1 Proton Paintball ..

on 12 Julai 2010

  Sabtu,10 Julai 2010
Time:8.30am ~ 5.00pm

Kelab Proton buat julung2 kalinya telah menganjurkan pertandingan 

 "1 Proton Paintball Tournament 2010" 

Pertandingan ini telah diuruskan secara bersama antara AJK Kelab Proton dan dibantu oleh pihak
NPL(Malaysian National Paintball LeaguePenyertaan dari staff Proton bolehlah dikatakan agak menggalakkan dengan adanya penyertaan dari Proton Parts Centre dan juga dari Proton Edar. Pertandingan ini merupakan satu acara yang baru pertama kali diadakan oleh pihak Kelab Proton,bagaimanapun penyertaan hanya dibuka kepada staff Proton dan juga anak2 syarikat. Jadi, Gua bersama rakan2 di tempat kerja telah berpakat untuk membentuk satu kumpulan yang diberi nama RPG-7 (aisehh, ganaih gak nama nihh...hehehe!!)

Dept kami telah menghantar 3 team, termasuk satu team international (Saudi Arabia) bagaimanapun, geng2 kami bukanlah geng yang dah biasa main "perang2 paintball" nih, majoriti hanya bermain bila pihak syarikat mengadakan kem motivasi dan kem2 yang sewaktu dengannya.. Jadi, inilah peluang kepada semua staff untuk menunjukkan skill dan strategi team masing2.

Acara sukan ini dimulakan dengan "peperangan" peringkat kumpulan(5 kumpulan)dan kiraan mata sangat2 diperlukan untuk melayakkan team masing2 layak ke suku akhir. Hanya 2 team dalam setiap kumpulan layak ke pusingan suku akhir, disini bermulalah pertandingan "kalah mati" sehinggalah ke peringkat "peperangan" yg terakhir(Final)

Hadiah tak le besau sangatt...kira bulehlaa untuk beginner2 macam kami nih...Ape pun terima kasih diucapkan kepada rakan2 RPG-7 kerana kerjasama terbaek yang diberikan membolehkan kami yg dah otai2 nih berjaya gak mendapat tempat ketiga dan terima kasih juga kepada NPL kerana memberikan hadiah bonus, iaitu 4 team yg berjaya ke separuh akhir layak secara automatik join Liga NPL pusingan ke 4, (4 division...beginner), pada 07/08/10 nih di PJ  (free..x yah bayorr wooo..)

Huiyoooooo..masuk liga? cam besh jerr yekk,tapi saspenn gak, sbb..bule ke nak melayan geng2 yg dah otai dlm sukan paintball nehh!!! Okeh, itu saja...adiossss!!!

Perjalanan team kami..

RPG-7

 
RPG-7

RPG-7 dan Atomic Virus

Satu2nya wakil muslimah..
menang gak skli lwn team lelaki..he3!!


Desert Knight, team international kami...


RPG-7,In Action..

RPG-7 ngan hadiah..he3!!!

Me..in action gak,hehehe!!

Aikkkk..bulehh??
Time tgh rancak "perang" brader ni siap posing sakan lagi!!
siap bg peace lagi...hahaha!!!



Updated: NPL tak panggil pong...sedey arrrr!!!!
Ranking: 5
 
© Yastro.net All Rights Reserved