Pilihanraya Dah Hampir Dekat, Jangan Lupa Tunaikan Tanggungjawab

on 20 April 2013

Pilihanraya Dah Hampir Dekat, Jangan Lupa Tunaikan Tanggungjawab

Pilihanraya Dah Hampir Dekat, Jangan Lupa Tunaikan Tanggungjawab | Salam dan selamat sejahtera buat semua rakan. Hari ini, seluruh negara akan bersesak terutamanya dpusat penamaan calon. Setiap parti akan membawa penyokong masing-masing untuk memberi semangat dan menunjukkan tanda sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada parti masing-masing.

Sejumlah 4,996 borang penamaan calon telah dijual oleh SPR. 1,466 borang penamaan calon iaitu Borang 4 untuk Parlimen dan 2,533 Borang 4A untuk Dewan Undangan Negeri (Dun). Selain itu, sebanyak 301 Borang 4 serta 696 Borang 4A telah dijual kepada calon Bebas. Nampak meriah bebeno PRU13 kali ini.

Apapun, tanggungjawab kita sebagai rakyat adalah pada 5 Mei nanti. Jangan ada berlaku kekecohan lagi sudah laa.....cukup la dengan beberapa kes terpencil yang berlaku sebelum ni. Hanya kerana bendera je....

Insyaallah aku pun akan tunaikan tanggungjawab kali ni, alhamdulillah tempat pengundian aku dan wife aku walaupun berubah dari yang sebelum ni tapi tak le jauh sangat. So tak perlu la nak bermudik kehulu atau kehilir semata-mata nak mengundi.

Opss....citer pasal nak pergi mengundi ni, beberapa cerita best dah mula didengari, tapi rasanya tak pelu aku nak ceritakan disini secara detail, cukup la aku kata yang ade kengkawan balik mengundi ni akan dapat saguhati sikit...hahaha - rugi aku sebab ngundi dekat.

Apapun, sekarang ni aku sebenarnya sibuk melayan blog lain sampai blog yang ni pun dah terabai. Penting tetap penting sebab banyak sejarah dengan blog ni. Sayang banget woo....harap2 percaturan aku yang ni menjadi. Insyaallah, jumpa lagi lain kali....banyak bz maaa.....hahaha

Tag :

Banjir Kilat di Kuala Lumpur

on 11 April 2013

Banjir Kilat di Kuala Lumpur | Petang semalam kawasan Shah Alam dan juga Kuala Lumpur ( Lembah Klang) menerima taburan hujan yang agak lebat dari biasa. Aku pun tersangkut kejap kat opis dek hujan yang agak lebat ni. Nasib baik keadaan tu tak le lama sangat....dalam jam 6.00 rasanya dah reda, aku pun dah boleh gerak balik.

Antara jalan kat Kuala Lumpur yang mengalami kesesakan teruk kerana hujan lebat semalam adalah Jalan Tun Razak, Jalan Duta, Jalan Mahameru, Jalan Kuching dan Lebuhraya Persekutuan, Jalan Tun Razak, Jalan Parlimen, Jalan Duta, Jalan Pudu, Jalan Cheras Lama, Jalan Chan Sow Lin dan Jalan Segambut.

Banjir Kilat di Kuala Lumpur

Tapi....siapa sangka, dalam pada hujan lebat tu, kawasan bandaraya Kuala Lumpur secara tiba-tiba mengalami banjir kilat yang dikira agak dasyat juga kerana menyebabkan beberapa buah kenderaan tenggelam.

Ingatkan dengan adanya terowong tu, leh la cover2 kawasan KL....rupa2nya tak sempat. Kat bawah ni ada beberapa keping gambar banjir kilat semalam di Kuala Lumpur.

Banjir Kilat di Kuala Lumpur


Banjir Kilat di Kuala Lumpur

Harap2 lepas ni pihak yang terbabit dapat mengenal pasti punca masaalah ini. Jangan asik selalu jadi banjir kilat dah laa.....banyak lugi wooo.....


Untuk melihat gambar2 banjir kilat di Kuala Lumpur yang lain, sila masuk link yang diberi dibawah.





Banjir Kilat di Kuala Lumpur

Tag :

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular ABPBH 2012

on 08 April 2013



Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular ABPBH 2012

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular ABPBH 2012 | Dibawah adalah senarai pemenang Anugerah  Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2012 yang telah pun berlangsung pada malam Ahad, 7 April 2013 di Stadium Bukit Jalil.


