Nasib Komando Malaysia.....

on 21 April 2011


Buat seketika aku terpaku kepada satu komen di blog sharilkadir. Komen dari Pak Matjau, seorang pesara tentera [Komando] memberi kesan kepada aku, tercuit dengan perasaan terkilan, aku mengharap supaya entri ini sedikit sebanyak mampu membuka mata beberapa pihak. 
Terdapat beberapa pihak yang memperjuangkan nasib bekas anggota ATM. Antaranya Persatuan Bekas Tentera Malaysia yang diterajui oleh Dato Hj Muhammad b Hj Abdul Ghani.



Begitu juga dengan Kelab Veteran Komando MalaysiaKVKM telah ditubuhkan bagi meneruskan ikatan silaturrahim dikalangan veteran komando dapat dikekalkan sejajar dengan sumpah perajurit Komando yang Kedua Belas yang berbunyi  “Saya Akan Mengharumkan Nama Bere Hijau dan Rakan-rakan Seperjuangan Yang Memakainya Hingga Akhir Hayat Saya”.

Juga satu lagi persatuan iaitu Persatuan Bekas Pasukan Keselamatan Negara Malaysia [PBPKNM] yang beralamat di;
NO.21,Tingkat 3,Jalan 11/48A,Wisma Wawasan Emas,Sentul Raya,Boulevard,51000 Kuala Lumpur.603-40414097

Disamping persatuan2 yang aktif ini terdapat lagi beberapa pihak yang memperjuangkan nasib bekas tentera.
Antaranya blog Minda Pertahanan yang memperjuangkan nasib seorang pesara tentera iaitu Che Poh dan juga blog persendirian iaitu Blog Jottings of an x Nuripilot.


Aku tahu...bukan semua bernasib baik dan bukan semua yang bernasib malang, namun janganlah persiakan mereka yang pernah berjuang demi negara.
Terpinggir dek pembangunan didalam negara yang pernah diperjuangkan. Aku harap akan ada usaha dari pihak tertentu membantu pesara tentera yang mengalami nasib malang ini.
Berikut komen Pak Matjau;

Pak Matjau 
Februari 16, 2011 1:33 pm
Assalam…saya bekas komando (Kor 12 1972-1986-tak payahlah saya terangkan dengan lebih lanjut) banyak pengalaman pahit manis yg saya tempohi sebagai seorang komando.
Saya pernah terbabit didalam misi menyelamat anggota kami (yg ditangkap tentera Filipina 1980, kerana menjadi komandan pada pejuang MORO-masih hidup) bersama2 dengan pejuang MORO di selatan filipina dan “mision accomplice” …pertempuran dengan pengganas komunis di serata hutan Semenanjung, Serawak dll. Pernah juga berbulan2 menjejaki Komunis di dalam hutan dengan memakan apa saja yg ada di ketika itu.
Walau pun penggorbanan ini amat besar, tetapi yg mendukacitakan kami adalah layanan “baik” yg kami terima setelah kami tinggalkan perkhidmatan ini. Kami seolah-olah dianaktirikan dan dilupakan begitu saja. Persatuan Perajurit menjadi tempat berpolitiking dan membuat duit utk kroni2.


Kawan2 yg senasib pun mengalami perkara yg serupa. Kami amat terkilan, bila mana kerajaan Malaysia secara senyap2 telah memperuntukan sejumlah wang untuk menghantar bekas anggota2 Parti Komunis Malaya utk menunaikan haji ke Mekah (boleh rujuk dengan KDN). Seramai 10 orang bekas anggota PKM dipilih setiap tahun untuk menunaikan haji ke Mekah yg ditanggung perbelanjaannya oleh kerajaan Malaysia. Sedangkan kami yg berjuang mempertahankan Negara tidak mendapat layanan seperti itu. Ramai bekas anggota2 komando yg ketika ini hidup miskin dan terabai.

Anda boleh lihat bekas anggota komando yg sekarang ini menjual air di tepi jalan (Yaakob Langkawi- bekas peninju negara ke sukan olimpik Russia) dan ada juga yg terpaksa di hantar ke rumah org tua (Allahyarham Man Gopeng-Sg.Udang) kerana tiada keluarga yg sudi utk menjaga dan yg paling sedih sekali apabila ada yg menjadi penggemis di tepi2 jalan (Sgt. Mat Deris, Leman Manjoi, Sahak Gerak Khas).


