Kereta Hybrid...

on 13 Januari 2011

Sengaja aku copypaste berita kereta hybrid ini,salah satunya sebagai rujukan dan untuk menambah pengetahuan aku tentang teknologi hybrid. Terdapat perbezaan antara Hybrid,Ev dan Ev extender. 

Walaupun aku terlibat didalam sektor automotif,pengetahuan aku sendiri tentang teknologi Hybrid juga terhad. 

Aku berminat tentang teknologi ini kerana perkara ini pernah ditanyakan oleh rakan blogger,iaitu Cik Shinju..Terima kasih Cik Shinju sebab menyedarkan aku..he3!!!

Insyaallah nanti aku akan postkan tentang perkara2 tersebut. Setakat ni di Malaysia (yg aku tau) cuma ada kereta Toyota Prius,Honda Insight dan sebelum ini Honda Civic Hybrid.

Hibrid mampu milik



INSIGHT direka khusus untuk sebuah kereta bandar.



 HONDA Insight masuk ke pasaran lewat berbanding Toyota Prius. Dengan model generasi pertama dua tempat duduk, dua pintu dan rekaan yang tidak menarik langsung, ia bukanlah pilihan kepada pembeli yang mementingkan kecekapan bahan api, alam sekitar dan gaya.
Pada tahun 2009, generasi kedua Insight diperkenalkan.

Matlamat kali ini bukan sahaja menjadikannya sebuah kereta yang lebih elok, malah kereta mesra alam paling murah boleh dibeli dengan teknologi terkini. Murah dalam erti kata teknologi baru elektrik-enjin yang hanya Honda dan Toyota sahaja yang menggunakannya secara meluas di dunia.

Honda Insight dilancarkan di Malaysia pada acara Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS 2010) baru-baru ini. Hasil pengumuman kerajaan dalam bajet 2011 yang menghapuskan duti eksais dan import pada kereta hibrid, jentera sebegitu menjadi satu fenomena dalam industri.

Honda dan alam sekitar 

Hibrid adalah istilah umum yang digunakan untuk mekanisme pergerakan yang terhasil daripada dua sumber kuasa berbeza. Honda telah membangunkan teknologi IMA (Integrated Motor Assist) selama lebih sedekad bagi membolehkannya benar-benar mencapai matlamat.

Walaupun hasil akhirnya tidaklah membanggakan dari sudut penjimatan bahan api, Honda berkongsi sesuatu yang bagus tentang alam sekitar. Kereta elektrik dengan pembakaran dalaman ini menghasilkan sekitar 101 hingga 105g karbon bagi setiap kilometer (km).
Sebelum ini, Honda Malaysia cuma memperkenalkan Civic Hybrid dalam senarai jualan mereka. Meskipun ia dikira saingan paling hampir dengan Prius, namun teknologi antara keduaduanya jauh berbeza.

Prius dengan dua motor elektrik itu jauh lebih maju berbanding Civic Hybrid yang terpaksa menggunakan platform kereta berenjin petrol.
Tahap seretan (COD), ruang simpanan bateri, rekaan yang kurang aerodinamik pada Civic Hybrid menjadikan Prius satu-satunya kereta hibrid yang direka untuk matlamat hibrid.
Anda tidak akan jumpa Prius dengan enjin petrol sahaja atau Prius Type R.

Insight memenuhi ruang bagi sebuah kereta hibrid mampu dimiliki. Secara teorinya, mana-mana kereta hibrid akan menjadi lebih mahal daripada versi petrol. Bateri selalunya menjadi penghalang kepada penurunan kos. Aspek penyelidikan dan jaminan selepas jualan juga sering menjadi isu. Bateri juga membuatkan kereta hibrid kurang ruang untuk penyimpanan barang. Analoginya sama seperti sebuah kereta yang dipasangkan dengan sistem NGV.
Insight direka khusus untuk sebuah kereta bandar dengan reka bentuk yang jauh lebih bagus berbanding generasi awalnya. Walaupun sebagai sebuah kereta penumpang lima tempat duduk yang lebih kecil dari Civic, ruang kargo kereta ini lebih besar.


PEMANDU ditawarkan dengan reka bentuk dan aplikasi meter pemanduan yang informatif serta futuristik.


Kapasiti keseluruhan but belakang ialah 408 liter dan 584 liter apabila tempat duduk dilipat. Sebagai perbandingan, Civic Hybrid cuma mampu menampung 376 liter kerana baterinya dipasang di belakang tempat duduk, sementara bateri Insight di bawah lantai belakang - sama seperti Prius.
Dengan kuasa hanya 88PS yang diekstrak daripada enjin bersesaran 1.3 liter dan 14PS (motor elektrik), Insight bukanlah kereta yang diharap menjadi juara di lampu isyarat. Anda tidak akan beli Insight untuk bersaing dengan Civic EG9 tahun 1995. Insight dicipta untuk fungsinya sebagai kereta yang murah, jimat bahan api dan praktikal.

Jika anda mengharapkan kereta ini mampu menjimatkan bahan api dengan drastik, ia bukanlah pilihan yang tepat. Walaupun di atas kertas, enjin 1.3 liter dan sistem IMA kelihatan mengagumkan, dalam dunia sebenar, penggunaan bahan api kereta ini lebih daripada 4.4 liter bagi setiap 100km.

