Satu lagi sebenornya minggu ni minggu yang sibuk juga bagi aku dan kawan2 kat tempat kerja ni. Semalam aku balik dari Matrade jam 3.00 pagi. Ngantuk gilerr, nasib baek ada kelepasan untuk aku dan rakan2 yang lain masuk kerja selepas solat Jumaat. Legaa la sikit. Tub2 bila masuk kerja tadi, dapat arahan dari boss, hari minggu ni MD akan buat visit mengejut di tempat aku, ada event penting pada hari Isnin nanti.... so berlambak la lagi kerja yang nak kene buat. Tapi yang nasib baiknya aku akan balik ke kampung lagi pada hari Ahad, member kamceng aku masa bujang dulu nak kahwin....fuhhh..."lega" la sikit...hehehe
Apapun esok adalah hari yang anak aku betul2 excited, Family Day Proton. Dijangkakan seramai 30,000 ahli keluarga Proton (satu Malaysia) akan berkampung disana...makk aihhh, kompom sesak gila esok kat Sunway Lagoon. Satu lagi, mintak2 la aku antara peserta bertuah yang akan membawa balik Proton Inspira. Doakan ehh kengkawan....mana tau dengan doa korang tu "dimakbulkan" esok, maka dengan senyum lebar la aku bila balik kerumah nanti...ha3x!!! Doakan lebih sikit wehhh....:)
#Insyaallah, esok atau lusa aku akan publish gambar kereta Inovasi dari member2 aku. Tabik spring untuk mereka sebab, dalam tengah dok sibuk2 ni pun sempat jugak meluangkan masa membuat dan mereka sebuah kereta yang pada aku kira "cun" jugak laa. Aku tau, korang "boleh" punyaa....mungkin detailing dan finishing tu je yang agak kureng sikit. Tapi dari segi konsep, memang terbaik ahhh. Apapun, kepada semua warga Proton, esok kita bergembira dulu...kasi relax minda dan tenaga jap okeyyy!!! Jom kita mandiiiii.......-anak aku siap mintak gugel mata untuk madi esok ...nak tak nak aku kene gak la beli....he3x!!!
#Mata aku dah ngantuk la pulakkkkkk......