Google Adsense! Sampai Bila Nak Tunggu Google Iktiraf Bahasa Malaysia? Geram wei...sampai bila la nak tunggu Google iktiraf Bahasa Malaysia masa apply Google Adsense? Rasa sakit hati pun ada dengan derang ni, nak kata tak ramai pengguna internet rasanya Malaysia antara negara yang mencatatkan angka tertinggi.
Bertambah pelik bila derang boleh je support bahasa Thailand, Vietnam dan Indonesia. Tetapi bila Bahasa Malaysia macam-macam alasan yang derang bagi. Entahlah...Google ni kadang2 aku tengok macam talam dua muka ada. Dem.....
La ni, aku tengok ramai blogger Malaysia yang dah dapat akaun google adsense, dan ada juga blog-blog ngetop sebelum ni yang dah dapat tapi kena ban dengan google adsense. Semuanya berkait rapat dengan TOS yang depa buat. Punya la ketat....memang payah betul nak lepas, then kalau lepas pun satu hari depa akan buat review semula. Jadi, memana rakan blogger yang dah dapat tu, sila la jaga bebaik akaun adsense anda. Jangan sampai kena ban, rugi.
Satu lagi, dia cakap tak support adsense dalam Bahasa Malaysia tapi iklan dia support pulak? Berlambak je iklan yang memacam jenis keluar kat adsense tu? Hurmm......pendek kata, kalau dia yang nak kena keluar duit, memang payah sikit la nak dapat. Tapi kalau korang atau aku yang nak kena keluar duit, memang dia akan layan sebaiknya siap hantar surat kat rumah lagi. Dem betul adsense nih!!
Bab2 apply adsense ni, aku dah cuba memacam jenis dah. Ada yang aku bayor kat porum tapi hanya bertahan seminggu saja, pas tu lenyap. Ada yang aku bayo (kat porum lagi), dia yang terus senyap -makan duit haram la tu. Ada yang aku apply guna blog BI, tapi still tak lepas...hiskkk....malas betul aku bila jadi macamnih. Makin lemau jiwa nak layan blog....nak harap nuffnang, hurmmm lama dah dia tak bagi CPUV kat blog ni. Bila ditanya, katanya tak de pengiklan nak bagi...hehehe
Btw, lately memang banyak draft entri yang bakal jadi sampah. Malas betul aku....banyak yang aku buat tapi sekerat jalan jer. Tak tau pasai apa, pas tu terus terhenti....rasa cam tak sesuai lak. Btw, aku suka buat/tulih camni jer, sekali idea mali terus buat dan zahirkan. Check pun lebih kurang jerr....hehehe nampak bebeno jiwa/mood blogging ni dah suram! Btw, utk rakan2 blog semua, jangan tiru aksi ni yerr...tak elok gitu...!!!Adios.
Google Adsense! Sampai Bila Nak Tunggu Google Iktiraf Bahasa Malaysia?
~Salam mesra dari yastro~