Sebetulnya aku tak plan pun nak pergi sini. Aku cuma ikut adik ipar merangkap biras aku yang sama kerja kat Proton [ada kat entri Tekam]. Kebetulan ramai juga kengkawan dia yang aku kenal, so tak le aku rasa segan sangat nak join. Plan derang ialah bermalam sambil BBQ kat sini. Hurmm cun juga tu, i polow......
Lokasi Pantai Indah Seaview ini terletak diantara Kapar dan Jeram Selangor. Maknanya kalau korang nak visit tempat ni, kena ikut jalan lama.Tapi jalan tu dah okey dah sekarang ni, dah beso dah berbanding dulu2.
Teringat lagi aku masa jalan lama, jalan ni antara jalan wajib kami kena lalui masa testing model baru Proton.
Okey, back to Review apartmen nih, persoalan pertama aku ialah kenapa ianya murah sangat sebab ni apartment 3 bilik. Pelik juga aku, tapi bila aku dah sampai sana baru aku tau, memang aku rasa pengurusan kena bagi harga murah sebab lokasi tempat ni macam tak berapa cukup nak tarik ramai visitor.
Sebab tu nama dia pun "Seaview". Memang dekat dengan pantai, tapi pantai tu berlumpur, korang leh tengok dari tepi je la. Nak mandi memang jauh sekali.
Security Room |
Kebersihan bilik? Okey...aku jamin memang ok punya, ikut apa yang aku tengok kat apartment aku dan apartment ipar aku tu. Yang best ialah aku duk kat tingkat 6, angin menderu2 je masuk bila aku buka sliding door kat anjung tu. Pehh...mmg syiok.
Kalau korang seorang blogger lak, tempat ni memang sediakan wifi, tapi kat bawah sekali [Ground floor] baru dapat line dia. Password lak kena mintak kat security tu. Kalau korang ada broadband, memang tak jadi masaalah la kot.
Bagi aku, tempat ni memang sesuai untuk korang datang lepak, tido, BBQ dan cuci mata je. Bawak family lepak-lepak pun okey juga. Maklum la sesuai la dengan harganya kan. Jangan dok expect lebih la.
Kolam...kolam mandi ada dua. Satu utk bebudak dan satu lagi untuk remaja ke atas. Tak de pengawal pantai yerr....so pepandai la jaga anak memasing.
Aku rasa aku dah banyak tulih nih, kalau ada yang nak tetanya lagi silakan la. Penat dah aku perah idea nih...karang panjang sangat korang buhsan lak...he40x!!! Untuk lebih detail, aku rasa korang leh cari kat pak Google.
Pantai Indah Seaview Resort
5182, Batu 17, Jalan Kapar, 45800, Jeram, Selangor, 45800
03-3264 9617
Review Pantai Indah SeaView Resort - 1 Malam RM100
-salam mesra dr yastro-