Anugerah Bintang Paling Popular

Shaheizy Sam


Penyanyi Lelaki Popular

Hafiz


Penyanyi Wanita Popular

Shila Amzah


Pelakon Filem Lelaki Popular

Shaheizy Sam


Pelakon Filem Wanita Popular

Yana Samsudin


Artis Baru Lelaki Popular

Aiman Hakim Ridza


Artis Baru Wanita Popular

Wawa Zainal


Artis Duo/Berkumpulan Popular

Black & Malique


Pelakon TV Lelaki Popular

Aaron Aziz


Pelakon TV Wanita Popular

Nabila Huda


Artis Komedi Lelaki Popular

Zizan Razak


Artis Komedi Wanita Popular

Didie Alias


Pengacara TV Lelaki Popular

Aznil Nawawi


Pengacara TV Wanita Popular

Fara Fauzana


Penyampai Radio Lelaki Popular

Faizal Ismail


Penyampai Radio Wanita Popular

 Fara Fauzana


Finalis Kategori Online ABPBH 2012

Kategori Online: 1.  Watak Jahat dalam Filem atau Drama Popular

Sofi Jikan


Kategori Online: 2. Gandingan di Layar Serasi

Johan & Zizan Razak


Kategori Online: 3. Watak Animasi Tempatan Popular ABPBH

Upin & Ipin


Kategori Online: 4. Artis Berpengaruh di Laman Media Sosial

Zizan Razak


Kategori Online: 5. Artis Lelaki Stailo

 Zizan Razak


Kategori Online: 6. Artis Wanita Stailo

Melissa Francis


Kategori Online: 7. Artis Asia Paling Popular

Zizan Razak


Kategori Khas (Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat)

Search



#Tahniah diucapkan kepada semua pemenang......


Sumber
kezoom
Tag : ,

Gambar Majlis Akiqah Anak Irma Hasmie

on 05 April 2013

Gambar Majlis Akiqah Anak Irma Hasmie

Gambar Majlis Akiqah Anak Irma Hasmie | Malam tadi telah berlangsungnya majlis akiqah dan cukur jambul anak sulung kepada pasangan, Irma Hasmie dan Redza Syah, Redza Syah Irfhan.

Majlis yang berlangsung meriah di kediaman keluarga Irma di Sungai Buloh turut dihadiri oleh beberapa rakan artis seperti Yatt Hamzah dan Diana Amir.

Difahamkan majlis akikah dan cukur jambul ini dilakukan dalam tempoh tujuh hari selepas kelahiran kerana mengikut sunah Rasulullah S.A.W. Tahniah buat pasangan Irma Hasmie dan Redza Syah.

Gambar Majlis Akiqah Anak Irma Hasmie

Gambar Majlis Akiqah Anak Irma Hasmie
Gambar Majlis Akiqah Anak Irma Hasmie



# Untuk melaihat gambar Majlis Akiqah dan Cukur Jambul anak Irma Hasmie dan Redza Syah yang lain sila klik link di bawah





Gambar Majlis Akiqah Anak Irma Hasmie
Tag : ,

Pengganas Sulu - Lagi Dato Seri Di Buru Polis

on 04 April 2013

Pengganas Sulu - Lagi Dato Seri Di Buru Polis | Polis mencari seorang lagi lelaki bergelar Datuk Seri bagi membantu siasatan berkaitan kes pencerobohan di negeri ini.

Pengganas Sulu - Lagi Dato Seri Di Buru Polis


Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Tan Kok Liang berkata, lelaki berusia 57 tahun yang mempunyai kaitan dengan Kesultanan Sulu itu dikenali sebagai Clarence Luing Karl@ Muhammad Khalil John L Karl dengan alamat terakhirnya adalah di Kampung Bawang, Tamparuli.

Sebelum ini, seorang Dato Seri Muhammad Ridhwan, telah menyerah diri kepada pihak polis berikutan aktiviti beliau yang mencurigakan iaitu menyalurkan bantuan kewangan kepada Kesultanan Sulu.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Tan Kok Liang berkata, lelaki itu yang dikenali sebagai Datuk Seri Clarence Luing Karl@ Muhammad Khalil John L Karl, 57, dipercayai mempunyai hubungan dengan Kesultanan Sulu termasuk menyalurkan dana kepada pengganas.

“Individu ini diminta menyerah diri di balai polis berhampiran kerana polis yakin dia (Clarence) masih berada di negeri ini.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai individu ini juga diminta menghubungi polis,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.


Sumber

http://kezoom.blogspot.com/2013/04/seorang-lagi-dato-seri-di-buru-polis.html
http://www.hmetro.com.my/articles/Lagi__8216_DatukSeri__8217_diburu//Article
Tag :

Wordless Wednesday - Mandi Kat Atas Jalanraya?

on 03 April 2013

Wordless Wednesday - Mandi Kat Atas Jalanraya?

Wordless Wednesday - Mandi Kat Atas Jalanraya?

