|
Uishh...ada bayang lorrr??? |
Malaysia Vs Thailand - Separuh Akhir Ke Dua Suzuki Cup 2012 ! Kesian...kesian aku tengok team Malaysia yang tak habis2 kena main dengan team luar. Semalam, paper dah tunjuk betapa daifnya padang latihan yang Thailand sediakan buat pasukan Malaysia untuk game Separuh Akhir kedua Suzuki Cup 2012.
|
Sah-sah padang sekolah rendah je yang guna padang ni...tak pun padang awam kot? |
Bukan setakat padang je, persalinan baju, tandas semuanya paling buruk depa bagi kat kita. Kali ni kali kedua team Malaysia kena begini. Walhal jika team dari luar negara datang kesini, kita bagi derang tempat baik-baik, siap kawalan keselamatan dan padang dan kemudahan lain kelas A lagi...Kali ni, memang psiko gila Thailand bagi kat negara kita.
|
Jaring gol sekolah mana depa kutip nih? |
Hari ni, paper dah bagi tahu yang pengurusan AFF memohon maaf atas apa yang terjadi. Hehehe....rasa nak tergelak bagai aku dibuatnya. Apa derang semua makan gaji buta ker? Sapa yang tak buat kerja nih?
|
Tempat persalinan baju ke ni? Ingatkan bas stop budak sekolah |
Nak tulis panjang2 kang bersimpang siur lak peluru aku tabur. Tak pe la...kita tunggu saja malam ni sebab malam ni adalah penentu siapa yang bakal layak ke akhir Suzuki Cup 2012. Harap2 team Malaysia berjaya tewaskan Thailand, biarpun depa ada bekalan sebijik gol disini. Seri 2-2 pun okey gak...janji lepas masuk akhir menentang Singapura yang dah kompom pergi ke perlawanan akhir AFF Cup 2012 semalam.
|
Tunggu bas siam ke bang? |
Apapun, meh la kita layan dulu gambar2 yang aku himpun dari google, bagaimana team kita kena main kat Thailand. Harap2 team Malaysia makin bertambah semangat dengan layanan istimewa dari Thailand untuk game Separuh Akhir Suzuki Cup 2012 nih. Adiozzz....
Malaysia Vs Thailand - Separuh Akhir Ke Dua Suzuki Cup 2012
~Salam mesra dari yastro~
.
Ranking: 5