Yahudi di Malaysia??

on 06 Februari 2011

Salam semua sahabat. Minggu ni, minggu yang "panas" dengan kisah demostrasi diMesir dan juga kisah pelajar/rakyat kita disana. Apa pun dah tentu kita disini mengharapkan yang terbaik dari pihak kerajaan untuk membawa pulang pelajar dan juga rakyat malaysia yang bekerja disana. Sebilangan telah pun selamat sampai, alhamdulillah...tapi ternyata masih ramai lagi yang tertinggal. Diharap pihak kerajaan teruskan usaha utk membawa mereka tu balik. Ape pun berdoalah supaya mereka semua selamat kembali ke keluarga memasing.


Kali ni aku nak bawak korang pergi ke Penang. (Pi makan nasi kandaq...hehehe...acah jekkk)
Dimana terdapatnya beberapa perkuburan orang2 Yahudi di Malaysia. Ergghhh....perkuburan yahudi?? Betul ke? Mungkin sebahagian dari kawan2 sumer dah tau kewujudan kubur yahudi di Penang,tapi mungkin juga ada yg tak tau....mcm aku ni laa...hehehe

Bagaimanapun pembacaan lanjut memaksa aku menggunakan keajaiban "uncle gugel" dan menemukan aku ngan wikipedia dan juga beberapa info/blog mengenai yahudi di Malaysia. Ok,teruskan...Pertama kali  terjumpa dengan perkara ni,  rasa agak terkejut jugak sebab tak pernah aku terfikir bahawa di tanah airku Malaysia  terdapat sebilangan masyarakat yahudi. Seriusssss!!! Rase terkojut amat laa yekkk....tak tau la korang camne...Okey,cerita dia lebih kurang mcm nih...

Kubur Yahudi di Malaysia??


Pada tahun 1895, orang pertama Yahudi, Yehezkiel Menassah telah berhijrah dari Baghdad dan terus menetap di Penang, Malaysia. Selama lebih dari 30 tahun, Menassah adalah satu-satunya orang Yahudi yang terdapat di negeri ini, di samping beliau terus mengamati dan memelihara hari-hari kebesaran Yahudi serta sistem peraturan pemakanan Yahudi yang dikenali sebagai Kosher (makanan halal versi Yahudi).  -Yahudi terkenal dengan disiplin harian yang ketat dan mereka sangat2 mematuhinya..wallahualam


Setelah tamat Perang Dunia 1, lebih ramai orang Yahudi mulai menetap di Malaysia. Kemudian semasa Perang Dunia II meletus, komuniti puak Yahudi tersebut telah berpindah ke Singapura. Hingga ke tahun 1963, hanya 20 keluarga Yahudi sahaja yang menetap di Malaysia. Disebabkan hanya tinggal 20 orang Yahudi, upacara keagamaan mereka tidak dapat dilaksanakan. Ini adalah kerana, 10 orang Yahudi yang berusia lebih dari 12 tahun diperlukan untuk menjayakan mana-mana upacara keagamaan. Jadi, jumlah mereka tidak mencukupi.

Tambahan pula, pendudukan Israel ke atas tanah Palestin serta konflik perang Arab-Israel (perang Yom Kippur @ perang 6 hari) menyebabkan masyarakat Islam Malaysia bersimpati dengan rakyat Palestin dan Yahudi di tanah Melayu merasakan ia sebagai suatu ancaman.


Lantas, ramai yang berpindah keluar dari tanah Melayu dan berhijrah ke tempat lain (Singapura yang paling dekat) hinggakan ke New York (salah seorangnya ialah Richard Chang), Australia dan Israel. Yang tidak berpindah pula ialah seperti Gus Styne yang merupakan bekas konduktor orkestra RTM. Singapura merupakan penempatan terdekat dan tetap bagi mereka semenjak Perang Dunia ke-2 hingga ke hari ini. Mereka hanya datang ke Pulau Pinang sekadar menghadiri upacara pengebumian saudara mereka dan pelbagai upacara yang lain. 


Walaupun negara Malaysia tidak memberi kebenaran pasport bagi warganegara Israel memasuki Malaysia, namun kita harus teliti bahawa, Yahudi tinggal dan menjadi warganegara di banyak negara selain Israel seperti UK, France, German, US, India, China, Australia dan sebagainya. 


Melalui negara selain Israel itulah bangsa Yahudi dapat datang dan menziarahi saudara mereka Malaysia. Tambahan pula, ada negara lain yg mengamalkan dwi-kewarganegaraan iaitu boleh memiliki dua kewarganegaraan (contohnya, Israel-UK, Israel-France dan sebagainya) berbanding rakyat Malaysia yang hanya boleh memegang satu kewarganegaraan saja.

