Melepak di Tekam Plantation Resort ! Minggu selepas raya Aidilfitri haritu, sempat juga aku melepak dengan ipar duai aku kat Tekam Plantation Resort. Bukannya apa, cuma nak bawak bebudak yang dah lama gian sangat nak berendam dalam air.
Dengan bayaran serendah RM5.00 bagi dewasa dan RM2/3 ringgit bagi kanak-kanak, aku rasa memang berbaloi la juga. Walaupun tempat tu tak le besar mana, tapi ianya dah cukup untuk bebudak tu melepaskan gian mandi kolam.
Tekam Plantation Resort ni kalau korang lepak time musim buah ok jugak, sewa resort kat situ terus dapat "sewa" buah2an yang ada disitu. Buah apa yang ada aku pun tak tau sebab aku pun tak pernah tidur kat sana, maklum la dekat sangat dengan rumah mak mertua aku.
Nak citer panjang laie, rase maleh lak. Mungkin korang boleh google je kot tempat tu. Kalau tak jumpa korang leh tanya aku...insyaallah aku tulun jawab mana yang aku tau.
Gelongsor ni sebenarnya tak de air pun, tapi aku simbah sikit guna tangan jer bagi bebudak tu leh melaju sikit masa turun, nak-nak yang kecik baju merah tu...isk..iskk...ada tragedi juga masa mandi kat sini.
Ni la ipar duai aku, Haji Asri. Boleh juga ngubat orang sikit2...belajar kat Darussyifa. La ni base dia kat Telok Panglima Garang.
Kat area border tu la yang jadi kes haritu, mana taknya, aku baru je letakkan si kecik baju merah tu kat atas. Ingat sempat la aku nyeberang border/pelampung putih tu.
Tub-tub, anak aku dah berlari kat ibu dia kat kolam sebelah yang dalam sikit. Apa lagi, tau2 tenggelam la....nasib baik aku cepat tangkap dan angkat dia. Kalau tak..iskk...memang nyaya je.
Antara pemandangan disitu, so sesapa yang duduk area Jerantut, Jengka memang boleh la gi mandi kolam disini. Aku rasa semua orang kat situ tau jalan nak gi ke Tekam nih. Adios dan salam buat semua. Maaf sebab aku memang jarang on9 dah.
-salam mesra dr yastro-