Minta maaflah kpd peminat MU..tp tmpt keje aku mmg tgh panas dgn dakwaan ni.."Gerrard" jual game dgn hantaran ke belakang yg dipintas oleh Drogba... Utk pengetahuan pembaca sekalian aku ni x le giler sgt ngan EPL....tp kelab yang aku support adalah Arsenal...nampak gayanye tahun ni Gunners tertekan ngan masaalah main player yg kerap injured...harapan cuma dpt mengekalkan top 3 rangking EPL..jangan Fabregas blah dari Gunners sudah!!
Lagi masak Wenger nak manage team taun depan..nampaknya betul andaian Arshavin..Gunners x yah nak bermimpi la nak menjuarai EPL kalau every game, first eleven x dpt diturunkan..
Ape pun ni lah petikan dr kosmo.....
MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Alex Ferguson menuduh Steven Gerrard sengaja menghadiahkan gol kepada Chelsea pada perlawanan Liga Perdana England di Anfield malam kelmarin.
Kapten Liverpool itu telah menyumbang jaringan pertama kepada Chelsea setelah hantarannya
ke belakang dipintas Didier Drogba. Chelsea akhirnya menang 2-0 ke atas Liverpool dan kini berpeluang cerah untuk dinobatkan sebagai juara Liga Perdana England pada Ahad ini.“Saya hanya melihat insiden tersebut selepas perlawanan kami selesai. Ia merupakan ‘hadiah’ daripada Gerrard.
“Tidak ada apa yang boleh kami lakukan tentang insiden itu, kami hanya perlu menerimanya,” kata Ferguson.
Sementara itu, Drogba pula berkata: “Gerrard telah melakukan kesilapan besar. Saya cukup bertuah berada di kedudukan yang baik dan menjaringkan gol.” Kini Ferguson mengakui bahawa peluang United cukup tipis biarpun mereka berjaya menewaskan Sunderland 1-0 awal pagi semalam. United perlu menewaskan Stoke City di Old Trafford pada Ahad ini sambil berharap Chelsea gagal menewaskan Wigan Athletic di Stamford Bridge.“Kamu tidak boleh tahu apa yang akan terjadi. Bola sepak merupakan permainan yang cukup gila,” ujar Ferguson. – Agensi