Saya dengan rendah diri menyeru kepada Kerajaan supaya mengambil berat kebajikan bekas perajurit dan letakkan lah maruah mereka di tempat yg sepatutnya. Saya sebenarnya tidak mahu meungkit2 kisah lama, tetapi apakah kesalahan kami, sehingga kehadiran kami tidak dipedulikan.
Bak kata pepatah: Patah tumbuh, hilang berganti, kini anak sulong saya mengikuti jejak langkah saya sebagai seorang anggota komando walau pun saya cuba menghalangnya.
“DATANGMU TIDAK DIUNDANG, JIKA RAGU SILA PULANG..”
Pak Matjau


#Aku cuba meminta kebenaran dari beliau [sharikadir], namun sehingga sekarang beliau belum memberi maklumbalas. Aku andaikan beliau agak sibuk dan aku juga berharap beliau tidak marah dengan entri ini.
Terima kasih buat sharilkadir.
#Rayuan Hari Pahlawan mengutip 6.3 juta tahun lepas?? [BACA SINI]

Ranking: 5

Comments (26)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
Jika tiada kepentingan. ...lu sapaaa
1 reply · active 603 weeks ago
lu sapa nak ckp camni???sblum lu hidup...komando ni dulu2 dah bunuh org....
bkan ker komunis pejuang sebanr negara ?? - mat sabu
1 reply · active 686 weeks ago
Mat Sabu??- cakap bole laaa...
fenomena ni berlaku kat hampir semua negara... pejuang negara selalu di lupakan... orang lebih sibuk nak kipas PM dan mereka2 yg berebut dan bergaduh sebab nak jadi PM.. ntah la..
My recent post People Love Fighting
1 reply · active 732 weeks ago
Ada kuasa sumer boleh jadi..tp kalau x de kuasa,taring yg tajam pun tak de maknanya...
komando...ganas tu...x sangke lak camtu nasib dorang yg da pencen skang...habis madu sepah dibuang betol...
huhu...
My recent post Im Sorry
salam..
simpati betul kat Pak Cik tu..
persatuan apa pun sekarang
mula bagus..lama-lama jaga
perut orang besar sahaja..
My recent post Sila Sahin - Bila Berbogel Di Anggap Satu Seni Gambar
5 replies · active 732 weeks ago
Hmmm...tu salah satu 'penyakit" yg belum ada ubatnya..hanya yg benar2 ikhlas je yg akan berjaya..tu pun silap2 kene tikam dr belakang...
terus ingat wataniah rela tu dema ni sama juga ke dengan keje komando? huu

p/s:sekadar ingin tahu shja...
wataniah ni sbg back up je..
komando ni lg teruk..chii pernah dgr citer dr pegawai kat kem dulu bentuk latihan dorng..mmg berat..
Hehehe...kompom tak sama suri...komando ni hanya yg benar2 cekal je boleh berjaya...latihan plak ntah bape kali ganda berat la dr wataniah.
yesh..latihan nya sgt menguji ketahanan mental..seriusly..chii x sanggup
miscommunication ke ni? hrp2 atikel ni dibaca oleh orang2 KDN..
My recent post Bahana Nasi Lemak VS Doa Kolestrol
pelik juga bila nasib askar terabai.. ingatkan mereka yang berkhidmat dengan perkhidmatan awam ni dapat special treament..
My recent post Hari Bumi 2011 - 8 Cara Mudah Menyokong Hari Bumi Guna Komputer atau Laptop
penilaian harus diteliti dan wajib adil pada mereka2 juga sb mrka lagi berliku utk harungi semua itu berbanding dg komando2 skrg ni..
,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,____,__
l_---_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara” http://firestartingautomobil.blogspot.com/ http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jom Terjah entry terbaru ??
Honda ex5 dan Honda wave

saya sejujurnya terpaku bila bro tulis artikel ni.... sungguh tak disangka... harap kerajaan memberikan perhatian akan perkara ini....

Perwira...
Dikaulah harapan hati
Penghibur kala sunyi
Pergilah berbakti
Membela pertiwi

Perwira...
Janganlah kekanda bimbang
Untuk pergi berjuang
Andainya kau gugur
Jasamu dikenang

My recent post Tips-tips periksa kereta untuk perjalanan jauh
Isu dahulu, kini dan selamanya tidak diambil berat, tidak diambil peduli oleh mereka yang berkepentingan.
My recent post Susulan Kebakaran Gerai Makan Greenwood
rayuan hari pahlawan pun aku rasa sedih
mengapa perlu merayu untuk membantu pejuang?
My recent post Pen Merah Pen Biru
best juga layanan kerajaan kita kat anggota pkm...ini mesti ramai nak jadi pkm nanti supaya naik haji free.
ralat :* makan = maka
huhuh
My recent post Peluang Bertemu Dr Sheikh Abd Rahman Al-Sudais
Wow...kalau btl fakta sal gov taja bekas sampah2 PKM ke Mekah makan ini adalah berita paling gempar..... Depan ckap lain,blkg buat lain...Kesian bekas2 perajurit..
patutnya kena layan sama untuk semua askar kita
My recent post Menarik Sangat- Kena Baca…
1 reply · active 733 weeks ago
Kalau nak ikut hati aku, bekas2 komando ni patutnya dapat lebih banyak kelebihan dr askar biasa...sesuai dengan pengorbanan yg mereka dh buat tuk negara.
sedihnya jika berlaku sedemikian rupa..

bak kata pepatah habis madu sepah d buang huuuu... di buang
1 reply · active 733 weeks ago
Yup...sbb tu entri ni wujud suri.. :S

Post a new comment

Comments by

 
© Yastro.net All Rights Reserved