Kontroversi Loji LYNAS, Pahang.

on 07 April 2011

Berikutan kontroversi pembinaan loji Lynas, Pahang......
Surat terbuka YB Fauziah Salleh, ahli Parlimen Kuantan, kepada MB Pahang berkenaan isu pembinaan kilang pemperosesan "tanah jarang" dari Australia. 
Isu yang mula panas berikutan kepekaan orang ramai terhadap apa yang terjadi di Jepun baru2 ini.
Apa pun tanggapan, diharap ada jalan penyelesaian yang baik untuk rakyat dan juga untuk pemerintah seiring dengan slogan "Rakyat Didahulukan Pencapaian DiUtamakan"

Surat terbuka                                                               Tarikh: 1 April 2011
Kepada YAB Menteri Besar Pahang
Daripada Hjh Fuziah Salleh, Ahli Parlimen Kuantan
Saya mengalu-alukan kenyataan YAB MB Pahang berkenaan pembinaan logi pemprosesan Lynas di Gebeng serta pengiktirafan YAB terhadap status keselamatan logi tersebut. Ianya menunjukkan bahawa YAB MB prihatin terhadap keselamatan rakyat Pahang amnya dan rakyat Kuantan khususnya.
Namun saya berpendapat bahawa penerangan yg diterima oleh YAB MB darirpada LPTA merupakan taklimat yg tidak cukup menyeluruh kerana industri pemprosesan ‘rare earth’ ini merupakan industri yg melibatkan pelbagai bidang kepakaran dan juga melibatkan pembuatan dasar dari pelbagai kementerian.
YAB MB seharusnya telah berusaha mendapatkan  satu kajian dan pandangan dari satu badan bebas berkenaan impak pembinaan  logi Lynas serta juga impak operasi pemprosesan  nanti kepada keselamatan awam, kesihatan, kehidupan kekeluargaan dan sosial, ekonomi dan mata pencarian rakyat setempat, alam sekitar serta kesan terhadap kualiti kehidupan bagi rakyat di kawasan Kuantan.
Antara persoalan yg harus telah ditanya oleh YAB MB kepada pihak pakar ialah  kenapa tiada negara di dunia melainkan negera Cina telah bersetuju untuk membenarkan logi pemprosesan‘rare earth’ di bina di negara mereka sejak 3 dekad (30tahun) kebelakangan ini.
YAB MB juga harus bertanya kepada jiran kita, MB Trengganu berkenaan pendirian Kerajaan Negri Trengganu berkaitan permohonan Lynas Corporation untuk membina logi yang sama di Teluk Kalung dalam tahun 2007.
YAB MB juga harus bertanya berkenaan sisa pepejal (leach purification solids) hasil dari pemprosesan yang akan  mengandungi bahan Thorium – bagaimanakah ianya akan diuruskan dan peraturan apakah yg akan di gunapakai oleh Lynas. Adakah  Solid Radiactive Waste Management yg akan diamalkan oleh Lynas apabila bermula operasi akan menepati piawaian negara Cina atau piawaian British atau piawaian Australia? Piawaian mana yang akan diguna pakai nanti?
YAB MB juga harus bertanya kepada pakar, apa kesan sisa yg mengandungi radioaktif  kepada alam sekitar dan seterusnya terhadap industri perikanan di kawasan Kuantan, memandangkan Sungai Balok berada di persekitaran Gebeng.
YAB MB juga harus meminta kajiselidik dijalankan tentang bagaimanakah nanti persepsi pelancung terhadap keselamatan mereka sekiranya mereka memilih Kuantan sebagai destinasi percutian. Samada mereka akan masih tertarik dan berminat untuk datang ke Cherating  bercuti di sebelah logi pemprosesan ‘rare earth’?
Memandangkan logi  pemprosesan ini nanti akan menjadi logi terbesar di dunia selain yang ada di negara Cina (yang kita semua tahu tidak mengambil berat tentang piawaian pemeliharaan alam sekitar.), persoalan di atas adalah amat penting.
Bagaimana pula impak terhadap industri keropok lekor dan ikan bakar serta industri ikan masin di Kuantan? Adakah akan lebih semarak atau nanti akan juga mengalami impak negatif daripada kekurangan kunjungan pelancong?
Saya jangka YAB MB hanya boleh berpuas hati setelah mendapat jawapan yg menyenangkan dari kesemua persoalan diatas.
Amanah kepimpinan ialah amanah besar dan rakyat mengharapkan pemimpin untuk bertindak telus serta bertanggungjawab.
Fuziah Salleh
Ahli Parlimen Kuantan
1 April 2011

Sumber: Rozainimohdrosli


Seperkara yang menarik ialah:

  •  The rare earth is being brought in from Mount Weld in Australia through Kuantan port, processed in Gebeng, and then taken back to Australia.
  • Why bring the rare earth to Malaysia, why not processs it in Australia?The skills and engineering requirement cannot be met by the human resource in Australia and there is no open space in Australia for such a plant.
  • Is the waste product radioactive? Various answers were given at various points in time – technically it is not radioactive; the radioactivity level is 300 less than that in Bukit Merah; yes, it is radioactive
  • What will happen to the waste once you decide to close the plant – are you going to ship it back to Australia? No answer given. They didn’t want to talk about the waste at all.
  • In the case of a problem during waste handling, an accident, contamination, etc, what will happen? We do not anticipate any problem at all.

Sumber dari Writestreet

Kilang Lynas di Barat Australia

Pemandangan dari atas loji melombong, Mount Weld Australia.




Meminjam kata sahabat saya Hisyam Muhibbah;

"Apa yang penting, isu ini bukan untuk dijadikan bahan meraih sokongan politik. Baik di pihak pembangkang mahupun di pihak parti pemerintah sendiri. Biarlah ianya menjadi perjuangan yang memberikan manafaat kepada rakyat secara tulen. Selain itu, keselamatan dan kesan jangka panjang kesan projek ini haruslah diyakinkan bahawa kalau tidak minima ianya adalah sifar!"

Lagi info Projek Lynas di Gebeng Kuantan Pahang. [KLIK SINI]
Petisyen untuk membantah [KLIK SINI]

Jadi, apa kata anda pula?
Ranking: 5
 
© Yastro.net All Rights Reserved