Tag :

Gambar Sekitar Latihan Ketenteraan Korea Utara

on 02 April 2013

Gambar Sekitar Latihan Ketenteraan Korea Utara | Nampak macam beria-ia sangat dah Korea Utara ni nak berperang. Tapi, aku percaya apa yang derang buat ni semuanya propaganda semata-mata. Dah la hidup susah, takkan nak tambahkan lagi kesusahan tu kot? Terkejut juga bila melihat kaum hawa pun depa kerah semacam je untuk berada dibarisan hadapan.....isk...isk...

Apapun, dibawah ada beberapa keping gambar latihan mereka kononnya untuk menghadapi perang dengan Korea Selatan dan Amerika yang menaunginya. Peralatan depa tu nampak je macam old skool, tapi harus diingat.........

Gambar Sekitar Latihan Ketenteraan Korea Utara

Gambar Sekitar Latihan Ketenteraan Korea Utara

Gambar Sekitar Latihan Ketenteraan Korea Utara

Gambar Sekitar Latihan Ketenteraan Korea Utara

Gambar Sekitar Latihan Ketenteraan Korea Utara

Gambar Sekitar Latihan Ketenteraan Korea Utara

Gambar Sekitar Latihan Ketenteraan Korea Utara



artikel
http://wow-pict.blogspot.com/2013/03/north-korea-declares-state-of-war-with_31.html
http://wow-pict.blogspot.com/2013/03/north-korea-declares-state-of-war-with_4963.html
Tag : ,

Semoga Tabah ~ Luahan Hati Komando VAT 69

on 22 Mac 2013

Semoga Tabah ~ Luahan Hati Komando VAT 69

Semoga Tabah ~ Luahan Hati Komando VAT 69 | Salam Jumaat kepada semua sahabat dan pengunjung blog yastro.

Terbaca tadi disebuah blog, nukilan dari seorang (tak pasti la, kebenarannya) anggota VAT69. Kisahnya seperti dibawah.

"Pelbagai cerita dan versi yang kita dengar, baca dan lihat di media ketika ini. Ada yang menyedihkan, ada yang membakar semangat dan ada juga yang meloyakan (TIDAK BENAR).

Sedikit titipan kisah luahan salah seorang anggota VAT 69 yang sedang berjuang mempertahankan KEDAULATAN negara kita ketika ini. Beliau merupakan anggota kumpulan kedua yang dihantar bertugas di Ops Daulat dan BERADA ketika berlakunya insiden 2 Anggota VAT 69 terkorban akibat serang hendap pengganas.

Berikut antara luahan beliau yang dihubungi melalui telefon:

Hari mula sampai.. Semua bersemangat nak ke medan. Semangat berjuang bukan main. Tapi bila  setiap hari dihidang tembakan curi, dan tengok pulak member-member dibunuh kejam, peluru yang bersimpang siur, hati mula dijamah rasa gentar. Nyawa dihujung tanduk!!!.. Tidak tahu samada esok hidup lagi atau tidak...Dan..... ini kali pertama masuk ke medan secara LIVE.

Rakan-rakan dibunuh kejam. (tak tergamak nak tulis) termasuk Insp. Zulkifli yang merupakan rakan baiknya. Terkedu melihat mayatnya.

Ada rakan sudah dijamah PTSD. Terlibat dengan pertempuran. Telinganya disinggahi peluru sampai cedera walaupun memakai skimask masa itu. Kolar baju sampai hancur dan sekarang lebih banyak bersendiirian dan tidak mahu bercakap dengan sesiapa.

Kelengkapan senjata terhad. Hanya berbekal vest kalis peluru dan M16 masa buat raid. Betapa sukarnya, mana nak pegang shield, mana nak pegang M16.

Sebelum kejadian ni... berapa ramai manusia yang kenal VAT 69???... Apakah kami akan dibubarkan kerana dianggap TIDAK RELEVAN? (Suaranya Bergetar).

Masalah operasi dengan tentera.... Corak operasi berbeza dan komunikasi menjadikan operasi tidak seragam. Perlu ada latihan operasi bersama lebih kerap nanti.

Antara kata-kata rakan yang bertugas di sini "kita ni semangat hanya harapkan doa dari rakyat yang menyokong kita saja. Kalau tak ada doa mereka....tak taulah apa nasib kita ni"

Mental dan emosi sudah letih memandangkan sudah sekian lama berada di sana

Perbualan kami terputus.. Satu sebab baterinya habis. Hampir sejam kami bersembang. Kedua sebab jammar yang masih dipasang sesekali bagi menyekat komunikasi kerana dikhuatiri musuh mampu menjejak kedudukan sekaligus menghantar maklumat balik ke kem utama mereka.