Yahudi di Malaysia??

Hari ini, sekitar 100 orang Yahudi berada di Malaysia. Di Pulau Pinang, masih lagi terdapat sekumpulan kecil kelompok Yahudi dan tanah perkuburan mereka di George Town di kawasan persimpangan Yahudi Street (Jalan Yahudi). 



Mereka mengikuti rombongan perdagangan dari Armenia yang mana sebelum itu Armenia berada dalam kekuasaan USSR. Chief Master Singapura (mungkin semasa zaman sebelum merdeka) iaitu David Marshall, merupakan salah seorang Yahudi Pulau Pinang.Kawasan perkuburan orang Yahudi di Penang adalah dianggap paling tertua di pusara negara ini. Kedapatan ukiran pada batu nisan yang tertua di pusara tersebut bertarikh pada tahun 1805 dan yang terakhir pada tahun 1976. 


Terdapat juga di kawasan perkuburan tersebut kubur seorang pegawai Inggeris Yahudi yang dibunuh semasa Perang Dunia II. Sebahagian besar orang Yahudi yang menetap di Malaysia adalah pelarian dari Rusia.
Yahudi di Malaysia??

Sejarah Yahudi Di Malaysia
Orang Yahudi Malaysia adalah sebuah istilah yg dirujukkan pada orang Yahudi yang tinggal di Malaysia, atau yang berasal dari negara itu. Mereka kebanyakannya tinggal di negeri Pulau Pinang, tetapi mereka juga dapat dijumpai di tempat-tempat lain di negara ini, khususnya di Kuala Lumpur dan Melaka.Orang Yahudi Malaysia terdiri kebanyakannya dari Yahudi Timur (kebanyakan mereka adalah Yahudi Baghdad), dengan yang lainnya Yahudi Eropah (Yahudi Ashkenazi) dan kemungkinan Yahudi Cina, yang melarikan diri dari Kaifeng, China, sewaktu pengambil alih Komunis pada tanah besar China dari China Nationalist pada 1949.

Statistik anggaran yahudi di Malaysia.

Jumlah Penduduk : 100 Orang
Kawasan Dengan Jumlah Penduduk Terbesar : Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Melaka
Bahasa : Inggeris, Melayu, Ibrani, Parsi, Arab
Agama : Judaisme

Majoriti Yahudi di tanah Melayu berkomunikasi dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Kubur terbaru Yahudi di Pulau Pinang bertarikh pada 1976. Pendudukan dan perkuburan Yahudi di Pulau Pinang ialah satu-satunya 'kawasan' pertama yang diduduki oleh Yahudi di Malaysia dan ada juga yang berpendapat bahawa pendudukan tersebut merupakan pendudukan yang pertama bagi South East Asia. Kubur Yahudi itu terletak di Yahudi Road (juga dikenali sebagai Jahudi Road dan Jew Road. Sekarang di gelar Jalan Zainal Abidin), Pulau Pinang dan masih lagi di bersihkan dan diselenggarakan hingga kini. 


Perkuburan tersebut bukan sahaja menempatkan Yahudi dari Rusia dan Baghdad, malah dari keturunan yahudi yang telah menetap di China (Yahudi Cina) dan berpindah ke Pulau Pinang disebabkan polisi komunisme yang diamalkan oleh pemerintah China pada tahun 1949.
Kaifeng Jews in Israel
Mengikut Wikipedia, ada juga yang berpendapat bahawa, pendudukan Yahudi di tanah melayu bermula semenjak kurun ke 9 berdekatan dengan muara di Lembah Bujang dan seterusnya pada kurun ke 18 di Melaka. Adolf Hitler menindas bangsa yahudi berdasarkan apa yang dia tahu didalam kitab injil tentang perilaku bangsa tersebut. Bagi Hitler punca Jerman tewas pada perang dunia ke-1 adalah kerana pengkhianatan bangsa tersebut mengambil kesempatan didalam soal ekonomi.

Tetapi bukan semua bangsa yahudi itu jahat.Kebanyakkan para Rasul berasal dari Bani Israil.
ada sumber mengatakan bahawa bani israil itu berbeza dengan orang yahudi pada hari ini kerana kaum bani israil telah 'hilang' selepas kitab taurat diubah oleh rabbi yang gila pengaruh.

