Malbatt di Somalia. Kisah Black Hawk Down,
Bebaru ni aku masuk ke blog Jooting ex Nuri Pilot..ada satu entrinya berkisar tentang kisah "Black HAwk Down" Agak tertarik aku dengan entri tu...
Pasti ramai yang pernah menonton filem perang ini. Ada diantara kita mahu menonton kerana adanya "keterlibatan" tentera kita didalam misi menyelamat para Rangers US tu. Sebuah kisah benar, Tapi bagaimanapun tidak didedahkan sepenuhnya, malah bantuan dari tentera kita diremehkan oleh filem tersebut. Filem tersebut hanya mengangkat kehebatan dan keperwiraan tentera mereka sahaja.
Tapi, bagi aku...aku tak hairan sangat kerana itu filem mereka..mereka berhak untuk membuat apa sahaja. Jadi kalau nak nampak tentera kita juga hebat, kementerian atau pihak2 yang terlibat kene la berusaha membuatnya sendiri. Kalau tak boleh buat filem pun,buat la dokumentari.....Persoalanya mampukah kita??
Versi US...filem yang memaparkan bagaimana tentera US Rangers menyerang masuk kedalam kawasan Jeneral Farah Aideed, tetapi gagal kerana tentangan yang diberikan pejuang2 tersebut terlalu hebat. Senario tersebut menjadikan tentera US berada didalam keadaan bahaya, dan langkah seterusnya mereka meminta pertolongan dari tentera PBB yang berdekatan.
19 RAMD mekanise, adalah sebuah pasukan yang dikatakan terlibat secara langsung dengan konflik ini. Bersama2 dengan tentera Pakistan mereka mara ke Pasar Bakara, namun disebabkan beberapa perkara...tentera Pakistan terpaksa meninggalkan tentera kita berjuang bersendirian menghadapi pejuang2 Farah Aideed untuk menyelamatkan tentera US disana.
Biar pun sudah berbelas tahun masa berlalu tetapi ianya tetap tersemai diminda dan dijiwa. Di ingati kerana peranan/khidmat yang cemerlang pasukan Malbatt semasa disana. Satu sejarah telah tercipta, sejarah yang tidak boleh dinafikan sampai bila2....kenangan yang menjadi satu kebanggaan kepada kita anak2 Malaysia....
SEJARAH 19 RAMD
Satu bukti tentang keperwiraan khususnya 19 RAMD dan ATM Malaysia amnya. Sekadar coretan untuk diri aku sendiri dan juga kepada "legasi" aku nanti, supaya mereka lebih memahami erti pengorbanan orang terdahulu kepada agama, bangsa dan negara.
Maskot rasmi bagi pasukan adalah harimau belang yang menjadi identiti dan lambang di pakaian serta di dinding bangunan sebagai lambang semangat keberanian dan kekuatan pasukan sebagai sebuah Batalion Infantri Mekanise.
Barisan Pegawai Memerintah 19 RAMD Mekanise (1976-2008
'AZNAN'
"Replika sebuah kenderaan berperisai jenis RPZ Condor Twin GPMG, yang dinamakan ‘AZNAN’ merupakan Ragaan Utama bagi Batalion Ke 19 RAMD Mekanis. Replika ini merupakan simbolik kenderaan yang bernombor daftar ‘ZA 9341’ yang dipandu oleh Allahyarham Prebet Mat Aznan bin Awang yang telah terkorban di dalam pertempuran di Bakara Market pada 3 dan 4 Oktober 1993 semasa penugasan Misi UNOSOM II di bawah Panji-panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Somalia.
Semangat juang yang tinggi, sikap gagah berani dan sanggup berkorban yang ditunjukkan oleh Allahyarham melambangkan juga semangat yang wujud di dalam jiwa semua warga Batalion Kesembilan Belas Rejimen Askar Melayu DiRaja Mekanis. Di samping itu juga, kenderaan berperisai ini melambangkan semangat kental, tidak mudah menyerah dan sanggup berjuang di dalam semua keadaan yang mencabar. Berpantang maut sebelum ajal akan terus menjadi warisan pegangan bagi setiap penggempur pasukan ini.
Ragaan Utama ini telah dibuat pada 21 April 2002 dan ia telah disiapkan pada 21 Jun 2002. la merupakan ilham dari Pegawai Memerintah yang ke 14 iaitu Lt Kol Zainal Abidin bin M. Said (3002020) dan ianya telah dibuat oleh 61 Wksp Mekanis. Kos pembuatannya adalah berjumlah RM 1,500.00 dan ia telah dibiayai oleh Tabung Kebajikan Rejimen (TKR). Ianya diperbuat daripada tembaga yang berukuran 40 cm panjang, 17.5 cm lebar dan 18 cm tinggi. Berat Ragaan Utama ini adalah 10 kg."
