Hafizh Syahrin Berjaya Gegarkan Moto 2

on 22 Oktober 2012

Hafizh Syahrin Berjaya Gegarkan Moto 2 ! Fuhhh....semalam pada aku merupakan hari terbaik buat seluruh rakyat Malaysia yang meminati bidang perlumbaan terutamanya dalam MotoGp. Mana taknya, baru sahaja kelas Moto3 menamatkan perlumbaan dengan Zulfahmi berada di kedudukan ke dua, tiba-tiba kita di hidangkan pula dengan aksi Hafizh Syahrin yang berjuang bagai perwira di atas trek.

Hafizh Syahrin Berjaya Gegarkan Moto 2

Bermula dari petak ke 27 dari 33 pelumba, anggapan aku paling hebat pun Hafizh cuma mampu berada di kalangan belasan pelumba sahaja. Bukan aku tak yakin dengan kemampuan beliau, tetapi tengok saja pada pelumba dari negara sebelah, Ratthapark Wilairot yang hanya mampu berada di pertengahan pelumba sahaja walaupun beliau dah bertahun di Moto2.

Aksi Zulfahmi di Sepang 2012

Ternyata anggapan aku meleset, sekali lagi aku dan anak-anak berdebar bila melihat aksi Hafizh yang berani mati itu. Memang aku sangat kagum dengan apa yang beliau lakukan. Dari nombor 27 dia beransur-ansur memotong dan berada di paling hadapan, mendahului kelompok pelumba Moto2!

Duduk aku di depan tv tak aman akibat aksi beliau, sehinggalah akhirnya beliau berada di keempat keseluruhan. Barulah jiwa aku tenang sikit.Peh...itu pun pada aku dah cukup baik...terbaik sangat2 dah. Terima kasih Hafizh Syahrin...terima kasih Zulfahmi Khairuddin, semalam dan minggu ni memang untuk Malaysia. dengan beberapa kejayaan, Tahniah semua!!!

Zulfahmi, Sejarah Podium Pertama Dari Anak Malaysia Dalam MotoGp

Skuad Harimau (B21) muncul juara VFF Newspaper Cup 2012di Vietnam, mengalahkan pasukan Vietnam 1-0, Datuk Lee Chong Wei pula berjaya mengunguli pentas badminton di Denmark, walaupun ada sikit debaran...Zulfahmi naik podium, Hafizh berjaya gegarkan Moto2 sampai pengulas pun asik dok cerita hal dia saja...Uishhh....memang minggu terbaik la. Tahniah Malaysia, tahniah semua!!!

Dalam pada itu, tersenyum juga aku pada Cortese sebab dia sempat juga mohon maaf kepada Zulfahmi kerana merosakkan kegembiraan beliau di laman sendiri. Anyway, pada aku itu dah adat perlumbaan, mesti bertarung sampai penamat...
“Selepas memenangi perlumbaan itu, saya memang berasa sedih kerana tidak membenarkan Fahmi memenangi perlumbaan di tempatnya sendiri. Jadi, saya mahu memohon maaf kepada Fahmi,” kata Cortese di sidang media yang menyaksikannya diiringi Zulfahmi dan pemenang tempat ketiga, Jonas Folger.

Hafizh Syahrin Berjaya Gegarkan Moto 2
~Salam Mesra Dari yastro~

Ranking: 5
 
© Yastro.net All Rights Reserved