Untuk pengetahuan anda golongan yahudi yang berhaluan zionis lah yang mengucar-kacirkan dunia, membunuh umat Islam di Palestin dan memburukkan Islam di mata dunia dengan label pengganas. 
Manakala Yahudi yang bukan zionis pula menyokong perjuangan rakyat Palestin dan sama-sama dengan masyarakat dunia mempromosikan keamanan dunia contohnya Albert Einstein bapa fizik dunia. 

Beliau tidak setuju kemajuan sains digunakan untuk membuat senjata membahaya membunuh manusia lain dan menolak tawaran kerajaan zionis Israel melantik beliau sebagai Presiden Israel yang pertama pada tahun 1948 kerana tidak suka kepada ideologi zionis yang condong kepada permusuhan sesama manusia, walaupun beliau juga seorang yahudi.Tidak semua bangsa yahudi itu jahat dimana ada dikalangan mereka memeluk agama Islam seperti nama-nama berikut dan ada diantara merupakan sahabat nabi junjungan kita Muhammad swt:-

Abdullah Ibn Saba - pengasas ajaran Syiah.
Abdullah Ibn Sailam - sahabat Nabi Muhammad S.A.W., bekas Rabbi kota Yathrib
Abdullah Schleifer, Prof. - wartawan Amerika.
Ali bin Sahl - pakar perubatan zaman Abbasiyah, guru kepada Al Razi
Ghiyatuddin - datuk bandar kesultanan Ilkhan di Parsi.
Ibn Kammuna - filasuf Islam.
Ibn Killis - pengasas Universiti Al Azhar
Jemima Goldsmith - anak hartawan UK.
Ka'ab Al Ahbar - bekas rabbi Yaman.
Layla Murad - penyanyi Mesir.
Maryam Jameelah - penulis Amerika
Mohammed Yusuf - pendakwah Islam di UK dan Bosnia.
Moustapha Mould, Dr. - pendakwah Islam di Amerika Syarikat.
Muhammad Asad Weiss - wartawan Austria, penterjemah al Quran.
Michael Wolfe - pengkaji Islam di Amerika Syarikat
Moisha Krivitsky - bekas rabbi di Rusia.
Mustafa Ali - pengamal Sufi di Amerika Syarikat.
Safiyyah Binti Hayyi - Isteri Nabi Muhammad S.A.W.
Rashid Al Din - sejarawan dan doktor dalam Kerajaan Parsi.
Suleyman Ahmad - wartawan Amerika
Wahb bin Munabbih - perawi Hadith



sumber: Helmi Halim (fb)
             wikipedia
             mesra.net
             cari forum

pembacaan lain:  dausso
                           Mordechai Vanunu
                           Neturei Karta(wikipedia)
                           Neturei karta (Orthodox)
                           Malaysia Kini


Feb 1, 2011:  Anti-Zionist Orthodox Rabbis met with the Muslim Scholar, Shiek Yousef Al-Qaradawi in Doha, Qatar. (link)
Bagaimanapun... 


pepatah arab lama ada menyebut: "Makan di rumah Yahudi, Tidur di runah Nasrani"
saya telah dengar pepatah ini beberapa kali kerana banyak berurusan dgn org arab 4-5 thn yg lalu. Mereka meyatakan, org nasrani mesra dan melayani tetamu mereka dgn baik dan juga menyediakan tempat tidur yang bersih dan selesa tetapi mereka "makan apa saja"... saya fikir betul tu. Dan org yahudi pula, sangat menitikberatkan hal kesucian makanan. KOSHER. mereka ada banyak larangan dan peraturan dalam hal sumber, penyediaan, alatan, cara dan sajian makanan. Ianya banyak persamaan dgn konsep HALAL tetapi ada sedikit perbezaan tentang beberapa perkara. Nabi Muhammad berpesan utk kita tidak makan daging dan makanan hasil laut pada masa yang sama, tetapi ianya tidaklah menjadi salah sekiranya kita berbuat demikian. Akan tetapi, yahudi amat tegas tentang peraturan ini. Ikan tidak boleh di masak, hidang dgn susu dan daging.... mereka minum susu selepas 1, 3, 6 jam selepas makan ikan...bergantung dimana mereka berasal. Makanan terjaga menjadikan mereka bangsa yang teguh dari pelbagai aspek.

Bab TIDUR: jangan tidur di rumah yahudi kerana mereka sanggup memenggal / memotong kepala orang bukan yahudi yang sedang tidur.


- statement yg dikopi dr mesra.net
- Betulkan aku  sekiranya terdapat kesilapan didalam artikel ini, yang benar dariNYA yang salah tu mmg dari aku. Wassalam.
Ranking: 5
 
© Yastro.net All Rights Reserved