Bob Kuman. Melalui rakan blogger forblogger.net aku dapat tahu Bob Kuman kini berada dalam keadaan yang tidak sihat dan sangat memerlukan bantuan terutamanya dari segi kewangan. Paling terkejut sekali bila diberitakan akaun simpanan Bob Kuman pun hanya tinggal RM36.00 sahaja. Nampaknya keadaan diri beliau dan wang simpanan beliau sudah menghampiri paras kritikal...


Ada sesiapa ke yang tahu penyakit sebenar Bob Kuman ni? Keadaan dia nampaknya [kalaudiamati gambar2 tersebut] memang agak teruk juga. Beliau sekarang tidak boleh bergerak dan terpaksa bernafas menggunakan mesin oksigen...


ALhamdulillah, aku rasa ramai juga yang bersimpati dan menghulurkan sumbangan kepada beliau. Antara pihak yang berbuat demikian adalah Zek Zaidi selaku wakil dari SENIMAN menghulurkan bantuan, alhamdulillah. Menurut blog Mazidul, akaun bank Bob Kuman sekarang mungkin disekat oleh pihak Maybank kerana banyaknya berlaku aktiviti transaksi kewangan.


Kepada pembaca ingin membantu Bob, sila hubungi Razali di talian 016 231 5812. Manakala berikut nombor akaun Bob (HUSNI MOHD RAWI) Maybank 1123-7100-7047. Jika akaun dilaporkan disekat, bersabar dan sila rujuk entri Akaun Maybank Bob Kuman disekat. Ketahuilah, sesungguhnya kekadang berbuat kebaikan itu mempunyai cabaran tersendiri.-Mazidul

Update: Hari ni dilaporkan Bob Kuman telah meninggal dunia oleh BH.


kredit - mazidulakmal.com


Tapi bila nak bagi/minta bantuan pun kena tanya tentang ahli parti dan lokasi...masaalah juga tu. Apa nak jadi nih.....
Ranking: 5
 
© Yastro.net All Rights Reserved