TAHNIAH ZULFAHMI...PODIUM PERTAMA UNTUK MALAYSIA

on 21 Oktober 2012

TAHNIAH ZULFAHMI...PODIUM PERTAMA UNTUK MALAYSIA! Sungguh mendebarkan bila melihat aksi Zulfahmi Khairuddin berjuang di Litar Sepang untuk mendapatkan podium pertama buat rakyat Malaysia. Apatah lagi bersaing dengan Cortese dan Folger yang kini di kedudukan top 2 di Moto3. - Cortese telah di isytihar Juara Moto3 2012.


Sejarah telah tercipta, Zulfahmi kini adalah kebanggan rakyat Malaysia. Bukan senang untuk berjuang bersama pelumba2 handalan seluruh dunia. Namun hari ini, Zulfahmi membuktikannya didepan mata anak Malaysia sendiri.

Yup...walaupun sedikit kecewa kerana dipotong pada last lap oleh Cortese, aku juga bersetuju dengan Zulfahmi....."Lebih baik kedua dari terus jatuh"

Sejak dari zaman Yuzy lagi aku menanti anak Malaysia berjaya dengan menaiki podium di pentas MotoGp. Hari ini, apa yang diusahakan oleh pihak2 berkenaan dan kerajaan mula menampakkan hasil. Terima kasih!!!

Juga Tahniah buat Zulfahmi kerana menyambut hari lahir yang ke 21 semalam. Satu kejaayaan paling manis buat beliau dan seluruh rakyat Malaysia. Kami berbangga dgn mu Zulfahmi!!!! Semoga terus berjaya di masa akan datang!

~Menunggu Hafizh Syahrin pula....- time2 hujan memang feveret dia nih, kalau dia boleh dapat top ten pun dah bagus sesangat, Good Luck pescao!


TAHNIAH ZULFAHMI...PODIUM PERTAMA UNTUK MALAYSIA
~Salam mesra dari yastro~
Ranking: 5
 
© Yastro.net All Rights Reserved