Angka itu lebih kurang sama dengan Civic Hybrid. Dalam perbincangan dunia nyata pemilik Insight di seluruh dunia, sesetengah Insight mencatat penggunaan bahan api sama dengan Honda Jazz (Honda Fit).
Ruang dalaman kereta ini agak kecil jika dibandingkannya dengan Civic. Untuk menjadikannya lebih mudah, Insight dibina untuk mencatat 0.28 COD (Prius menang dengan 0.25) dan menggunakan casis yang lebih kecil adalah cabaran terbesar buat jurutera Honda.
Kecil yang dimaksudkan jika Insight dibandingkan dengan segmen C. Jika dilihat pada harga jualannya, kereta ini lebih tepat bersaing dengan Jazz dan City. Malah ukuran titik rodanya (2550mm) sebenarnya sama dengan City. Cuma kekurangannya ialah bumbungnya lebih rendah mengurangkan ruang kepala untuk penumpang belakang.
Di sebalik kenyataan dalam brosur jualan dan dunia sebenar, Insight sebenarnya masih sebuah kereta yang berbaloi dibeli. Ada beberapa faktor yang membuatkan kereta ini sukar diketepikan di Malaysia.
Pertama, harga kereta import negara yang berada pada tahap tidak munasabah. Jadi membeli Insight bermakna bukan sahaja anda membeli sebuah sedan yang murah. Anda tidak memberi apa-apa kepada kerajaan selain cukai jualan. Jadi, dengan polisi hibrid bebas cukai yang diumumkan, tidak syak lagi kereta ini berbaloi dimiliki.

Pengendalian

Pihak media belum berkesempatan memandu uji Insight. Tetapi saya telah melayari beberapa laman web pemilik dan kelab Insight dari seluruh dunia. Daripada uji pandu majalah dan laman web terkenal dari Eropah serta Amerika Syarikat (AS), rata-rata memuji pengendalian Insight yang dikatakan terbaik di kalangan kereta hibrid. Maksudnya lebih bagus daripada Prius. Namun saya tidak mahu bersikap prejudis.

Insight jelas sebuah kereta hibrid murah dan satu-satunya yang berharga di bawah harga RM100,000. Sehingga artikel ini ditulis, sebanyak 500 tempahan Insight telah diterima Honda Malaysia. Dengan kapasiti 700 unit sehari mampu dipasang di kilangnya di Jepun, Insight hanya akan tiba awal Februari tahun depan.

Ia RM10,000 lebih murah daripada Civic Hybrid. Jika anda meninjau harga jualan terpakai Civic Hybrid, ia berkisar pada harga Insight (kerana model sebelum bajet 2011 dijual pada RM130,000). Kalau dibandingkan dengan Prius, ia adalah dua teknologi yang berbeza. Namun penjimatan lebih RM40,000 jelas boleh menjustifikasikan kedudukan Insight.



INSIGHT kereta hibrid yang praktikal, murah dan menjimatkan.



Bersih mungkin faktor yang tidak banyak yang ditekankan baik ketika kereta hibrid dipandu uji atau pemiliknya. Rasionalnya, Insight menghasilkan 101gram karbon karbon bagi setiap km. Sebagai perbandingan, Civic Hybrid menghasilkan 109g/km dan juaranya masih Prius dengan 89g/km. Teknologi Prius Synergy Drive menggunakan dua motor elektrik. Satu-satunya dalam industri bagi sebuah hibrid yang boleh bergerak dengan hanya kuasa bateri sahaja.

Tidak banyak yang boleh kita lakukan untuk menjaga alam sekitar ketika memandu kerana hakikatnya hanya ini sahaja pilihan teknologi yang ada dan mampu dimiliki.
Di Eropah, kereta-kereta berenjin diesel mendapat banyak manfaat kerana pembakarannya yang cukup bersih. Sebagai contoh, kereta kecil Smart For Two (800cc) menghasilkan karbon yang sama dengan Prius. Begitu juga dengan Ford Fiesta 1.6 TDc1 (98g/km), Volkswagen Polo Tdi diesel (99g/km) dan Seat ibiza disel 1.4 liter. Semuanya bertransmisi manual.

Kesedaran terhadap alam sekitar menjadikan kereta hibrid cepat popular terutama di negara maju. Dengan teknologi seperti ini banyak kelebihan yang diperoleh. Misalnya pengecualian atau pemotongan cukai jalan, masuk ke bandar tanpa tol gantri dan parkir percuma di sesetengah tempat.

Kerajaan sewajarnya mengambil pendekatan yang sama untuk menggalakkan penggunaan kereta yang bersih. Misalnya, mengecualikan cukai jalan (NGV mendapat 25 peratus potongan cukai jalan), rebat bayaran parkir, kebenaran parkir dengan enjin dihidupkan di tempat-tempat awam seperti sekolah, hospital dan lapangan terbang (kereta petrol perlu dimatikan enjin). Selain itu, kereta begini layak mendapat potongan cukai pendapatan/syarikat. Banyak yang boleh dilakukan, cuma ia berkaitan kesungguhan dan cara mencapai matlamat. Selebihnya adalah polisi.
Ranking: 5
 
© Yastro.net All Rights Reserved