* Titipan di atas diolah semula bagi memudahkan pembaca semua. 


Apapun, kami rakyat Malaysia sangat berbangga dan berterima kasih kepada semua anggota keselamatan yang terlibat dalam usaha mempertahankan agama, bangsa dan negara.

Semoga semua anggota keselamatan yang terlibat berada dalam selamat dan dilindungi oleh NYA, dan berharap keadaan kembali pulih seperti sedia kala....

Sumber asal
http://kezoom.blogspot.com/2013/03/luahan-seorang-anggota-vat69.html
Tag :

Rumah Kiram di Kawal Polis Selepas Terima Syiling 50 Sen

on 16 Mac 2013

Rumah Kiram di Kawal Polis Selepas Terima Syiling 50 Sen | Rasanya ramai yang tahu kisah budak terima syiling 50 sen baru Malaysia.

Kisahnya bermula bila seorang budak lelaki muda menjelaskan kepada media, bagaimana seorang penumpang kereta hitam telah memberinya sekeping syiling Malaysia dan mengambil gambar rumah Sulu Sultan Jamalul Kiram III, Maharlika Village, Taguig City, selatan Manila, pada 7 Mac 2013 yang lalu.

Berikutan itu, wartawan Filipina telah menyerbu dan menemubual budak tersebut untuk mendapatkan kepastian. 

Sejak dari itu, rumah Jamalul Kiram III telah dikawal oleh polis Filipina, bimbangkan sesuatu "terjadi" keatas sultan paling miskin dalam dunia itu.

Rumah Kiram di Kawal Polis Selepas Terima Syiling 50 Sen

Hurmm....kata ado sojar sendiri....apsal lak nak kono sojar negaro Filipina lak yg jago? Opsss...lope, kan dio ni cuci darah pun kerajaan Filipina yang bantu....:D

Budak terima syiling 50sen


#Terbaru, ketua kumpulan pengganas Sulu, Azzimudie Kiram dikatakan telah berjaya meninggalkan Malaysia dan kembali ke tempat asalnya di selatan Filipina - info dr  Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Jeneral Zulkifeli Mohd Zin. Kato nak mati kek mesia??





Rumah Kiram di Kawal Polis Selepas Terima Syiling 50 Sen
http://ph.news.yahoo.com/photos/malaysia-intelligence-nearby-kiram-s-residence-slideshow/malaysians-spying-on-kiram-photo-1146785988.html

Tag :

Kenyataan Rasmi KPM~ Isu Cikgu Mohd Lotfi Nor

on 14 Mac 2013

Kenyataan Rasmi KPM~ Isu Cikgu Mohd Lotfi Nor

Kenyataan Rasmi KPM~ Isu Cikgu Mohd Lotfi Nor | Cikgu Mohd Lotfi Nor merupakan seorang guru di sebuah sekolah dinegeri Kelantan. Baru-baru ini, beliau menerusi akaun facebooknya dilaporkan telah menghina pasukan ATM dan PDRM di Lahad Datu sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Kenyataan Penghinaan kepada ATM dan Polis

Tiada siapa menyangka, Mohd Lotfi Nor, pernah dilaporkan sebagai orang kurang siuman kerana melakukan kekacauan (mengamuk) di sebuah sekolah sehingga membahayakan keselamatan murid-murid dan guru-guru yang lain.

Berikutan kejadian itu, beliau telah ditangkap dan dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut. Bagaimanapun, jika diteliti pada report polis tersebut, ianya bertarikh 04.01.2009.


Kenyataan Penghinaan kepada ATM dan Polis


Mohd Lotfi kemudiannya menerusi tulisan terbaru di facebooknya (yang terkini) telah menghina pegawai keselamatan di Lahad Datu dengan menggelarkan mereka sebagai doggie (anjing). Apa, mungkinkah penyakit beliau kembali lagi?

Report polis terhadap Mohd Lotfi Nor

Berikutan dengan itu, ratusan kecaman telah dibuat ke atas beliau dan sehingga hari ini akaun Facebook beliau masih lagi boleh diakses.

Dibawah adalah kenyataan akhbar dari Kementerian Pelajaran Malaysia untuk guru tersebut.

Kenyataan Rasmi KPM~ Isu Cikgu Mohd Lotfi Nor




Update # Mohd Lotfi Nor telah ditahan pihak berkuasa berhubung kenyataan beliau itu.




Kenyataan Rasmi KPM~ Isu Cikgu Mohd Lotfi Nor
artikel - http://pilihan-anda.blogspot.com/2013/03/kenyataan-rasmi-kpm-mengenai-mohd-lotfi.html







Tag :
 
© Yastro.net All Rights Reserved