Allahyarham 1041754 Kpl Mat Aznan bin Awang
Selain daripada menganggotai Malbatt 1 di Somalia. 19 RAMD Mekanize juga pernah diatur gerakkan di dalam beberapa misi PBB yang lain. Di antaranya misi di Bosnia, Timur Leste dan yang terbaru di Lubnan. Sepanjang operasi pasukan di dalam dan luar negara, seramai 4 orang anggota telah terkorban dan 27 tercedera.
Di antaranya adalah 1041754 Kpl Mat Aznan bin Awang (terkorban). Beliau berasal dari Kampung Parit Panjang, Baling, Kedah. Pada 4 Okt 1993 Allahyarham Kpl Mat Aznan bin Awang terlibat dalam misi menyelamat 70 anggota Rangers Amerika Syarikat dan 5 orang anggota Tentera Udara Amerika Syarikat yang dikepung di kawasan Bakara Market oleh militia Farah Aideed. Kereta perisai yang dipandu oleh Allahyarham ditembak dengan senjata anti-kereta kebal (RPG7) dari arah hadapan menembusi cermin kalis peluru dan terkena bahagian bahu kiri Allahyarham serta mencederakan 9 anggota yang lain.
Di dalam peristiwa ini, 4 buah APC jenis RPZ Condor juga musnah. Usaha menyelamat anggota tentera Amerika Syarikat ini telah dilaksanakan dengan cemerlang oleh anggota MALBATT. Beliau dikurniakan pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) pada 4 Jun 1994. Sebagai penghargaan kepada Allahyarham, beliau telah dinaikkan ke pangkat Kpl.
Pasukan juga telah berjaya menyelamatkan Hakim Markas UNOSOM dan wartawan yang terperangkap di dalam pertempuran di antara kaum.
Di atas keberanian luar biasa dan kejayaan yang ditunjukkan di dalam peristiwa Pasar Bakara, seorang anggota pasukan ini telah dikurniakan pingat SP dan 6 orang dianugerahkan PGB. 6 orang anggota lagi telah dikurniakan pingat KPK.
Banyak kegemilangan yang telah dicapai oleh pasukan ini. Pencapaian dan kejayaan pasukan ini boleh dijadikan contoh serta panduan kepada semua warga Tentera Darat supaya kesinambungannya akan terus diwarisi. Sejarah telah membuktikan bahawa pasukan ini dan Tentera Darat amnya adalah satu ketumbukan yang tidak boleh dipandang rendah.
Diharapkan generasi warga Tentera Darat pada masa sekarang dan yang akan datang dapat menghayati semangat di atas kejayaan yang silam dan seterusnya dapat mengekalkan kegemilangan dan seterusnya menjaga kedaulatan negara yang tercinta ini.
Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP)
Allahyarham Kpl Mat Aznan, sebelum bertolak ke Somalia
Radpanzer Condor 4 x4
Versi yang sama...
"Gunman tetap sentiasa bersedia"
Rondaan team MALBATT semasa di Somalia
BlackHawk Down..(Movie version)
Satu dari 4 APC yg musnah dalam operasi menyelamat
Us Ranger bergambar di APC ,selepas diselamatkan oleh 19 RAMD
Stadium yang menjadi tempat berkumpul selepas US Rangers diselamatkan.
Lintas hormat terakhir dari semua anggota PBB, utk Allahyarham Kpl Mat Aznan....
Jeneral Aboo Samah
Buku Harimau Malaysia di Somalia.
Gambar M48 Pakistan,tank jenis ni la yg dikatakan cabut lari sebelum pertempuran di Bakara Market
"The battle that will live in history…your forces proved essential to accomplish the (rescue) mission. The Rangers were saved, thanks to your soldier"- Brig Gen Greg L. Gile.
"The sight of Americans and Malaysians locked in soldierly embrace at the battle’s end is one I will never forget" - Lt Kol William C David, CO of the US Ranger Bn during Battle of Bakara.
"There are at least 200 Americans alive today, who will go home to be with their families because of the aid you provided…I would fight alongside you anywhere, anyplace" - First Lt John C. Breen.
"Dengar2 cerita akan ada pembikinan dokumentari MALBATT di Somalia. Kalau betul ada,dah cantik sangat tu...mungkin dalam tahun ni(2011), dokumentari tu akan keluar...(mungkin) Diharap ianya dapat direalisasikan demi membangkitkan semangat kecintaan dikalangan rakyat semua. Bersatulah semua demi negara yang tercinta..."